
Bayangkan anda sedang lepak bersama beberapa orang kawan-kawan. Tiba-tiba salah seorang kawan tu mula ‘sound’ girlfriend dia sebab lambat reply WhatsApp.
Bukan sekadar sound tapi dengan penuh rasa amarah nada tinggi, muka berkerut sampaikan semua orang jadi senyap.
Di kalangan kawan-kawan anda sendiri, ada yang rasa dia tu ‘tegas’, ada juga yang rasa dia sebenarnya agak ‘over’.
Tapi persoalan besar, adakah itu bukti dia lelaki sejati yang sentiasa ‘in control’, atau sebenarnya dia terjebak dalam perangkap toxic masculinity?
Perkara ini sebenarnya boleh merebak kepada sesuatu yang lebih serius. MASKULIN ambil contoh kisah dari sebuah drama Tamil, ‘Aadhira’ yang bakal menayangkan episod akhirnya tidak lama lagi.
Drama ini menonjolkan bagaimana seorang suami, Dharma yang pernah menjadi seorang cukup karismatik. Namun, lama-kelamaan menjadi seorang lelaki penuh toksik hingga membawa penderitaan kepada isterinya Aadhira.
Puncanya? Dharma menjadi lebih toksik selepas menyertai sebuah kumpulan lelaki yang bersifat narsistik dan penuh rasa ego lelaki dengan cara yang salah.
To be a man is to be in charge.
Inilah naratif yang dah lama melekat. Lelaki yang dominan dianggap lebih ‘jantan’, yang tak pernah menangis dianggap ‘tough’, yang sentiasa menang dianggap ‘alpha’. Tapi bila semua itu dipaksa, percayalah ia boleh bertukar menjadi racun.
Seporang pakar psikologi Michael Flood pernah menulis bahawa toxic masculinity lahir daripada ‘skrip sosial’, sebuah expectation masyarakat bahawa lelaki mesti ada kuasa, mesti ada kawalan dan mesti keras.
Akhirnya lelaki belajar untuk menekan dan membenam emosi mereka. Apabila berdepan tekanan maka mereka menggunkan kekerasan sama ada dalam bentul fizikal atau pun penderaan mental.
Seolah ini juga menjadi pengukur mereka menilai diri melalui sejauh mana dia boleh tundukkan orang lain.
Lelaki sejati sebenarnya bukan tentang menunjukkan diri siapa paling hebat dan kuat. Tapi sebenarnya tentang siapa yang paling seimbang.
Healthy masculinity ialah bila kekuatan itu digunakan untuk melindung, bukannya menindas. Bila ego dikawal dengan respect atau hormat. Bila keberanian datang sekali dengan empati.
Kajian oleh American Psychological Association (2019) mendapati lelaki yang tegar dengan stereotaip ‘lelaki keras’ lebih cenderung alami depresi, masalah penyalah gunaan dadah, dan berdepan kegagalan hubungan.
Sebaliknya, lelaki yang mendakap maskuliniti sihat lebih berdaya tahan, lebih bahagia dan lebih dihormati pelbagai pihak.
Dengan kata lain, lelaki sejati tak perlu bising atau tunjuk kuat untuk dihormati.
Tak dinafikan ramai sebenarnya lelaki tak sedar. Sama ada kurang peka atau mungkin tidak ada pengetahuan bahawa selama ini mereka sebenarnya banyak memiliki karakteristik lelaki toksik. Jadi tidak hairanlah sesetegah lelaki tak sedar bahawa dia sebenarnya sedang bernafas dalam sebuah kehidupan dengan ruang toksik.
Cuba anda periksa tanda-tanda di bawah!
Kalau lebih separuh checklist ni kena dengan anda—itu petanda anda mungkin dah terjebak dalam toxic mode, walaupun anda tak sedar.
Dr. Ronald Levant, pakar psikologi lelaki dan bekas Presiden APA pernah kata:
“The future of manhood isn’t about dominating others – it’s about integrating strength with care, courage with empathy.”
Real manhood bukan tentang siapa paling keras, tapi siapa paling matang dalam menggunakan kuasa dia. Lelaki sejati ialah bila anda boleh protect tanpa control, respect tanpa ego dan jadi inspirasi tanpa perlu menindas.
Jadi persoalan sekarang, adakah anda nak terus jadi “lelaki yang keras luar tapi rapuh dalam”, atau lelaki yang kuat luar dalam sebab tahu keseimbangan di antara kuasa dan empati?
Bersempena Hari Wanita Malaysia pada 25 Ogos, rasanya inilah mesej yang cukup baik untuk lelaki sama-sama angkat demi menjadikan peranan mereka bersama wanita menjadi lebih bermakna, harmoni dan bahagia.
Ingatlah, tanpa wanita bahagia yang rasa selamat dan dilindungi, sebuah rumahtangga tidak akan berfungsi dengan baik.
Jangan lupa untuk saksikan episod finale drama ‘Aadhira’ pada hari Khamis, 28 Ogos di saluran 202 Vinmeen jam 9 malam!