Senaman Plyometrik, Rutin Kecergasan Melibatkan Pelbagai Pergerakan Otot!

Share

Tidak dinafikan, banyak senaman direka demi kesihatan kita. Hampir semuanya bantu tingkatkan kecergasan. Ia juga bagus untuk fizikal dan mental anda. Pernahkah anda dengar plyometrik?

Senaman ini sangat menarik. Ia sejenis aktiviti aerobik yang unik. Plyometrik tingkatkan kelajuan dan ketahanan anda. Ia juga membina kekuatan badan. Senaman ini latih otot bergerak maksimum. Semuanya dalam masa yang singkat.

Plyometrik turut dikenali sebagai senaman lompatan. Ia pilihan utama mereka yang inginkan kecergasan tahap tertinggi.

Jadi, bagi anda yang sudah aktif bersenam, inilah cabaran yang harus dicuba!

Kelebihan senaman plyometrik

1. Menghasilkan pembakaran tenaga yang banyak dalam masa yang singkat. Aktiviti ini melibatkan pelbagai pergerakan dan otot, oleh itu tenaga yang banyak digunakan.

2. Melakukan senaman ini dalam pengulangan yang banyak (muscular endurance) dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar lebih banyak kalori.

3. Aktiviti seperti power push up and throw ball menghasilkan stres pada otot dan tulang, ia meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis. Meningkatkan kekuatan dan membentuk otot.

Plyometric push-ups

  • Mulakan dengan badan dalam kedudukan tekan tubi.
  • Menggerakkan badan sehingga bola berada di kedudukan hadapan dada sambil meluruskan tangan.
  • Menggerakkan badan ke arah yang berlainan dengan kedudukan permulaan.

Plyometric jackknife

  • Badan di dalam keadaan tekan tubi dengan bola diletakan di bahagian kaki.
  • Mengangkatkan pinggang/punggung setinggi yang anda mampu dengan tangan dan kaki dikekalkan kelurusannya.
  • Kembali ke posisi tekan tubi semula dengan tangan dibengkokkan.
Background photo created by master1305 – www.freepik.com

Squat, passing ball & push-ups

  • Bermula dengan badan dalam keadaan squat sambil bola dipegang di bahagian dada.
  • Meluruskan kaki sambil melontarkan bola ke hadapan.
  • Dengan serta merta bergerak ke posisi tekan tubi selepas melakukan lontaran.

Single hand ball throw

  • Berdiri dengan kaki dibengkokkan sedikit sambil satu tangan memegang bola.
  • Melontarkan bola dengan menggunakan momentum tubuh badan.

Buat anda yang inginkan cabaran lebih hebat dalam melakukan senaman, inilah rutin yang harus anda cuba!

BACA: Wanita Lebih Mudah Jatuh Cinta Kepada Lelaki Tegas Secara Tidak Sedar

Kesimpulannya, plyometrik bukan sekadar senaman lompatan. Ia pelaburan terbaik untuk kecergasan anda secara menyeluruh.

Gabungkan ia dalam rutin anda, dan saksikan transformasi pada kekuatan serta stamina diri. Jadi, usah berlengah lagi, sahutlah cabaran ini sekarang!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim