
Kejohanan Volvo Padel Open 2025 menutup tirainya dengan penuh warna dan semangat komuniti selepas berlangsung selama enam minggu yang mendebarkan.
Lebih daripada 400 pemain dari pelbagai peringkat kemahiran menyertai kejohanan edisi kedua ini, menjadikannya acara padel terbesar di Malaysia setakat ini.
Kejohanan ini difahamkan turut disokong tiga kelab padel utama Lembah Klang iaitu Joy Division Padel, Padelground dan PadelKu.
Selain itu penyertaan rakan penaja seperti Coca-Cola Malaysia, Tactical Padel, Directors’ ThinkTank dan REGEN Physio & Sports Rehab turut menjadikan acara ini berlangsung meriah.
Kejohanan padel ini dilihat bukan sahaja medan pertandingan tetapi juga platform mengukuhkan gaya hidup sihat dan hubungan sosial dalam komuniti padel tempatan.
Volvo Padel Open 2025 menyaksikan seramai 12 juara dinobatkan mengikut tiga kategori utama iaitu Beginner, Intermediate dan Advanced, selepas mengatasi 416 pemain lain.
Berikut merupakan keputusan dan nama juara mengikut kategori:
Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, barangan eksklusif daripada Tactical dan pengalaman eksklusif seperti pemanduan selama tujuh hari bersama kenderaan elektrik Volvo. Nilai keseluruhan hadiah difahamkan bernilai lebih RM180,000.
Bagi menjamin keadilan dan keseimbangan, sesi penilaian kemahiran diwajibkan kepada semua peserta dalam kategori Beginner dan Intermediate.
Klinik kejurulatihan percuma juga disediakan sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan, yang diadakan pada 19 dan 26 Julai.
Seramai 380 pemain menyertai sesi ini, menunjukkan peningkatan serius dalam struktur kejohanan dan penyertaan yang lebih matang.
Pusingan akhir yang berlangsung pada 27 Julai di Joy Division Padel 2, Petaling Jaya menyaksikan perlawanan sengit, sorakan tidak putus-putus dan semangat kesukanan yang tinggi.
Lebih 450 orang pemain, keluarga dan penonton hadir menyaksikan kebangkitan juara-juara baharu, termasuk Omar Abd Aziz dan Khairil bin Anuar yang muncul juara kategori Lelaki Beginner, serta Aidan Khairuddin Yunus dan Andreas Falk Bjerrehus yang memenangi kategori Lelaki Advanced.
BACA: Kisah Kesetiaan DJ Koo, Lawat Pusara Isterinya Barbie Hsu Setiap Hari
Dalam ucapannya ketika Grand Final, Pengarah Operasi Pemasaran dan PR Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw, berkata, “Kami berbangga dapat melengkapkan satu lagi kejohanan Volvo Padel Open dengan jayanya.
“Padel dan Volvo berkembang seiring, kedua-duanya menekankan keterangkuman, kesejahteraan dan hubungan. Melihat pemain dari pelbagai latar belakang membina persahabatan baharu di dalam dan luar gelanggang sangat menginspirasikan.”
Lebih dari sekadar kejohanan, Volvo Padel Open 2025 menjadi titik temu kepada peminat padel dan pencinta gaya hidup aktif. Ia meraikan lebih daripada sekadar kemenangan di gelanggang, tetapi juga pertumbuhan komuniti dan inspirasi bersama.
Anda boleh dapatkan raket padel dengan harga menarik DI SINI!
KASUT ASICS MURAH–> DI SINI
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.