Umur Baru 13 Tahun, Remaja Ini Cipta Sarang Lebah 3D Dalam Bilik Tidur

Share

Ketika kebanyakan remaja 13 tahun habiskan cuti dengan main game atau lepak dengan kawan, seorang remaja lelaki dari Utah, Amerika Syarikat buktikan sesuatu yang luar biasa.

Oliver Taylor memilih jalan berbeza membina sarang lebah cetakan 3D sendiri, siap ditempatkan di bilik tidurnya!

Dari Lego Ke Lebah

Minat Oliver dalam dunia bina-membina bermula sejak kecil.

Daripada bermain Lego, buat pedang & perisai kotak, dia kemudian mula beralih kepada pencetak 3D sejak usia lapan tahun.

Pada umur 11 tahun, Oliver semakin serius dengan projek besar termasuk menghasilkan trebuchet setinggi 20 kaki (lastik gergasi ala zaman medieval).

Dari situ, dia mula mahir menggunakan perisian rekabentuk seperti Blender.

Idea Sarang Lebah 3D

Keluarganya memang sudah memelihara lebah di luar rumah, tapi Oliver tercetus idea selepas ternampak produk sarang lebah komersial yang dijual atas talian.

Masalahnya? Harga mencecah RM4,600 jauh dari bajet seorang pelajar sekolah menengah.

“Kalau mahal sangat, baik saya buat sendiri,” kata Oliver.

Hasilnya, dia mereka bentuk unit heksagon modular yang boleh ditambah mengikut keperluan.

Setiap unit boleh dibuka, dibersihkan, dan ada sistem pintu dua lapis ala kapal selam bagi mengelakkan lebah berterbangan keluar bila unit baru dipasang.

Kini, bilik tidurnya menjadi habitat kepada 30,000 – 40,000 ekor lebah lengkap dengan penghasilan madu.

Cabaran & Kreativiti

Projek unik ini tak lari daripada cabaran. Pernah sekali, berlaku kebocoran kecil ketika bapanya menjaga sarang sewaktu Oliver keluar berkhemah hasilnya, hampir 100 ekor lebah berlegar dalam bilik tidur.

Nasib baik, bapanya berjaya ‘vacuum’ lebah-lebah tersebut dengan selamat.

Lebih menarik, walaupun ibunya alergik terhadap sengatan lebah, beliau tetap menyokong dengan memakai sut khas untuk membantu anaknya.

Dari Hobi Jadi Inspirasi

Oliver kini bercadang untuk pasang sistem pengeluaran madu automatik serta menambah lagi unit ke dinding biliknya.

Malah, secara teori, dia mampu penuhkan seluruh dinding bilik dengan sarang lebah 3D ciptaannya.

“Saya boleh teruskan sampai penuh dinding, tapi mungkin itu dah terlalu gila,” katanya

Kisah Oliver membuktikan bahawa kreativiti & keberanian untuk mencuba perkara baru boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Di usia 13 tahun, dia bukan sekadar bermain tapi berfikir, mencipta dan berinovasi.

Sementara ramai remaja lain sibuk dengan gajet atau hiburan, Oliver memilih untuk menyalurkan minatnya kepada sesuatu yang lebih bernilai.

BACA LAGI : Sedap Do’oh! Mat Saleh Terus Jatuh Cinta Lepas Cuba Nasi Kerabu

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber : Majoriti

Published by
Darwisy Farain