Bila sebut tentang ikon agama, mungkin ramai tak jangka mereka juga punya cita rasa tinggi dalam berfesyen. Tapi Ustaz Azhar Idrus buktikan sebaliknya bahawa lelaki beragama juga boleh bergaya, asalkan berpada dan penuh hikmah.
Figura yang sinonim dengan kuliah santai tapi sarat ilmu ini sebenarnya memiliki koleksi jam tangan peribadi yang bukan calang-calang. Dalam satu temubual santai, Ustaz Azhar berkongsi bahawa beliau memang minat dengan jam tangan dan tidak menafikan ada yang berharga tinggi.
Tapi dalam masa sama, beliau tekankan satu prinsip penting: “Mahal tak apa, janji kita ada bersedekah.”
BERGAYA DENGAN HIKMAH
Bagi UAI, soal berpakaian dan bergaya bukanlah satu dosa selagi tidak melampaui batas. Malah, beliau sering mengingatkan para lelaki bahawa berpakaian kemas dan berpenampilan menarik itu sebahagian daripada tuntutan agama. Namun, beliau juga menekankan agar tidak terlalu taksub hingga melupakan keperluan asas – terutamanya dalam soal membantu orang lain.
“Tak salah kalau kita pakai jam mahal, baju elok, kereta pun cantik… tapi jangan lupa ada orang yang lebih memerlukan. Kita pun kena ada bahagian untuk bantu mereka,” jelas beliau dalam satu sesi tazkirah.
@dj_nazz PASANG BADAN x @Ustaz Azhar Idrus #begitubeginidjnazz #begitubegini #ustaz #uai #pasangbadan #bedrock #ustazazharidrus ♬ original sound – DJ Nazz
GAYA LELAKI BERJIWA BESAR
Apa yang menarik, Ustaz Azhar tidak pernah menjadikan gaya sebagai topeng untuk menunjuk. Sebaliknya, beliau menganggap ia sebagai satu bentuk motivasi supaya anak muda lelaki tak rasa janggal untuk tampil kemas dan ‘on point’, walaupun dalam lingkungan keagamaan. Dan paling penting, bergaya dengan niat yang betul.
Bila ditanya tentang pilihan jenama atau jam kegemaran, beliau lebih selesa tidak menonjolkan jenama, tapi lebih kepada fungsi dan nilai sentimental. Dalam banyak perkongsiannya, beliau suka jam yang tahan lasak, klasik dan sesuai untuk aktiviti luar – sesuai dengan gaya hidup aktif beliau yang sering meredah ceramah di seluruh negara.
SEIMBANG DUNIA & AKHIRAT
Kita sebagai lelaki tak salah untuk minat dengan fesyen, jam tangan, kasut mahal atau barang eksklusif. Tapi apa yang Ustaz Azhar Idrus tunjukkan dan praktikkan ialah keseimbangan. Antara minat dunia dan tanggungjawab akhirat. Antara gaya dan amal. Itulah definisi maskulin sejati.
Jadi bro, kalau kau minat gaya dan ada cita rasa dalam barang-barang ‘premium’, teruskan. Tapi jangan lupa untuk bersedekah. Jangan lupa bantu mak ayah. Jangan lupa hulur tangan pada yang memerlukan. Itu baru betul-betul nampak bergaya dari luar dan dalam.
Sumber. TikTok Dj Naz

