
Sebagai salah satu jenama gaya hidup lelaki di bawah naungan Nu Ideaktiv, MASKULIN terus mengangkat suara dan minat lelaki moden melalui pendekatan digital yang lebih segar dan interaktif.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 berlangsung di Reruai 10-04, Level 5, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), MASKULIN tampil bergaya di reruai interaktif #IdeaktivDiseeNI dengan pelbagai pengisian yang dekat dengan jiwa pembacanya.
Salah satu detik paling mencuri perhatian pengunjung ialah sesi podcast live MASKULIN x Roda Panas yang berlangsung pada 25 Mei 2025 semalam.
Disiarkan terus dari tapak acara, sesi istimewa ini menyentuh topik yang semakin mendapat tempat di hati kaum lelaki kereta kawalan jauh (RC Cars).
Dikendalikan secara santai namun penuh informasi, sesi podcast ini menampilkan Encik Jayspeed, seorang peminat tegar RC Cars dan figura aktif dalam komuniti hobi automotif mini iaitu Mini Crawler Crew Malaysia (MCC).
Perbincangan menyentuh pelbagai sudut daripada jenis-jenis kereta RC, kos pemilikan, tempat perlumbaan hinggalah potensi hobi ini berkembang menjadi industri menguntungkan.
Kehadiran pengunjung yang ramai membuktikan minat mendalam terhadap kandungan bergaya “maskulin” yang segar dan autentik.
Ramai yang tidak menyangka bahawa kereta kawalan jauh bukan sekadar mainan, tetapi hobi serius yang menuntut pengetahuan teknikal, strategi dan pelaburan masa.
Daripada majalah bercetak kepada kandungan digital sepenuhnya, MASKULIN kekal menjadi jenama rujukan lelaki moden yang mengutamakan gaya, kesihatan, kerjaya dan hobi.
Di reruai #IdeaktivDiseeNI, MASKULIN bukan sahaja mempamerkan kandungan klasiknya, tetapi juga berinteraksi secara terus dengan pembaca melalui teknologi interaktif seperti seeNI.
Pengalaman seperti ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai kandungan MASKULIN secara langsung dari visual hinggalah ke audio, semuanya dalam satu ruang yang moden dan kreatif.
Melalui platform #IdeaktivDiseeNI, pengunjung berpeluang mengimbas kembali zaman kegemilangan majalah seperti Media Hiburan, Rasa, Mingguan Wanita, Remaja, Maskulin, Pa&Ma, Bintang Kecil dan banyak lagi semuanya diterbitkan di bawah legasi Grup Majalah Karangkraf.
Kini, legasi ini diteruskan dalam bentuk digital oleh Nu Ideaktiv membawa naratif gaya hidup, hiburan dan isu semasa ke alam maya dengan sentuhan konten yang kreatif dan relevan.
Reruai #IdeaktivDiseeNI bukan sekadar tempat melihat-lihat ia pusat aktiviti dan keseronokan! Antara aktiviti menarik yang telah dan bakal berlangsung termasuk:
📍 24 Mei 2025
Who Wants To Be A Superwoman
Remaja Casting
Pertandingan Mewarna GBK x seeNI
📍 25 Mei 2025
Bicara Gigi Anak Rosak Sebelum Sekolah
Podcast Maskulin x Roda Panas
📍 31 Mei 2025
Flora & Fauna Cupcakes Decoration
Baik Pulih Perabot
📍 1 Jun 2025
Pertandingan Mewarna GBK x seeNI
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.