
Cuaca sejak kebelakangan ini hujan tidak menentu. Jadi tidak dinafikan seidkit sebanyak memberikan kesan kepada rutin senaman atau larian buat anda. Salah satu faktor penting, kasut larian!
Sama ada jalan raya licin selepas hujan, trail berlumpur atau sekadar sesi jogging waktu subuh yang berkabus, kasut larian waterproof ialah pelaburan yang buatkan setiap langkah lebih selesa dan yakin.
Kasut larian kalis air cukup penting kerana ia memberi perlindungan maksimum daripada kelembapan yang boleh menjejaskan prestasi. Jika kaki kekal kering, anda dapat elak rasa tidak selesa, blister dan bau yang tak menyenangkan. Ia juga bantu kekalkan suhu dalaman kasut lebih stabil, terutamanya bila berlari dalam keadaan sejuk atau hujan lebat.
Upper yang dilengkapi membran kalis air biasanya lebih lasak, menjadikannya pelaburan berbaloi.
Dengan teknologi seperti Gore-Tex (GTX), ia bukan sekadar lindungi kaki, malah beri kepuasan bila setiap larian jadi lebih smooth walau cuaca tak menentu. MASKULIN senaraikan pilihan terbaik untuk tahun 2025 yang wajib kau pertimbangkan.
Tak kisah kau nak lari kat jalan bertar, off-road ringan, atau hiking santai, model ni memang jack of all trades. Ringan, kalis air dengan membran GTX, dan guna ReactX foam yang bagi pantulan tenaga maksimum.
Pro: Versatil, selesa, sesuai untuk pelbagai permukaan.
Con: Kurang bernafas dan padding di buku lali agak minima.
Dapatkan di sini: https://invl.me/clmyx1j
Kalau kau kaki road running, Clifton 9 GTX patut ada dalam arsenal. Kusyen tebal, ringan walaupun waterproof, dan outsole tahan lasak. Sesuai untuk kau yang cari keselesaan jarak jauh.
Pro: Ringan, kusyen empuk, tahan lama.
Con: Toebox sempit, kurang sesuai untuk kaki lebar.
Dapatkan di sini: https://invl.me/clmyx1n
Kalau kau nak kaki betul-betul dilindungi dari hentakan keras, Pegasus 41 GTX pilihan terbaik. Storm-Tread outsole bagi cengkaman gila-gila atas jalan basah.
Pro: Cushioning luar biasa, traction bagus.
Con: Berat dan agak keras dalam cuaca sejuk.
Dapatkan di sini: https://invl.me/clmyx1u
Untuk pelari yang suka “mix” – kadang di jalan, kadang di laluan gravel – kasut ni ada grip mantap dengan gusseted tongue
yang halang air & debu.Pro: Versatil, grip padu, perlindungan baik.
Con: Drop agak tinggi, toebox sempit, kurang elemen reflektif waktu malam.
Dapatkan di sini: https://invl.me/clmyx21
Ni kasut untuk trail hunter. Dengan lug dalam dan outsole agresif, ia gigit tanah basah macam cakaran harimau. Memang stabil dan kalis air sepenuhnya.
Pro: Grip ekstrem, stabil, upper kalis air.
Con: Kurang pengudaraan, agak berat, keras untuk larian panjang.
Dapatkan di sini: https://invl.me/clmyx28
Kalau bajet terhad tapi tetap nak teknologi GTX, Winflo 11 GTX deliver. Cushion plush, traction cukup bagus, dan waterproof memadai untuk hujan tropika.
Pro: Harga mesra, selesa, traction baik.
Con: Kurang stabil bila high speed, midsole keras dalam cuaca sejuk.
Dapatkan di sini: https://invl.me/clmyx2m
Nak kasut tahan banting? XA Pro 3D v9 GTX ni pilihan MASKULIN. Upper reinforced, toe bumper untuk perlindungan, outsole tebal untuk laluan ekstrem.
Pro: Super durable, stabil, kalis air.
Con: Berat, agak kaku, perlu masa untuk break-in.
Dapatkan di sini: https://invl.me/clmyx36
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Kasut Larian Untuk Jarak Sederhana Terbaik 2025
Tak kira kau pelari hujung minggu atau hardcore marathoner, kasut larian waterproof boleh jadi ‘insurans’ terbaik bila cuaca tak menentu. Ingat, hujan bukan penghalang tapi dengan pilihan tepat, ia cuma jadi motivasi tambahan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.