L’OCCITANE Race for Vision 2025, Larian Amal Bertujuan Buka Mata dan Minda

Share

L’OCCITANE Malaysia sekali lagi membuktikan bahawa jenama kecantikan boleh menjadi agen perubahan sosial yang tulen menerusi penganjuran edisi keenam Race for Vision pada 20 Julai 2025.

Acara larian amal ini bukan sekadar tentang kecergasan tetapi membawa misi besar, mencegah kebutaan yang boleh dielakkan dan mempromosikan kelestarian dalam komuniti.

Lebih daripada 3,000 peserta telah mengambil bahagian, menyertai bukan hanya untuk kesihatan diri tetapi untuk memberi impak yang lebih luas.

Apa yang benar-benar menyentuh hati ialah penyertaan golongan cacat penglihatan daripada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) yang menjadi lambang kekuatan, maruah dan inklusiviti.

Semangat mereka menjadi peringatan jelas kepada semua tentang makna sebenar acara ini iaitu membuang halangan, mengembalikan martabat dan membuka peluang kepada masa depan yang lebih cerah.

Para sukarelawan dan pencipta kandungan digital turut hadir, bergandingan tangan dengan peserta cacat penglihatan sepanjang larian. Ia bukan sekadar tentang siapa terpantas tetapi siapa yang paling memahami erti empati dan solidariti.

INISIATIF L’OCCITANE

Salah satu inisiatif paling bermakna tahun ini ialah sumbangan RM50,000 kepada NGO Pertubuhan Mata Kasih Kuala Lumpur.

Ia bagi menyokong program EYE LAB, sebuah inisiatif mudah alih yang menyediakan pemeriksaan mata, rawatan dan pendidikan secara langsung kepada pelajar dan komuniti kurang mendapat perkhidmatan di sekitar Lembah Klang.

Usaha ini mencerminkan komitmen L’OCCITANE bahawa masa depan pelajar tidak wajar terhalang hanya kerana isu penglihatan yang boleh dicegah.

Menurut Pengurus Besar bagi Asia Tenggara dan India, Elida Wong, “Menjadi Pemangkin Perubahan bermaksud bertindak dengan berani, berkolaborasi dengan tujuan dan menyumbang secara bermakna kepada komuniti dan bumi.

“Race for Vision lebih daripada sekadar larian santai — ia adalah satu gerakan yang mengingatkan kita tentang kuasa komuniti apabila kita bersatu untuk tujuan yang bermakna.”

L’OCCITANE BAWA KESEDARAN ALAM SEKITAR

Dalam mengukuhkan komitmen terhadap kelestarian, Race for Vision 2025 memperkenalkan langkah signifikan mengurangkan kesan alam sekitar.

BACA: Tip Cuci Rambut Sendiri Untuk Hasil Seperti Di Salun

Setiap peserta menerima pingat penamat istimewa yang diperbuat daripada 75 kilogram bahan plastik terpakai hasil daripada program kitar semula Big Little Things oleh L’OCCITANE.

Ini adalah simbolik bagaimana sisa boleh diubah menjadi lambang perubahan. Acara ini juga bekerjasama dengan rakan kitar semula AACE untuk memastikan tiada sisa terbuang. Hasilnya, 532 botol PET (12.1 kg) dan 512 penutup HDPE (0.768 kg) berjaya dialihkan daripada berakhir ke tapak pelupusan atau laut.

Acara ditutup dengan sesi cabutan bertuah yang meriah, di mana para peserta memenangi hadiah bernilai lebih RM22,000 sumbangan para penaja — satu penamat yang menggambarkan semangat komuniti, kepedulian dan impak bersama.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim