Suami Malu Kena ‘Angin Pasang’, Komplikasi Boleh Bawa Maut

Share

Hernia atau lebih dikenali dengan nama angin pasang sering dikaitkan dengan masalah yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat bayi lagi.

NAMUN SEBENARNYA, HERNIA SERING MENYERANG ORANG DEWASA TERUTAMANYA LELAKI DAN JENIS HERNIA YANG PALING KERAP MENYERANG LELAKI IALAH HERNIA INGUINAL IAITU APABILA TISU LEMAK OMENTUM ATAU SEBAHAGIAN USUS TERJULUR KELUAR DI KAWASAN ARI-ARI, KELANGKANG ATAU DALAM PANGKAL PAHA PESAKIT.

Lebih kerap berlaku kepada lelaki yang berusia 50 tahun ke atas, ia selalunya disebabkan oleh dinding otot badan di bahagian ari-ari dan sekitarnya yang lemah membuatkan lapisan dalam boleh terkeluar apabila berlaku tekanan.

Hernia dalam kalangan lelaki dewasa dilihat jarang dibincang atau diperkatakan. Mungkin kerana ia dilihat sebagai satu isu yang sensitif apabila melibatkan masalah berkaitan dengan kawasan alat sulit lelaki.

Ditambah pula ia jarang menyebabkan gejala seperti sakit walaupun benjolan kelihatan di bahagian tersebut dan kadang-kadang ia hilang terutama apabila dalam keadaan baring atau selepas ia ditolak ke dalam membuatkan pesakit tidak mengambil serius akan masalah tersebut.

MASALAH HERNIA INI TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN KERANA JIKA LAMBAT MENDAPATKAN RAWATAN, IA BOLEH MENYEBABKAN KOMPLIKASI YANG MAMPU MEMBAWA MAUT.

“Hernia ialah benjolan tidak normal yang berlaku dari satu kaviti ke kaviti lain. Hernia yang paling sering ditemui ialah hernia inguinal yang muncul di kawasan sekitar ari-ari dan pangkal peha. Malah benjolan tersebut boleh besar sehingga ke bahagian kerandut kerana bahagian otot dinding kulit yang lemah terlalu besar.

“KOMPLIKASI BOLEH BERLAKU APABILA BAHAGIAN YANG TERKELUAR CONTOHNYA USUS, MATI AKIBAT HALANGAN UNTUK MASUK KEMBALI DAN TISU TERSEBUT TERCEKIK DI LALUAN TERSEBUT LALU MENYEBABKAN ISKIMIA IAITU DARAH TIDAK DAPAT MENGALIR KE BAHAGIAN TERSEBUT DAN AKHIRNYA GANGREN.

“Jika kuman sudah mula menyerang bahagian yang telah mati itu, ia boleh mengancam nyawa. Sebab itu pengesanan dan rawatan awal amat penting bagi mengelakkan sebarang komplikasi.”

Tiada ubat yang boleh merawat masalah hernia, ia hanya boleh dihilangkan melalui pembedahan sahaja dan tegasnya pesakit perlu bertemu dengan pakar bedah yang bagus kerana komplikasi bahagian yang memerlukan pembedahan tersebut.

 

STRUKTUR DI DALAM KANTUNG BUAH ZAKAR AMAT KOMPLEKS. BUKAN BUAH ZAKAR ATAU TESTIS SAJA TERLETAK DALAM KANTUNG BERKENAAN, STRUKTUR SALUR DARAH DAN SALURAN TIUB PEMBIAKAN LELAKI JUGA TERDAPAT DALAM KERANDUT ITU.

Bengkak yang berlaku pada kerandut ialah perkara yang luar biasa dan memerlukan rawatan segera. Kebanyakan pesakit hanya menerima rawatan pesakit luar disebabkan oleh bengkak kerandut tidak berbahaya dan senang dirawat.

Ada kalanya, rawatan pembedahan kecemasan perlu dilakukan untuk mengelak risiko kerosakan buah zakar. Bengkak ini boleh terjadi kepada mana-mana lelaki semua peringkat umur.

ANTARA SEBAB BIASA BERLAKUNYA BENGKAK KERANDUT IALAH ANGIN PASANG ATAU HERNIA. DALAM KEBANYAKAN KES, BENGKAK ITU TIDAKLAH BERBAHAYA DAN TIDAK SAKIT. AKAN TETAPI, JIKA HERNIA BERPINTAL, PESAKIT AKAN MENGALAMI BENGKAK DAN SAKIT PADA KARUNG KERANDUT. JIKA INI BERLAKU, RAWATAN PEMBEDAHAN KECEMASAN PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN MASALAH YANG TIDAK DIINGINI.

 

Jangkitan kuman juga boleh berlaku pada struktur di dalam kantung kerandut. Buah zakar dan juga selaput di atas buah zakar iaitu epidydimis boleh mendapat radang dan jangkitan kuman. Jangkitan kuman biasanya berlaku pada mereka yang mengamalkan seks bebas dan kerap bertukar pasangan.

 

KUMAN DIPEROLEH DARIPADA PASANGAN YANG MEMASUKI KANTUNG BERKENAAN MELALUI SALURAN KENCING. BIASANYA PESAKIT MENGALAMI BENGKAK DAN SAKIT DALAM KANTUNG ITU.

 

Biasanya ia dimulai dengan rasa pedih ketika kencing dan terdapat cecair keputihan keluar melalui saluran kencing. Untuk kes sebegini, pesakit memerlukan rawatan antibiotik dan juga ubat penahan sakit.

Kanser buah zakar pula biasanya tidak sakit. Pesakit dapat berasakan buah zakar mereka membengkak dan lama-kelamaan bengkak itu menjadi keras. Biasanya kanser buah zakar berlaku pada salah satu buah zakar saja dan kanser ini satu-satunya yang mempunyai kadar kematian paling rendah.

Ia perlu dirawat segera untuk mengelakkan kanser berkenaan merebak. Pembedahan disusuli rawatan kemoterapi dan radioterapi akan dipertimbangkan oleh pakar yang merawat.

CECAIR JUGA BOLEH TERKUMPUL DI DALAM BUAH ZAKAR. BENGKAK PADA KERANDUT TIDAK MENYAKITKAN TETAPI PESAKIT AKAN BERASA TIDAK SELESA DAN SENAK TERUTAMANYA PADA BAHAGIAN PINGGANG.

Keadaan ini dipanggil Hydrocoele. Pesakit boleh rasa seolah-oloh terdapat belon air di dalam kantung itu. Bagi kanak-kanak, biasanya tiada rawatan aktif untuk kes seperti ini.

Pesakit akan dipantau di rumah dan selalunya surut dengan sendiri sedikit demi sedikit. Bagi pesakit dewasa pula, kebanyakannya perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cecair itu.

BENGKAK JUGA BOLEH DISEBABKAN SALURAN DARAH YANG TERDAPAT DALAM KANTUNG BERKENAAN. BENGKAK INI TIDAK SAKIT DAN JUGA BERLAKU HANYA PADA BAHAGIAN ATAS BUAH ZAKAR.

Biasanya, pemeriksaan klinikal boleh membezakan penyebab bengkak kerandut. Namun, untuk mengesahkan diagnosis tersebut, ujian ultrasound boleh dilakukan. Ianya dapat membantu pilihan rawatan yang bakal dilakukan. Ujian darah dan juga ujian air kencing jarang dilakukan. Ianya dapat membantu bagi kes yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

BIASANYA BENGKAK ATAU MASALAH-MASALAH YANG MENYEBABKAN BENGKAK PADA KERANDUT TIDAK MENGAKIBATKAN KEMANDULAN. PEMBEDAHAN MEMBUANG SALAH SATU BUAH ZAKAR JUGA TIDAK MENGAKIBATKAN KEMANDULAN. INI KERANA BUAH ZAKAR SEBELAH LAGI MASIH MAMPU MENGHASILKAN JUMLAH SPERMA UNTUK PEMBIAKAN LELAKI.

Sumber : Metro, Utusan

 

IKLAN