
Bukan senang orang berbadan besar ingin turunkan berat badan. Jika tiada kesungguhan dalam diri pasti gagal untuk kurus. Lebih membakar semangat untuk turunkan berat badan apabila dia pernah diperli dan diejek dengan gelaran memalukan seperti gorila serta gemuk macam badak.
Gara-gara pengalaman pahitnya menjadi gemuk sejak usia enam tahun, Khairil Azib berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan dengan 10 tip kurus menerusi bebenang di laman Twitternya. Jom baca pengalaman dan perubahan yang dialaminya. Semoga memberi anda semangat untuk misi menurunkan berat badan.
Tip dan trik untuk badan besar

Gemuk dari umur 6 tahun

Eh, abang ni gemuk macam badak

Pinggang saiz 44

Bapa beli kereta baru gara-gara makin besar

Kena tegur dengan makcik

Dimalukan cikgu PJK

10 TIP NAK KURUS

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
5 Perkara Menarik Tentang Sanna Marin, Perdana Menteri Termuda Di Dunia

Dalam tempoh beberapa hari terutamanya di laman media sosial telah tular tentang seorang wanita yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri termuda di dunia.
Sanna Marin merupakan pemimpin hebat yang bakal mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Finland termuda bukan sahaja bagi negaranya tetapi juga di dunia.
Pada usia 34 tahun, Sanna Marin bakal memberikan isnpirasi kepada golongan muda untuk tampil lebih berani untuk menjadi pemimpin di peringkat tertinggi.

Dia dijangka akan mengangkat sumpah pada Khamis ini dan menjadi wanita ketiga dilantik menjadi perdana menteri yang memimpin negara Finland.
Siapakah wanita hebat ini? Ini antara 5 perkara yang perlu anda tahu:
SERTAI POLITIK
Sanna Marin mula menyertai politik pada usia 27 tahun dan menjadi wakil rakyat pad usia 30 tahun.
KETUA PARTI
Beliau kini menerajui parti Social Democratic dan menjadi Menteri Pengangkutan dan Komunikasi.

BENTUK KERAJAAN
Parti pimpinannya bersama lima parti bersekutu telah diberi mandat untuk membentuk kerajaan. Lebih menarik lima parti bersekutu tersebut juga diterajui oleh pemimpin wanita.
PALING MUDA
Bakal bergelar perdana menteri termuda di dunia mengatasi beberapa pemimpin lain seperti Perdana Menteri Ukraine, Oleksiy Honcharuk (35) dan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern (39).

TAMPAT ASAL
Sanna Marin dilahirkan dan dibesarkan di Tampere, Finland bersama keluarganya. Uniknya dia dibesarkan oleh ibun yang mempunyai pasangan sama jantina.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Levi Strauss Bawa Denim Dari Lombong Hingga Menjadi Ikon Fesyen Sepanjang Zaman

Rasanya agak mustahil bagi seorang lelaki terutamanya tidak mengenali jenama denim, Levi’s. Mungkin anda sendiri tidak menyedari betapa besarnya impak jenama denim ini terhadap dunia budaya popular dan juga sub budaya yang mempunyai banyak cabangnya di seluruh dunia.
Tidak kiralah sama ada anda seorang pemuzik, rokcer, pemain papan selaju, pekerja buruh binaan hatta pekerja dalams sektor profesional sekalipun seluar merupakan antara pakaian yang wajib ada dalam almari.

TIMBUL IDEA
Jenama yang terkenal dengan denim biru ini diasaskan oleh seorang imigran dari Jerman yang berkenala ke Amerika Syarikat. Levi Strauss merupakan seorang imigran yang tiba di San Farancisco pada tahun 1850 di mana era kegemilangan lombong emas berada di puncak.
Pada mulanya Levi Strauss hanya bertindak menjadi pembekal kepada barangan kering untuk pelombong. Namun selepas mendegar keluhan pelombong yang berdepan masalah seluar yang tidak tahan lasak, timbul idea untuk dia melakukan sesuatu.

Levi kemudian mengupah seorang tukang jahit untuk menghasilkan pakaian daripada kanvas khemah. Selepas beberapa kali percubaan dia kemudian cuba menggunakan kain denim dengan riveting tembaga ditambah di bahagian poket untuk memberi sokongan lebih kuat.
PERKENALKAN JENAMA
Mendapati seluar itu kian popular bukan sahaja di kalangan pelombong tetapi juga bagi pekerja binaan landadsan, pembalak dan juga koboi. Levi kemudian bekerjasama dengan dua orang adik-beradinya iaitu Jonas dan Louis untuk membuka syarikat sendiri.

Dari situlah legasi jenama Levi’s mula terbina dan tersebar ke serata Amerika Syarikat dan juga dunia.
Seluar denim Levi’s mula menjadi popular di kalangan pelbagai sub budaya di antara tahun 1950-an hingga 1980-an. Dan antara iterasi seluar Levi’s yang paling popular ialah model 501. Ia boleh dilihat di majalah-majalah serta pelbagai program televisyen menampilkan selebriti berpengaruh menggayakan seluar ini.
Sehingga kini walaupun berdepan dengan pelbagai saingan dari segala macam jenama, Levi’s masih utuh terutamanya di kalangan penggemar denim. Malah, harga bagi denim vintage semakin hari semakin tinggi harganya dan mempunyai peminatnya yang tersenduri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Legasi Bung Moktar Radin, Pejuang Politik ‘Radu Tatap Radu’ Yang Tidak Pernah Gentar

Sabah hari ini diselubungi kedukaan dengan pemergian salah seorang pemimpin yang paling lantang dan berani memperjuangkan hak serta kesejahteraan rakyatnya. Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan meninggal dunia pada jam 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Pemergian Allahyarham yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, meninggalkan ruang besar dalam landskap politik negeri itu. Nama Bung Moktar Radin sinonim dengan perjuangan rakyat Sabah dan keberanian beliau menegakkan keadilan tanpa gentar.
Figura Pejuang Berprinsip
Allahyarham Bung Moktar Radin, yang sinonim dengan laungan keramat “Radu Tatap Radu” atau “Lawan Tetap Lawan”, dikenali sebagai figura politik yang tidak pernah gentar menyuarakan isu-isu kritikal yang dihadapi rakyat Sabah.
Kelantangan beliau merentasi isu asas kehidupan rakyat, daripada masalah infrastruktur, bekalan air bersih, jalan raya, sehinggalah kepada peluang ekonomi di luar bandar.
Dilahirkan pada 15 September 1959 di Sukau, Kinabatangan, Allahyarham menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pendidikan, memiliki Ijazah Sarjana Falsafah (Analisis Polisi dan Keselamatan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Trajektori Politik dan Pentadbiran Yang Berpengaruh
Perjalanan kerjaya dan pentadbiran Bung Moktar Radin adalah luas dan strategik. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam (Jabatan Hal Ehwal Khas Sandakan, MARA Sandakan) sebelum beralih ke arena politik.

Parlimen Kinabatangan
Beliau merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan selama enam penggal berturut-turut, bermula pada PRU-10, November 1999. Sepanjang khidmatnya, Bung Moktar Radin terkenal sebagai wakil rakyat yang tegas dan vokal membangkitkan isu-isu Sabah di Parlimen.
Pentadbiran Negeri Sabah
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-16 (2020), beliau memenangi kerusi DUN Lamag dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah serta Menteri Kerja Raya Sabah. Beliau baru sahaja mempertahankan kerusi DUN Lamag dalam PRN Sabah Ke-17 baru-baru ini, membuktikan kepercayaan rakyat terhadap Bung Moktar Radin tidak pernah luntur.
Jawatan dan Sumbangan Penting
Selain mengetuai UMNO dan BN Sabah, beliau turut pernah memegang jawatan penting seperti Pengerusi FELCRA dan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA). Dalam setiap peranan, Bung Moktar Radin menekankan tanggungjawab terhadap pembangunan rakyat dan negeri Sabah.
BACA: Arjen Robben, Kini Bergelar Pemain Padel Profesional
Penghormatan Daripada Rakan Seperjuangan dan Pemimpin Negara
Pemergian beliau telah meninggalkan kesan yang amat mendalam, terutamanya buat rakan seperjuangannya di gelanggang politik. Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan Allahyarham sebagai pahlawan politik sebenar. Dalam catatan media sosialnya, beliau menulis:
“Tiada apa yang mampu diluahkan. Dalam hati kami, kamu masih hero kami… Alfatihah kepada seorang pejuang.”
(In our hearts, you are still a hero to us… Alfatihah to a fighter).

Barisan kepimpinan negara turut merakamkan ucapan takziah. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Datuk Seri Mohamad Sabu pula menghargai khidmat bakti Allahyarham selama puluhan tahun, manakala Datuk Seri Mohamad Hasan berharap roh beliau ditempatkan bersama para siddiqin.
Legasi Bung Moktar Radin Akan Terus Dikenang
Allahyarham meninggalkan dua isteri, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, serta tujuh orang anak.
Pemergian Bung Moktar Radin adalah kehilangan yang amat besar buat rakyat Sabah dan dunia politik Malaysia. Namun, legasi keberanian, kelantangan, dan komitmen beliau terhadap rakyat Sabah akan terus kekal sebagai inspirasi buat generasi baharu.
“Radu Tatap Radu” bukan sekadar slogan, ia adalah semangat perjuangan yang akan terus hidup dalam hati rakyat yang pernah merasai jasa dan suara lantang Bung Moktar Radin.
Al-Fatihah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

