Hobi & Minat

Marshall Lancar Emberton III Edisi Terhad Tahun Baharu Cina 2026, Hanya 50 Unit Di Malaysia

Share

Nama Marshall sememangnya tidak asing lagi dalam dunia audio berkualiti tinggi. Terbaru, mereka menampilkan Emberton III Lunar New Year Edition 2026.

Ia merupakan peranti audio terkini Marshall Amplification yang dikeluarkan bersempena Tahun Baharu Cina 2026 dengan pendekatan yang cukup berani dan berkarakter.

Marshall Emberton III Lunar New Year Edition 2026 merupakan pembesar suara edisi terhad yang direka bersama artis China, FCCK.

Pelancaran ini bukan sekadar pengenalan produk baharu, tetapi simbol kepada semangat kebebasan dan ekspresi tanpa kekangan yang menjadi teras kempen terbaharu Marshall.

Mengangkat tema “Live Unbridled”, kempen ini diinspirasikan daripada frasa Cina yang membawa maksud kuda liar yang terlepas daripada kekangan, melambangkan tenaga yang tidak boleh dibendung dan kebebasan yang tidak boleh dihalang.

Seni Bertemu Audio Ikonik

Emberton III Lunar New Year Edition 2026 menampilkan karya seni khas daripada FCCK, seorang artis yang dikenali dalam dunia muzik dan vinil di China. Dia merupakan artis yang terkenal dengan ilustrasi album serta reka bentuk kulit piring hitam yang berani dan tidak konvensional.

Gaya visualnya menggabungkan ilustrasi, corak grafik dan tipografi untuk membina dunia visual yang unik. Hasilnya, pembesar suara ini bukan sekadar peranti audio, tetapi seolah olah kanvas seni yang menyatukan bunyi dan ekspresi visual dalam satu pakej yang padat dan berkarakter.

Kolaborasi ini mengukuhkan lagi identiti Marshall sebagai jenama yang sentiasa merapatkan muzik dengan ekspresi seni kontemporari.

Hanya 50 Unit Di Malaysia

Bagi pasaran Malaysia, hanya 50 unit Emberton III Lunar New Year Edition 2026 ditawarkan, menjadikannya koleksi eksklusif yang terhad serta eksklusif.

Dilancarkan pada 7 Februari 2026 dan ia kini dijual secara eksklusif di Against Lab, sama ada di kedai fizikal Against Lab Pudu atau dalam talian melalui againstlab.com.

Harga yang ditawarkan ialah RM1,149, sesuai dengan statusnya sebagai edisi terhad yang menggabungkan elemen seni dan bunyi ikonik Marshall.

Dengan jumlah unit yang sangat terhad, ia berpotensi menjadi item buruan dalam kalangan pengumpul dan peminat setia jenama ini.

Berbeza dengan pelancaran runcit biasa Marshall yang melibatkan rangkaian kedai di seluruh negara, edisi ini mengambil pendekatan lebih terarah dan kurasi.

Against Lab dipilih kerana reputasinya dalam menyokong suara bebas, eksperimen kreatif dan budaya komuniti yang selari dengan semangat kempen ini.

Legasi Marshall Dalam Bentuk Mudah Alih

Sejak tahun 1962, Marshall sinonim dengan dunia rock and roll dan amplifier yang menggerakkan generasi pemuzik di seluruh dunia.

Emberton III meneruskan legasi tersebut dalam bentuk pembesar suara mudah alih yang kompak tetapi masih mengekalkan karakter bunyi khas Marshall.

Edisi istimewa sempena Tahun Baharu Cina ini juga menandakan tahun keempat berturut turut Marshall bekerjasama dengan artis berwawasan bagi meraikan persilangan antara muzik, seni dan tradisi budaya.

Dengan pengenalan Emberton III Lunar New Year Edition 2026, Marshall sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyokong kreativiti global.

BACA: 10 Kasut Larian ‘Daily Running’ Terbaik 2025 Pilihan MASKULIN

Lebih Daripada Sekadar Pembesar Suara

Dengan reka bentuk yang berani, kuantiti terhad dan pengalaman pelancaran yang berfokus kepada komuniti kreatif, Emberton III Lunar New Year Edition 2026 bukan sekadar gajet audio.

Ia adalah simbol gaya hidup yang meraikan kebebasan, ekspresi diri dan keberanian untuk keluar daripada kebiasaan.

Bagi penggemar muzik, pengumpul edisi terhad atau mereka yang menghargai gabungan seni dan teknologi, pelancaran peranti audio ini mungkin antara yang paling menarik tahun ini.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim