Sukan

Persediaan Sebelum Mula Ceburkan Diri Dalam Aktiviti Trail Running

Share

Larian denai atau trail running kini semakin popular dalam kalangan pencinta gaya hidup aktif di Malaysia.

Berbeza dengan larian atas jalan biasa, trail running menawarkan pengalaman lebih mencabar kerana melibatkan laluan hutan, bukit, sungai, batu dan permukaan tidak rata.

Sebab itu ramai melihat aktiviti ini bukan sekadar senaman, tetapi gabungan adventure, endurance dan mental challenge dalam satu pengalaman.

Namun sebelum terus daftar race atau join larian denai pertama, ada beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu.

1. Trail Running Tak Sama Dengan Larian Jalanan

Image by bublikhaus on Freepik

Ramai buat silap anggap trail running sekadar ‘lari dalam hutan’.

Hakikatnya, trail running memerlukan penggunaan otot, keseimbangan badan dan tenaga yang berbeza berbanding road running.

Laluan berbukit, akar pokok, permukaan licin dan elevation

tinggi membuatkan tubuh bekerja lebih keras walaupun jarak larian mungkin lebih pendek.

Sebab itu, jangan terkejut jika larian trail 10KM terasa jauh lebih mencabar berbanding road run 10KM biasa.

2. Mulakan Dengan Trail Mudah Dahulu

Smiling group of friends running together on trail in park

Kalau baru nak bermula, elakkan terus sertai ultra trail atau laluan ekstrem.

Cari trail yang beginner-friendly dengan elevation sederhana dan laluan lebih selamat.

Antara perkara penting ialah belajar biasakan diri dengan permukaan tidak rata, downhill control dan teknik pacing ketika mendaki.

Trail running bukan tentang siapa paling laju, tetapi kemampuan mengurus tenaga sepanjang laluan.

3. Pilih Kasut Yang Sesuai

Ini antara perkara paling penting.

Kasut road running biasa tidak semestinya sesuai digunakan untuk trail kerana cengkaman tapaknya berbeza.

Trail running shoes direka dengan grip lebih kuat untuk membantu kestabilan di laluan licin, berbatu dan berlumpur.

Selain itu, kasut yang sesuai juga membantu mengurangkan risiko tergelincir atau kecederaan pada buku lali.

4. Fokus Pada Strength & Endurance

Foto: bublikhaus – www.freepik.com

Trail running bukan hanya bergantung kepada kardio semata-mata.

Kekuatan kaki, teras badan  dan stamina keseluruhan badan sangat penting terutama ketika mendaki atau menuruni bukit.

Sebab itu ramai trail runner turut melakukan latihan kekuatan seperti squat, lunges, deadlift dan core workout sebagai persediaan tambahan.

Gabungan ketahanan dan kekuatan akan membantu badan lebih tahan ketika melalui laluan teknikal.

5. Belajar Pengurusan Hydration & Nutrition

Dalam trail running, pengurusan air dan tenaga sangat penting terutama untuk larian jarak jauh.

Berbeza dengan road race yang mempunyai banyak water station, trail race kadangkala melibatkan laluan panjang di kawasan hutan.

Sebab itu ramai trail runner menggunakan hydration vest untuk membawa air, elektrolit dan nutrisi seperti gel tenaga atau snek ringan.

Jangan tunggu haus baru minum kerana dehidrasi boleh berlaku lebih cepat dalam cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia.

6. Mental Kena Bersedia

Trail running bukan sekadar cabaran fizikal.

Ada ketika anda akan penat mendaki, kaki mula berat dan laluan terasa seperti tidak habis habis.

Di sinilah mental memainkan peranan besar.

Trail runner yang berpengalaman biasanya tahu bagaimana mengawal pace, kekal tenang dan menikmati perjalanan walaupun badan mula letih.

Kadang-kadang, mindset lebih penting daripada speed.

7. Utamakan Keselamatan

Kalau berlari di trail baru, elakkan pergi seorang diri terutama untuk beginner.

Maklumkan lokasi kepada keluarga atau rakan dan pastikan telefon mempunyai bateri mencukupi.

Selain itu, sentiasa hormati alam semula jadi dengan tidak membuang sampah atau merosakkan laluan.

Trail running bukan sekadar tentang sukan, tetapi hubungan antara manusia dan alam.

BACA: 5 Indikasi Menunjukkan Anda Bersedia Sertai HYROX

Pengalaman Berbeza

Trail running memberi pengalaman berbeza yang sukar diperoleh daripada aktiviti larian biasa.

Ia mengajar tentang endurance, disiplin, survival dan mental resilience dalam suasana alam semula jadi yang cukup menenangkan.

Dan jika anda mahu mula berjinak-jinak dengan trail running, perkara paling penting bukan terus jadi laju.

Tetapi belajar menikmati setiap langkah perjalanan itu sendiri.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim