Sukan

Skechers Friendship Walk & Run 2026, Cabaran Epik 21KM Yang Paling Dinanti Tahun Ini

Share

Skechers Friendship Walk & Run 2026 kembali dengan skala yang lebih besar dan lebih mencabar, khas buat mereka yang mencari alasan untuk kembali aktif atau sekadar mahu menikmati vibe larian komuniti yang penuh tenaga positif.

Dijadual berlangsung pada 21 Jun 2026 di Putrajaya, edisi kesembilan acara ini menjanjikan pengalaman pagi yang bukan sekadar tentang larian, tetapi juga gaya hidup aktif yang semakin menjadi pilihan ramai.

Pengenalan Kategori Baharu 21KM

Dianjurkan oleh Skechers, jenama global yang terkenal dengan teknologi keselesaan dalam dunia kasut lifestyle dan performance, acara tahun ini tampil dengan pembaharuan paling signifikan sejak diperkenalkan, iaitu kategori baharu 21KM.

Buat pertama kali dalam sejarah Skechers Friendship Walk & Run 2026, peserta kini boleh mencabar diri dengan jarak half marathon, menjadikannya kategori paling jauh pernah diperkenalkan.

Penambahan ini jelas menunjukkan evolusi acara ini, daripada sekadar larian santai kepada platform yang lebih kompetitif dan mencabar, sesuai untuk mereka yang serius dalam dunia running.

Pilihan Kategori Untuk Semua Peringkat

Namun, bagi yang masih di peringkat beginner atau sekadar ingin menikmati suasana, kategori klasik tetap dikekalkan dalam Skechers Friendship Walk & Run 2026.

Peserta boleh memilih antara 10KM Competitive Run untuk menguji kelajuan dan ketahanan, atau 5KM Leisure Walk yang lebih santai dan sesuai untuk keluarga serta rakan-rakan.

Dengan konsep “Start Simple. Compete Strong. Finish Elite.”, acara ini bukan sekadar tentang siapa paling laju, tetapi perjalanan setiap individu dalam mencapai versi terbaik diri sendiri.

Yuran Penyertaan Early Bird

Dari sudut penyertaan, yuran early bird ditawarkan pada harga antara RM40 hingga RM95, bergantung kepada kategori.

  • 21KM: Bermula RM95
  • 10KM: RM65
  • 5KM: RM40 (kanak-kanak) / RM55 (dewasa)

Pendaftaran early bird kini dibuka sehingga 5 April 2026, dan seperti kebiasaan acara popular sebegini, slot dijangka habis dengan cepat.

Ganjaran Lumayan & Hadiah Menarik

Selain pengalaman larian, faktor tarikan utama Skechers Friendship Walk & Run 2026 terletak pada ganjaran yang ditawarkan.

Bagi kategori 21KM dan 10KM, peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM1,000 berserta baucar Skechers bernilai RM1,000 untuk juara.

Naib juara pula bakal membawa pulang RM800 tunai bersama baucar bernilai sama, manakala tempat ketiga menerima RM600 tunai dan baucar RM1,000.

Menariknya, kategori ini dibuka untuk kedua-dua kumpulan, Open dan Veteran, bagi lelaki dan wanita.

Cabutan Bertuah Eksklusif

Namun, kemuncak sebenar acara ini mungkin bukan di garisan penamat.

Skechers turut menawarkan hadiah cabutan bertuah utama yang cukup menggoda, iaitu satu tahun bekalan kasut Skechers kepada seorang peserta bertuah.

Ini menjadikan setiap langkah di laluan larian bukan sekadar tentang masa, tetapi peluang.

Race Pack Bernilai Tinggi

Setiap peserta yang mendaftar dalam Skechers Friendship Walk & Run 2026 juga akan menerima race pack eksklusif bernilai sehingga RM359.

Ia termasuk baju rasmi acara, beg tote lipat Skechers, nombor bib, sijil digital, baucar diskaun serta refreshment ringan dan perlindungan insurans kemalangan peribadi.

Bagi peserta 21KM, mereka turut menerima finisher tee eksklusif sebagai simbol pencapaian menamatkan jarak tersebut.

Laluan Ikonik Putrajaya

Apa yang menjadikan Skechers Friendship Walk & Run 2026 berbeza bukan hanya pada kategori atau hadiah, tetapi pengalaman keseluruhan.

Laluan di Putrajaya yang dikenali dengan pemandangan landskap teratur dan luas memberi suasana ideal untuk larian pagi, sama ada untuk prestasi atau sekadar menikmati momen.

BACA: adidas Peranakan Collection Gabungkan Warisan Budaya Dengan Gaya Streetwear Moden

Dalam dunia hari ini, di mana gaya hidup sedentari semakin menjadi norma, acara seperti ini membawa satu mesej yang lebih besar, bergerak itu pilihan, tetapi konsisten adalah kunci.

Skechers Friendship Walk & Run 2026 bukan sekadar satu event, tetapi satu peringatan bahawa setiap langkah kecil boleh membawa kepada perubahan besar.

Dan mungkin, ini masa terbaik untuk mula.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim