Menurut Kajian, Lelaki Yang Tak Mampu Tekan Tubi Lebih 10 Kali Berisiko Dapat Serangan Jantung!

Share

Cuba semak, berapa kali tekan tubi yang anda boleh buat? Kalau tidak berjaya menghabiskan melebihi 10 kali, anda harus bimbang.

Mengikut perkongsian Facebook Public Health Malaysia, lelaki pertengahan umur yang tidak melepasi 10 kali tekan tubi berisiko untuk diserang sakit jantung.

Kalau sebelum ini sukar untuk anda melakukan senaman ini melebihi 10 kali, ayuh mulakannya sekarang demi mengelakkan anda daripada terkena sakit jantung.

Indikator untuk tahu risiko sakit jantung

BACA: Tahukah Anda Dengan 40 Tekan Tubi Sehari Mampu Jauhi Risiko Penyakit Jantung!

Satu kajian terkini dari pengkaji dari Universiti Harvard mendapati, kemampuan seseorang lelaki untuk melakukan “push up” atau tekan tubi boleh dijadikan indikator penting untuk mengetahui risiko serangan jantung.

Menurut kajian tersebut, lelaki pertengahan umur yang TIDAK mampu untuk melakukan “push up” melebihi 10 kali berisiko untuk mendapat serangan jantung.

Selain itu, lelaki yang mampu melakukan “push up” melebihi 40 kali, didapati 96% kurang berisko untuk mendapat serangan jantung dan stroke.

Berapa “push up” yang boleh anda lakukan? ???

IKLAN