Sukan

Manny Pacquiao Buat Comeback Di Gelanggang Tinju, Namun Catatkan Keputusan Seri

Share

Peminat tinju sekali lagi teruja dengan comeback dari seorang ikon bernama Manny Pacquiao. Jaguh tinju yang kini menginjak usia 46 tahun dari Filipina ini membuat comeback yang dinanti-nantikan ke gelanggang selepas empat tahun bersara.

Namun, kepulangannya ke arena profesional tidak semudah yang disangka, apabila beliau terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri majoriti menentang juara welterweight WBC, Mario Barrios.

Pertarungan epik di MGM Grand, Las Vegas itu menyaksikan Pacquiao menunjukkan semangat juang yang tidak mengenal usia, walaupun gelaran yang diidamkan terlepas dari genggaman.

Foto: Getty Images

Pertarungan yang penuh drama itu berakhir dengan satu juri memberikan mata 115-113 memihak kepada Barrios, manakala dua juri lain mencatatkan keputusan seri 114-114.

Manny Pacquiao yang terkenal dengan rekod 12 gelaran dunia dalam lapan kategori berat yang berbeza, sebenarnya mendahului pada kad mata juri sehingga pusingan ke-10. Namun dia kehilangan momentum pada tiga pusingan terakhir. 

Foto: AP/John Locher

REAKSI DAN KUALITI

“Saya rasa saya memenangi pertarungan itu,” kata Pacquiao dengan keyakinan, walaupun keputusan rasmi tidak memihak kepadanya.

“Ia adalah pertarungan yang sengit. Lawan saya sangat tangguh. Ia adalah pertarungan yang hebat.”

Kenyataan ini menggambarkan betapa dekatnya pertarungan tersebut dan kualiti lawan yang dihadapinya. Apabila ditanya mengenai kemungkinan pertarungan semula, respons Pacquiao adalah pantas dan tegas, “Ya, sudah tentu.”

Foto: Getty Images

Keinginan ini jelas menunjukkan bahawa beliau masih mempunyai banyak lagi yang ingin dibuktikan.

Pacquiao mencipta sejarah pada tahun 2019 apabila beliau menjadi petinju tertua yang memenangi gelaran welterweight pada usia 40 tahun.

Kembalinya kali ini juga mencatat sejarah, memandangkan tiada petinju yang pernah memenangi gelaran dunia utama selepas dimasukkan ke dalam International Boxing Hall of Fame.

Ia satu penghormatan yang diterima Pacquiao pada Jun 2025. Ini menambah lagi lapisan naratif kepada comeback

yang luar biasa ini.

KETAHANAN LUAR BIASA

Fakta bahawa Pacquiao mampu bertahan sepanjang pertarungan selama 12 pusingan adalah satu kemenangan tersendiri.

Pada pusingan awal, beliau mempamerkan kelajuan dan ketangkasan yang menakjubkan, seolah-olah menafikan usianya.

Kombinasi tinju klasiknya masih tajam, mengingatkan peminat kepada zaman kegemilangannya.

Selepas kem latihan intensif selama dua bulan, Pacquiao kelihatan dalam keadaan fizikal yang lebih baik berbanding pertarungan terakhirnya pada tahun 2021, di mana beliau tewas kepada Yordenis Ugas.

Statistik pertarungan menunjukkan Pacquiao mendaratkan 101 daripada 577 pukulannya (17.5%), sedikit di belakang Barrios yang mendaratkan 120 daripada 658 pukulan (18.2%).

BACA LAGI : Amir Raja Lawak Bawa Pak Mat Western ke Kelantan, Sumbang Rezeki untuk 200 Asnaf

Namun, dalam kategori power punches, Pacquiao mendahului dengan 81 pukulan berbanding 75 pukulan Barrios.

Kelebihan usia Barrios mula menampakkan kesan apabila pertarungan berlanjutan, dengan Pacquiao menunjukkan sedikit penurunan pada penghujung pertarungan. Mario Barrios sendiri kagum dengan ketahanan Pacquiao.

“Staminanya gila,” kata Barrios. “Dia masih sangat kuat dan timing-nya sangat tepat. Dia masih petinju yang sangat sukar untuk dijangka.”

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim