
Dunia hiburan digital Malaysia membuktikan bahawa penstriman kini menjadi fenomena budaya apabila sooka menganjurkan sooka Gilerrr Streaming Challenge di Pavilion Bukit Jalil. Acara sehari ini mengumpulkan seramai 273 peserta yang berentap dalam siri cabaran fizikal sambil terus menstrim kandungan sooka secara langsung.
Dengan penyertaan luar biasa ini, sooka secara rasmi mencatat pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking.
Untuk acara sulung kategori ini, pengiktirafan tersebut membuktikan betapa kuatnya budaya streaming dalam kalangan generasi muda yang mahukan hiburan interaktif dan tidak konvensional.
Sejak awal pagi, Pavilion Bukit Jalil dibanjiri peserta dan peminat yang hadir untuk menyaksikan cabaran paling unik dan menyeronokkan tahun ini.
Tujuan utama acara ini bukan sekadar mencatat rekod, tetapi meraikan semangat rakyat Malaysia yang energetic dan obses dengan hiburan serta sukan digital yang semakin berkembang.
Acara sooka Gilerrr Streaming Challenge turut menjadi platform peserta menunjukkan ketahanan fizikal, fokus mental, dan keupayaan multitasking dalam keadaan paling mencabar.
Turut hadir menyerikan acara ialah duta jenama sooka — Evertts Gomes, Aiman Ameer, Wani Kayrie dan Kimberly Chuah selain persembahan finalis Dewi Remaja, peserta Jaguh Rakan Muda, finalis Astro Star Quest serta pelakon Astro Originals dan sooka Shorts.
Walaupun kelihatan santai, setiap cabaran sebenarnya menguji fokus, refleks dan koordinasi peserta.
Antara cabaran utama termasuk sooka says yang memerlukan peserta menuruti arahan pantas, pusingan gangguan pontianak yang mencabar ketenangan mental, freeze challenge
serta cabaran tin keseimbangan yang menguji koordinasi sambil terus menstrim secara langsung di platform sooka.Pemenang utama membawa pulang Proton e.MAS 5, manakala peserta lain memenangi hadiah termasuk TV Samsung QLED 85 inci, iPhone 17 Pro Max, MacBook Air, PlayStation 5 Pro, DJI Pocket 3 Creator Combo dan Dyson Supersonic.
Selain mencatat rekod, acara ini turut memperkenalkan pratonton eksklusif sooka Shorts — format mikrodrama baharu yang akan mula dilancarkan Disember 2025.
Dengan episod pendek dan padat, sooka Shorts menampilkan tajuk menarik seperti Mandrem, Gadis Dihina Pemilik Empayar, Mak Kau CEO Aku dan Raja Fitnah.
sooka turut merancang kerjasama dengan studio serantau bagi memperluaskan kandungan vernakular termasuk mikrodrama Korea, sekali gus mengukuhkan kedudukan jenama ini sebagai peneraju hiburan tempatan digital.
BACA: #IniPadangKita: Inisiatif Astro Menghidupkan Semula Padang Bola Sepak Komuniti Malaysia
Acara ini disokong oleh Pavilion Bukit Jalil sebagai penaja lokasi dan Vida sebagai penaja minuman, menjadikan suasana sooka Gilerrr Streaming Challenge lebih meriah dan penuh tenaga positif sepanjang hari.
sooka Gilerrr Streaming Challenge bukan sekadar pertandingan unik, ia adalah bukti bahawa dunia penstriman kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden.
Pengiktirafan Malaysia Book of Records membuktikan pengaruh besar sooka dalam dunia hiburan digital, sementara pelancaran sooka Shorts menandakan masa depan baharu untuk mikrodrama tempatan yang lebih segar dan kreatif.
Untuk maklumat lanjut, layari sooka.my.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.