
Meraikan Hari Kemerdekaan merupakan salah satu momen yang cukup dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia. Keunikan negara kita yang berbilang bangsa hidup harmoni di antara satu sama lain sering kali dijadikan sebagai penanda aras terutamanya bagi masyarakat antarabangsa.
Jadi tidak hairanlah setiap acara yang mempunyai kaitan dan keindahan sambutan Hari Kemerdekaan cukup dinantikan ramai.
Dalam dunia yang meraikan keindahan ekspresi dan identiti, ‘Hello Inilah Kita, Sehati Bersama Home Of Drama’
kembali menyemarakkan Pavilion Kuala Lumpur pada 3 dan 24 Ogos ini. bermula 5 petang.Acara sarat dengan selebriti terkenal ini akan bermula pada jam 5 petang hadir dengan tema Sehati Bersama. MASKULIN melihat acara ini bukan sekadar sambutan Hari Kemerdekaan semata, bahkan ia merupakan perayaan gaya hidup, seni dan simbolik perpaduan pelbagai bangsa.
Barisan selebriti popular seperti Alpha, Meerqeen, Glenn Yong, Noryn Aziz, Niki Palikat, Nas-T, Arabella, Arena Wan, Uriah, C Kumaresan & Kritigah, Lokyi dan Ali serta ramai lagi akan tampil mempesona, membawa aura tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian Malaysia yang unik.
Di tengah-tengah Pavilion KL, pentas akan berubah menjadi runway
seni di mana setiap persembahan adalah satu ekspresi gaya dan semangat Merdeka.Kehadiran mereka dijangka menyemarakkan lagi suasana dengan persembahan, sesi interaksi bersama peminat, serta pelbagai aktiviti menarik.
Dengan meneruskan naratif tahunan Inilah KITA, tema tahun ini Sehati Bersama diangkat sebagai simbol perpaduan dalam kepelbagaian.
Ia menekankan nilai kebersamaan rakyat Malaysia yang hidup harmoni walaupun berlatarbelakangkan budaya, bahasa dan kepercayaan yang berbeza.
Kesemua ini menjadi inspirasi kepada kempen yang menghubungkan rakyat Malaysia melalui seni, budaya dan hiburan.
Jadi buat anda yang ingin merasi kehangatan acara ini, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perayaan ini dengan berbusanakan kebaya dan Baju Kebangsaan.
Ayuh, raikan semangat Sehati Bersama dan hayati keindahan kepelbagaian yang menyatukan kita semua kerana Inilah Kita.
Inilah suara kita. Inilah KITA.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini 👉 https://promotions.astro.com.my/details/InilahKITA
#InilahKITA #SehatiBersama #AstroMerdeka2025