“Tak Minum Ais & Nasi Segenggam”, Antara Rahsia Gadis Ini Turun Sebanyak 21kg!

Share

Semua orang pasti mahukan tubuh badan serta kondisi fizikal berada dalam keadaan yang baik. Bagi penulis sendiri memiliki badan yang sihat dengan kadar berat badan normal itu sudah cukup baik.

Tidak dinafikan masalah obesiti atau berat badan berlebihan kini menjadi satu perkara yang semakin menghantui kehidupan ramai orang muda di negara kita, tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan.

MASKULIN tertarik dengan perkongsian yang dilakukan oleh seorang gadis yang berkongsi pengalaman usaha kerasnya untuk menurunkan berat badan.

Puteri Farrah Natasha, 21 tahun melakukan perkongsian menarik di Twitter tentang bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan kira-kira 21 kilogram dalam tempoh 8 bulan.

Untuk pengetahuan anda semua proses ‘mengghaibkan’ sejumlah besar berat badan seperti itu bukanlah satu kerja yang senang ya.

Berat dahulu.
Berat sekarang

BACA: Dengan Senaman Jump Rope, Lelaki Ini Hilang 30 Kilogram

Dengan disiplin yang tinggi, dedikasi yang kuat berserta rejim diet dan senaman yang dilakukannya, Puteri Farrah  Natasha berjaya melakukannya dalam tempoh yang singkat.

Menerusi perkongsian itu, dia turut berkongsi bagaimana suatu ketika dulu dia memang seorang yang cukup suka makan makanan segera. Dan baginya itulah antara punca utama berat badannya jadi berlebihan sehingga mencecah angka 67 kilogram.

Perkongsian Puteri Farrah di Twitter kendaliannya, @farrahnatasha98 turut menarik perhatian warganet. Sehingga kini bebenang tersebut telah mendapat jumlah retweet melebihi 3.8k dengan jumlah likes 6.2k.

Rata-rata ciapan balas diterimanya melahirkan rasa kagum dengan usaha dan perubahan positif dirinya. Malah ramai yang bertanya apakah rahsia serta tip yang boleh dikongsikan olehnya.

Penampilan terkini

Ikuti perkongsian rahsia tip diet dan senaman yang dilakukan olehnya di bawah;

5 YANG UTAMA

Terdapat lima perkara yang dilakukan sepanjang misi menurunkan berat badan. Pertama hentikan mengambil makanan dan minuman ringan atau yang bergula. Sebaliknya ambil lebih banyak air kosong tanpa ais. Lakukan senaman, berlari dan makan makanan sihat.

BULAN PERTAMA

Untuk minggu pertama dia cuba kawal diri dan tak minum air bergula. Hanya minum air kosong tanpa ais.

Sepanjang bulan pertama diet menu pilihan adalah ikan dan ayam yang dipanggang. Nasi pula hanya dimakan hanya segenggam untuk satu portion. Ia disertakan dengan sayur salad atau timun.

MAKAN PAGI

Menu makan pagi pilihan air teh hijau asli dan roti wholemeal yang disapu sedikit marjerin. Namun dia jarang makan pagi dan hanya makan tengahari antara jam 12 tengahari ke 2 petang. Apa yang penting dia tak akan makan selepas jam 7 petang.

TIDUR AWAL

Untuk dapatkan badan yang lebih sihat tidur lebih awal iaitu kira-kira jam 10 malam. Tambahan dengan melakukan senaman badan mudah penat.

LARIAN

Memilih melakukan larian bila ada masa terluang. Namun tak pernah putus melakukan senaman setiap hari.

Untuk step senaman dan juga workout dia banyak merujuk di YouTube atau Instagram. Ia dimulakan dengan step atau senaman yang mudah. Perlu tahu bahagian mana untuk fokus sebagai contoh di bahagian peha.

Antara teknik senaman dilakukan yang ternyata memberikan hasil baik.

MOTIVASI

Paling penting dia tak pernah putus asa dan mempunyai sasaran berat badan yang ideal. Misinya kini ialah untuk pastikan berat sekarang terus kekal sepanjang tahun.

Hebat! MASKULIN berharap perkongsian daripada Puteri Farrah Natasha ini mampu memberikan manfaat serta inspirasi kepada anda yang ingin turut sama menurunkan berat badan.

Ingat, diet dan senaman tidak perlu tunggu bermula esok. Tetapi bermula pada hari ini!

Kredit: @farrahnatasha98

IKLAN