
Kota Bharu sering dikenali dengan suasana budaya, makanan tradisi dan keramahan penduduknya.
Dari Pasar Siti Khadijah hinggalah ke deretan kedai makan nasi kerabu, bandar ini sinonim dengan warna tempatan yang penuh kehangatan.
Tapi siapa sangka, di tengah-tengah bandar ini, wujud sebuah butik jam tangan mewah bertaraf dunia iaitu jenama Rolex.
Lokasinya bukan di Pavilion, bukan di KLCC, tetapi di Aeon Mall Kota Bharu.
Video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @MatCharming itu pantas meraih perhatian netizen.
@mat.charming #tiktokmalaysia #viral #fyp #fypviral #tiktoktrending ♬ original sound – Mat Charming
Seorang lelaki yang datang ke Kelantan atas urusan kerja berkongsi pengalamannya.
Ketika berjalan-jalan santai di mall tersebut, dia terperanjat apabila melihat papan tanda Rolex yang tersergam.
Baginya, Rolex sinonim dengan pusat beli-belah mewah di ibu kota, jadi kehadirannya di Kota Bharu betul-betul mencuri perhatian.
Perasaan kagum itu membuatkan dia berhenti lama, seolah-olah tak percaya dengan apa yang dilihat.
Sekadar ingin mencuba nasib, lelaki itu melangkah masuk ke butik tersebut.
Suasana dalamnya elegan, dengan pencahayaan yang menonjolkan kemewahan setiap jam di pameran.
Dia berbual dengan pengurus kedai, lalu bertanya secara bersahaja tentang jualan.
Jawapannya sungguh mengejutkan cawangan Rolex di Aeon Mall Kota Bharu mencatatkan jualan paling tinggi berbanding semua cawangan mereka di Malaysia.
Malah, menurut pengurus itu, prestasi Kota Bharu jauh mengatasi cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor.
Fakta ini jelas menunjukkan satu perkara iaitu orang Kelantan memang luar biasa.
Walaupun negeri ini sering digambarkan dengan gaya hidup sederhana, di sebaliknya terdapat ramai usahawan berjaya, ahli perniagaan berpengaruh dan pembeli berkuasa tinggi.
Tidak hairanlah butik Rolex di sini menjadi antara yang paling laris. Kehadiran butik ini bukan sahaja simbol kemewahan, tetapi juga mencerminkan daya beli masyarakat tempatan yang kadang-kadang tidak dijangka.
Bukan sekadar hebat berbelanja, orang Kelantan juga terkenal dengan sikap ramah mesra dan baik hati.
Mungkin inilah rahsia mengapa ekonomi setempat terus berkembang dan Kota Bharu mampu menempatkan butik jam paling eksklusif di dunia.
Ya, orang Kelantan memang baik-baik, tapi jangan terkejut mereka juga antara golongan paling berjaya dan kaya di Malaysia.
BACA LAGI : 5 Sebab Lelaki Pilih Membujang Walaupun Usia Sudah Cecah 40 Tahun
Sumber : Tiktok Mat Charming
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.