Sukan

Tiket Dah Ada Tapi Isteri Tak Bagi Pula Pergi Stadium Tengok Bola? Ini Yang Korang Perlu Lakukan.

Share

Hati pasti berbunga-bunga untuk pergi ke stadium uantuk melihat perlawanan yang ditunggu sekian lama.  Lelaki dan bola sepak begitu sukar untuk dipisahkan. Dan rasanya memang kebanyakkan lelaki dan rasanya sekarang nie perempuan pun berlumba-lumba nak menyaksikan bola sepak secara siaran langsung di stadium walaupun ada siaran yang dipancarkan melalui Televisyen.

Lagi-lagi bila ada perlawanan besar seperti Malaysia menentang Thailand ini. Kalau yang jenis isteri nak ikut pergi stadium rasanya tak adalah masalah sangatkan? Yang jenis tak minat bola nie tentu rasa susah je nak keluar lagi-lagi yang ada anak kecil nie.

Perkara Yang Boleh Dilakukan Apabila Isteri Tak Benarkan Turun Stadium

1. Kurangkan bermain smartphone dan games di phone semasa bersama dengan si dia dan cuba korang luangkan masa untuk berbual bersama isteri kita.

2. Selain itu, cuba ringan-ringankan tangan untuk membantu isteri kita menguruskan rumah. Kesian isteri kita nak menguruskan rumah, nak berkerja lagi nak uruskan anak dan juga kitakan?

3. Cuba bagi hadiah atau reward sekali-sekala. Tak perlu barangan yang berjenama dan mahal, janji kamu mampu beli hati si dia suka mencukupi.

IKLAN