Tular di aplikasi WhatsApp tentang bahaya penembak suhu pada kesihatan badan. Ia akan menyebabkan kecederaan kepada otak dan lebih spesifik kepada kelenjar pineal.

Sehinggakan Abu Dhabi tidak menggalakan ia digunakan terutamanya apabila mengambil suhu di kepala. Ada yang berkata, ambil suhu atau ‘tembak’ terus di tangan.

Namun adakah benar kenyataan ini? Menurut kenyataan akhbar dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jangan risau! Ia sebenarnya TIDAK BERBAHAYA dan SELAMAT digunakan.

Menurutnya Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memandang serius isu tular ini dan berkata Termometer inframerah tanpa sentuh bukanlah alat penembak dan tidak memancarkan radiasi.

Ia direkabentuk untuk mengesan dan menyerap isyarat sinaran inframerah dari permukaan kulit yang diubah menjadi isyarat elektrik.

IKLAN

“Litar elektronik di dalam termometer ini memproses isyarat elektrik tersebut untuk menentukan suhu tubuh manusia yang diukur dan memaparkannya di skrin paparan. Oleh kerana termometer inframerah tidak memancarkan radiasi berbahaya, ianya selamat untuk digunakan.

“Terdapat juga termometer inframerah yang menggunakan laser untuk membantu penentuan titik (spot) arah di mana suhu hendak diukur. Laser yang digunakan adalah pada kadar 630 – 670 nm yang mengeluarkan tenaga kurang dari 1 mW cm2, iaitu lebih rendah dari komponen inframerah dari sinaran cahaya matahari.

Pengukuran suhu badan dengan termometer inframerah biasanya dilakukan samada di permukaan kulit dahi atau di membran timpanik. Walaupun bacaan suhu di membran timpanik lebih tepat tetapi kaedah pengukuran di permukaan kulit dahi lebih mudah untuk saringan populasi.

IKLAN

“Terdapat juga kajian yang telah dilakukan untuk pengukuran suhu di pergelangan tangan. Walaubagaimanapun, bukti saintifik yang ada pada masa ini, tidak dapat memastikan ketepatan bacaannya.” Jelas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Jangan Bimbang, Alat Cek Suhu Tidak Bahaya & Selamat Digunakan!

IKLAN

Tambahnya, Bagi pendaftaran dan pemasaran termometer di Malaysia, ia perlu mematuhi pelbagai standard untuk menunjukkan keselamatan dan prestasinya.

“Setakat ini, sebanyak 64 jenama termometer inframerah telah didaftarkan dan menerima kebenaran untuk diimport dan dibekalkan ke Malaysia. Melalui laluan akses khas, tujuh jenama termometer inframerah lain telah diberikan kebenaran untuk tujuan sama bagi memenuhi keperluan semasa wabak COVID-19.

KKM sedar tentang terdapatnya termometer inframerah yang tidak berdaftar atau mendapat kebenaran akses dalam pasaran.

Adalah diingatkan bahawa KKM melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana perlanggaran undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 737.” Katanya lagi.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI