Pernah tak anda terfikir, dalam sehari berapa kali anda sanggup beratur panjang depan lif semata-mata nak naik ke tingkat tiga? Sama ada di kondo atau pejabat, kita seolah-olah sudah ‘berkahwin’ dengan lif. Cuba tanya diri sendiri: bila kali terakhir kaki anda merasa tekstur anak tangga?
Sebenarnya, naik tangga adalah workout paling ‘padu’ yang sering kita abaikan. Ia bukan sekadar aktiviti penat, tapi mesin pembakar kalori yang sangat efisien. Tak perlu ke gim mahal, cukup sekadar dedikasi di celah bangunan konkrit.
Percaya atau tidak, naik tangga diklasifikasikan sebagai senaman berat. Ia membakar lebih banyak kalori seminit berbanding anda berjoging santai di taman.
Bagi anda yang sibuk sampai tak sempat nak ke taman bunga, tangga bangunan itulah ‘gim’ paling dekat. Tiada lagi alasan tiada tempat riadah bila anda boleh naik tangga setiap hari.
Anda tak perlu jadi atlet gimnastik untuk naik tangga. Tak perlu latihan spesifik, cuma perlu kemahuan dan sepasang kaki yang sudi melangkah.
Kalau anda berlari-lari anak (joging) dalam pejabat, bos mungkin ingat anda dah buang tabiat. Tapi kalau naik tangga? Orang nampak anda sebagai pekerja yang berdisiplin dan aktif!
Menunggu lif kadangkala membuang masa, terutamanya jika bangunan cuma ada 5 tingkat. Naik tangga sebenarnya jauh lebih cepat daripada menunggu lif yang berhenti di setiap tingkat.
Aktiviti ini memerlukan 8 hingga 9 kali ganda tenaga berbanding duduk diam, dan membakar kalori 7 kali ganda lebih efektif daripada berdiri kaku dalam lif.
Setiap 20 anak tangga yang anda daki, sekitar 3 kalori hangus (0.17 kalori selangkah). Bayangkan kalau pejabat anda di tingkat 10, dah berapa banyak lemak ‘menangis’ hasil daripada naik tangga setiap hari?
Waktu turun, pembakaran kalori agak rendah iaitu sekitar 1 kalori untuk 20 anak tangga.
Walaupun turun tangga kurang bakar kalori, ia sebenarnya menguatkan kumpulan otot yang berbeza. Jadi, naik dan turunlah secara seimbang untuk kaki yang lebih mantap.
Berita baik untuk yang berisi—semakin berat badan anda, semakin banyak kalori yang dibakar. Anggaplah berat badan itu sebagai ‘beban’ tambahan yang mempercepatkan proses langsing bila anda konsisten naik tangga.
Tak payah acah-acah hero nak langkah dua anak tangga sekaligus. Kajian menunjukkan langkah satu-per-satu membakar lebih banyak kalori dalam jangka masa panjang.
Cukup sekadar 7 hingga 10 minit sehari, anda mampu merendahkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, osteoporosis, kencing manis, dan darah tinggi dengan rutin naik tangga.
Untuk kesan yang paling ‘kick’, sasarkan 30 minit setiap sesi, 3 kali seminggu. Total 90 minit seminggu sudah cukup untuk transformasikan kesihatan anda.
BACA: Fenomena Weekend Warriors, Amaran Pakar Tentang Risiko Kecederaan Sukan Mengejutkan
Jangan biarkan lif memanjakan malas anda. Lepas ni, kalau nampak tangga, senyum sikit dan terus naik tangga. Kesihatan itu mahal, tapi naik tangga itu percuma dan sangat berbaloi!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.