Dalam Negara

Ramadan Lebih Sedih Daripada Aidilfitri Di Penjara – Ameng Spring

Share

Siapa yang tidak sedih apabila tidak dapat bersama keluarga tersayang menyambut Ramadan dan Aidilfitri, apatah lagi jika ia terpaksa disambut di balik tirai besi.

Sebagai seorang yang pernah bergelar banduan suatu ketika dahulu, Ameng Spring menyifatkan sambutan Ramadan lebih sayu berbanding Aidilfitir di penjara.

Pemilik nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail itu berkongsi pengalamannya menerusi laporan Gempak

.

Muncul sebagai tetamu dalam salah satu episod Borak Dulu Baru Buka, Ameng menyifatkan pengalaman berpuasa di dalam penjara sebagai ‘keras’.

Sahur Jam 11 Malam

“Sambut Ramadan di dalam penjara sangat ‘keras’. Makan tidak tentu hala, berebut-rebut.

“Sahur pada pukul 11 malam, kalau tidak makan mereka akan ambil makanan yang diberi.

“Warden pula agak keras dan kita juga ada tekanan emosi. Fikir anak, isteri, ibu.

“Pada saya Ramadan lebih sedih daripada Aidilfitri,” ujar Ameng.

Khatam Al-Quran 3 Kali Sepanjang Ramadan Di Penjara

Walaupun sayu, Ameng menyifatkan ia adalah bulan paling berkualiti bagi dirinya. Malah sepanjang menyambut Ramadan di penjara, Ameng berjaya khatam Al Quran sebanyak tiga kali.

“Untuk saya, hidup paling berkualiti pada Ramadan. Setiap masa duduk dalam air sembahyang.

“Saya boleh khatam tiga kali dalam Ramadan. Seratus peratus saya habiskan masa mengaji. Jadi setiap 10 hari saya dapat khatam sekali,” katanya.

Justeru Ameng menitipkan pesan buat semua umat Islam agar memberi fokus setiap Ramadan datang.

“Jika ini adalah Ramadan terakhir buat saya atau kita semua, fokus dan khusyuk. Jangan lepaskan Ramadan berlalu begitu sahaja,” pesan Ameng.

Untuk rekod, Ameng pernah dipenjara selama lapan tahun bermula pada 2011 atas tiga kesalahan dengan dua daripada kerana memiliki dadah.

Kredit Sumber: Gempak

BACA: Sebelum Doktor Suruh Bersenam, Baik Saya Buat Dahulu – Ameng Spring

IKLAN