Sedap Do’oh! Mat Saleh Terus Jatuh Cinta Lepas Cuba Nasi Kerabu

Share

Malaysia sering digelar sebagai syurga makanan kerana keunikan budaya dan kepelbagaian etniknya.

Tidak hairanlah, pelancong asing yang datang ke Malaysia sering terpesona dengan variasi makanan tempatan yang penuh warna, rasa dan cerita.

Kalau di Pantai Timur, nasi kerabu, nasi dagang dan laksam menjadi pilihan utama sebagai hidangan tradisi.

Ia bukan sekadar pengisi perut, tetapi juga simbol warisan yang diturunkan dari generasi ke generasi.

@justyn.ali Pertama kali saya makan nasi kerabu, suka! Saya akan rindu makanan macam ni bila saya balik ke Australia. #nasi #ayam #malaysia
♬ original sound – Justyn Ali

Pertama Kali Cuba Nasi Kerabu

Baru-baru ini, seorang lelaki warga Australia yang dikenali sebagai @justyn.ali tular di media sosial apabila berkongsi video pengalamannya mencuba nasi kerabu buat kali pertama.

Sebelum ini, Justyn pernah jatuh hati dengan laksam, dan kerana terlalu menggemarinya, dia ingin merasai sendiri nasi kerabu yang tidak kurang popular di Kelantan serta Terengganu.

Hidangan yang diterimanya tampak lengkap ayam madu berempah, sambal budu, telur masin, ulam-ulaman segar serta nasi berwarna biru hasil bunga telang.

Gabungan warna serta aroma itu sudah cukup membuatkan dia teruja sebelum sempat menjamah.

Reaksi Serta-merta

Sebaik sahaja menyuap nasi kerabu ke dalam mulut, Justyn kelihatan tidak dapat menahan rasa kagum.

Dia segera mengangkat tanda “sedap” sambil mengulang kata-kata, “Sedap, sedap do’oh!”.

Tambahnya lagi, ayam madu yang dipilih benar-benar menaikkan rasa hidangan, apatah lagi bila digaul bersama budu dan ulam.

Dengan loghat Melayu yang cukup fasih, dia turut berkongsi tip daripada isterinya, “Kalau gaul semua sekali, lagi sedap rasanya.”

Foto : Mak Tok

Janji Akan Rindu Nasi Kerabu

Dalam kapsyen videonya, Justyn meluahkan rasa sedih kerana bakal merindui nasi kerabu apabila kembali ke Australia.

Baginya, makanan tradisi Malaysia bukan sekadar enak, malah punya kelainan rasa yang sukar ditemui di negara lain.

Namun, rata-rata netizen menenangkan Justyn dengan berkongsi bahawa nasi kerabu dan makanan tempatan lain kini boleh didapati di beberapa bandar besar seperti Sydney dan Melbourne, hasil usaha komuniti Malaysia di sana.

BACA LAGI : Influencer Naik Gelanggang Demi Content, Jojo Sound Influencer Acah Fighter

Bukti Masakan Malaysia Punya Tarikan Dunia

Fenomena seperti ini membuktikan bahawa masakan Malaysia sebenarnya berpotensi menawan dunia.

Nasi kerabu, dengan keunikannya yang menggabungkan nasi berwarna biru, budu, ulam segar dan lauk pilihan, adalah simbol kepelbagaian budaya yang disatukan di dalam satu pinggan.

Kalau orang luar boleh jatuh hati dengan sekali suapan, tak mustahil makanan tradisi Malaysia mampu menjadi ‘branding’ antarabangsa setanding sushi dari Jepun atau pizza dari Itali.

Sumber : Siakap keli & Tiktok @justyn.ali

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Darwisy Farain