Kalau isteri komplen proses memasak jadi lambat gara-gara api dapur gas tak kuat dan berkarat, suami tak perlu pening kepala nak belikan dapur gas yang baharu.

Apa kata tunjukkan keprihatinan anda sebagai suami servis dapur gas sendiri. Nak buatnya mudah, hanya menggunakan empat bahan sahaja.

Caranya dikongsikan oleh Abdul Ghopar Zakaria Ansari menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)‎.

Jom ikuti perkongsiannya.

Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.

Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?

IKLAN

Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.

Alat-alat yang perlu disediakan

Bila Isteri Komplen Api Tak Kuat, Ini Caranya Suami Boleh Servis Dapur Gas Sendiri. Jimat Duit!

1. Playar
2. Paku saiz seinci setengah
3. WD-40 (Spray anti karat)
4. Pisau

IKLAN

Cara-cara servis

1. Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas).

2. Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti).

3. Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang).

IKLAN

4. Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu).

5. Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal).

Bila Isteri Komplen Api Tak Kuat, Ini Caranya Suami Boleh Servis Dapur Gas Sendiri. Jimat Duit!

Sharelah jika bermanfaat pada uolss??

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI