Kesihatan

Puncak Seksual Lelaki Umur 35–45 Tahun, Fakta Saintifik Yang Mengejutkan!

Share

Lelaki berumur 35 hingga 45 tahun sering menjadi sasaran stereotaip “lelaki gatal” — mudah tertarik, suka menggoda dan kelihatan lebih berani apabila berinteraksi dengan wanita. Walaupun istilah ini kerap digunakan secara sinis, realitinya terdapat penjelasan saintifik dan psikologi yang menjadikan fasa usia ini sebagai puncak seksual lelaki.

Menurut pemerhati kesihatan mental, Amirul Ramli, lelaki dalam lingkungan usia ini sememangnya berada pada satu fasa kehidupan yang unik stabil, yakin dan lebih ‘in control’ berbanding fasa usia lain.

Fasa Lelaki Paling Stabil Dalam Hidup

Menerusi perkongsian beliau di TikTok, Amirul menjelaskan bahawa lelaki berusia 35 hingga 45 tahun kebiasaannya telah mencapai kestabilan dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Biasanya lelaki dalam usia ini lebih stabil dari segi emosi, kerjaya dan kewangan. Pengalaman hidup bertambah, keyakinan diri meningkat dan mereka rasa lebih mengawal hala tuju hidup,” jelasnya.

Berbeza dengan lelaki muda yang masih mencari identiti, lelaki dalam fasa ini lebih mengenali diri sendiri, tahu apa yang mereka mahu dan tidak lagi kekok dalam pergaulan sosial termasuk ketika berinteraksi dengan wanita.

Kenapa Tingkah Laku Ini Lebih Jelas Kelihatan?

Menurut Amirul, media sosial menjadi cerminan paling jelas kepada perubahan tingkah laku lelaki dalam fasa ini. Keberanian untuk bersuara dan menzahirkan minat dilihat semakin ketara.

Beliau berseloroh dengan memberi contoh situasi yang sering tular:

“Cuba tengok komen di video anak masuk sekolah. Lepas tu ada cikgu cantik sikit, mula keluar komen ‘rasa nak masuk sekolah baliklah’, ‘lepas ni nak hantar anak setiap hari’.”

Walaupun kelihatan seperti gurauan, tingkah laku ini sebenarnya mencerminkan tahap keyakinan diri dan kehendak seksual yang berada pada tahap tinggi. Ia juga selari dengan konsep puncak seksual lelaki yang sering dibincangkan dalam kajian psikologi moden.

Disokong Kajian: Bukan Sekadar Persepsi

Stereotaip ini bukan sekadar pemerhatian rambang. Satu kajian berskala besar melibatkan hampir 70,000 individu mendapati usia 35 hingga 45 tahun merupakan fasa paling aktif dari segi seksual bagi lelaki.

Menariknya, dapatan ini tidak hanya berpunca daripada faktor biologi seperti hormon testosteron. Ia turut dipengaruhi oleh faktor psikologi dan sosial seperti rasa dominan, kestabilan hidup, pengalaman serta keupayaan mengurus emosi dengan lebih matang.

Gabungan faktor inilah yang menjadikan fasa ini sebagai puncak seksual lelaki yang sebenar bukan sekadar soal nafsu, tetapi juga keyakinan dan kawalan diri.

Bila Usia Meningkat, Keinginan Juga Berubah

Amirul turut menjelaskan bahawa kehendak seksual lelaki akan mula menurun selepas melalui fasa ini.

“Selepas itu, kehendak seksual lelaki akan mula menurun seiring pertambahan usia. Perkara ini berlaku kepada lelaki dan wanita, cuma penurunan pada wanita biasanya berlaku lebih awal.”

Ini membuktikan bahawa perubahan kehendak seksual adalah proses semula jadi dan bukan sesuatu yang luar biasa atau memalukan.

@amirul.ramli♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Fakta Menarik: Bilangan Anak Beri Kesan Berbeza

Satu lagi pendedahan menarik yang dikongsikan Amirul adalah berkaitan bilangan anak dalam rumah tangga.

“Bila anak semakin ramai, kehendak seksual wanita biasanya menurun. Tapi bila anak semakin ramai, kehendak seksual lelaki pula cenderung meningkat.”

Perbezaan ini dipercayai berkait rapat dengan tekanan emosi, perubahan peranan sosial serta cara lelaki dan wanita memproses tanggungjawab keluarga secara berbeza.

Kesimpulan Maskulin

Kesimpulannya, label ‘lelaki gatal’ bukanlah semata-mata isu sikap atau moral. Ia mempunyai asas saintifik dan psikologi yang jelas. Usia 35 hingga 45 tahun adalah fasa di mana lelaki berada pada tahap paling yakin, stabil dan secara semula jadi berada di puncak seksual lelaki.

Namun, lelaki maskulin sejati bukan dinilai berdasarkan keinginan semata-mata — tetapi bagaimana keinginan itu difahami, dikawal dan disalurkan dengan matang serta bertanggungjawab.

BACA LAGI : Gangguan Seksual Terhadap Lelaki, Petanda Bahaya & Tindakan Tegas Untuk Lindungi Diri

Sumber: TikTok @amirul.ramli

Published by
Nana