Skechers Friendship Walk 2025 Berjaya Kumpulkan Lebih 8 Ribu Peserta

Share

Pada pagi Ahad lalu, The Oval Lawn di Setia City Convention Centre telah bertukar wajah menjadi lautan biru. Lebih 8,000 peserta berhimpun, bukan sekadar untuk menyertai larian atau berjalan, tetapi untuk melangkah bersama dalam semangat komuniti. Skechers Friendship Walk, acara yang menggabungkan kecergasan, keseronokan dan solidariti sosial dalam satu perayaan penuh makna berlangsung untuk edisi kelapan dengan peuh meriah.

Buat julung kalinya diadakan di Setia Alam, acara ini menyaksikan menyasikan penyertaan merentas generasi. Tidak kiralah sama ada atlet berpengalaman atau keluarga kecil yang hanya mahu menikmati suasana santai.

Dengan tema Hari Sukan, dua kategori utama menjadi tarikan, iaitu 10KM Competitive Run untuk yang gemar bersaing dan 5KM Leisure Walk bagi mereka yang lebih suka beriadah bersama rakan dan keluarga.

Lebih menarik, acara tahun ini turut menyaksikan sumbangan RM10,000 kepada National Cancer Society Malaysia (NCSM).

Sumbangan itu bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi simbol harapan untuk mendidik masyarakat, menggalakkan pengesanan awal, serta memberi sokongan kepada individu dan keluarga yang terkesan dengan kanser.

Seawal 7 pagi, 10KM Competitive Run membuka tirai dengan sorakan padu. Tidak lama selepas itu, peserta 5KM Leisure Walk memulakan perjalanan mereka yang dipenuhi aktiviti interaktif seperti menguji teknologi Air-Cooled Goga Mat dan replika gergasi ULTRA PILLARS™, ciptaan khas untuk keselesaan maksima.

Kehadiran selebriti seperti Jaclyn Victor, bekas atlet Olimpik Chan Peng Soon dan legenda bola sepak Indra Putra menambah seri, semuanya tampil bergaya dengan Skechers Hands Free Slip-Ins GOwalk 8 yang menjadi bintang utama tahun ini.

Acara turut dimeriahkan dengan hos bertenaga tinggi, Shaun Stephen dan Zooey Teo dari MixFM, yang memastikan suasana kekal hangat sepanjang pagi.

Sokongan Komuniti Lebih Kuat

Kemuncak emosional terserlah apabila Pengurus Senior Kewangan Skechers Malaysia, Mellissa Moo Yoong menyerahkan mock cheque bernilai RM10,000 kepada Penolong Pengarah Perubatan NCSM, Dr. Rutresh.

Ia menyaksikan bagaimana acara sebegini boleh membawa impak besar di luar trek larian. Dr. Rutresh menyifatkan sumbangan ini sebagai satu sokongan bermakna dalam usaha memberi pendidikan, pencegahan awal, dan rawatan sokongan kepada mereka yang terkesan dengan kanser.

Pengarah Pemasaran Serantau Skechers Asia Tenggara, Eileen Tan turut menyampaikan ucapan yang penuh inspirasi. “Kami berasa sangat teruja dapat membawa Skechers Friendship Walk 2025 ke Oval Lawn di Setia City Convention Centre, Setia Alam buat pertama kali.

“Ia benar-benar menginspirasikan apabila melihat lebih 8,000 peserta berkumpul seawal pagi, bukan sahaja untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan mengeratkan hubungan bersama insan tersayang, tetapi juga menyokong satu tujuan yang begitu dekat di hati kami.

“Terima kasih atas sokongan semua, kami dapat memberikan sumbangan bermakna dengan menderma RM10,000 bagi menyokong usaha NCSM dalam meningkatkan kesedaran serta menyediakan penjagaan untuk keluarga yang terkesan akibat kanser. Dengan setiap langkah yang anda ambil pagi ini, anda sedang membantu membawa harapan, meningkatkan kesedaran, dan menyokong keluarga yang terkesan akibat kanser,” tambahnya lagi.

Bukan Sekadar Acara Larian

Selepas penat berlari dan berjalan, peserta dibawa ke Skechers Race Village yang penuh dengan aktiviti keluarga. Dari Brass band, cabaran sukan interaktif hinggalah tema Rumah Sukan dengan acara klasik seperti 8-Legged Race dan Tug of War, semuanya membangkitkan semangat kebersamaan yang mengimbau kenangan zaman sekolah.

Akhirnya, perhatian tertumpu pada pengumuman pemenang 10KM Competitive Run. Sanjay Manimaran menjuarai kategori lelaki dengan catatan masa 32:55, manakala Nurul Juliana Shakira Binti Abdul Halim mengungguli kategori wanita dengan masa 40:03.

Tidak cukup dengan itu, sorakan paling gamat tercetus apabila Tan Bing Tatt diumumkan sebagai pemenang hadiah utama, iaitu bekalan kasut Skechers selama setahun bernilai RM6,000.

Skechers Friendship Walk 2025 membuktikan bahawa acara kecergasan boleh lebih daripada sekadar riadah.

BACA: Larian Dengan Selamat, Ini Tip Elak Berdepan Ancaman Jenayah

Ia mampu menyatukan masyarakat, mencipta memori manis, dan pada masa yang sama menyumbang kepada tujuan yang lebih mulia.

Ribuan langkah di Setia Alam ini bukan sahaja mengukir senyuman pada wajah peserta, tetapi juga membawa sinar harapan buat mereka yang sedang berjuang menentang kanser.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim