Memang benar lelaki kurus agak mudah mencari pakaian berbanding mereka yang miliki bentuk badan gempal. Ini kerana lelaki kurus mempunyai banyak pilihan dalam menggayakan fesyen terutamanya pakaian yang bersaiz S atau M.
Walaupun dianggap mudah, namun masih ada ragamnya yang perlu lelaki kurus berikan perhatian agar penampilan dan gaya anda tampak lebih segak. Apa yang penting, pilihlah jenis baju yang sesuai dan tepat dengan bentuk badan untuk mengelakkan badan anda kelihatan ‘sekeping’.
Ini antara jenis-jenis pakaian yang boleh anda sarungkan pada tubuh badan lelaki kurus.
1. Flared Jeans
Foto: Pinterest
Sarungkan flared jeans sebagai alternatif agar bentuk badan anda nampak lebih menarik. Seluar jeans yang kembang di bahagian bawah ini akan memberi ilusi tubuh yang lebih berisi, selain membuatkan penampilan anda lebih stailo.
2. Kemeja dan seluar panjang
Jika inginkan gaya formal, anda boleh suai padankan kemeja dengan seluar panjang. Yang penting, lelaki kurus perlu elak memakai kemeja dan seluar panjang yang terlalu ketat kerana ia akan membuatkan badan anda nampak lebih kurus.
Ads
3. Chino
Foto: Pinterest
Jika bosan memakai seluar panjang biasa, anda juga boleh menggayakan chino. Potongannya yang longgar di bahagian pinggang, paha dan bawah kaki boleh memberi ilusi tubuh nampak lebih berisi. Hadir dalam pelbagai warna, anda boleh padukan chino ini dengan t-shirt untuk gaya santai walaupun anda memilih chinos berwarna gelap seperti hitam.
4. T-shirt
T-shirt memang menjadi pakaian wajib untuk lelaki kerana ia pakaian yang paling ringkas dan mudah untuk digandingkan dengan apa jua pakaian. Walaupun t-shirt yang longgar lebih selesa, namun elak memakai t-shirt yang terlalu longgar atau terlalu ketat. Cukupn sekadar memakai t-shirt yang sesuai dan sepadan dengan bentuk tubuh. Apa yang penting, elak menyarungkan t-shirt bergaris vertikal kerana ia akan menonjolkan bentuk badan anda yang sememangnya kurus.
Ads
5. Jaket atau blazer
Lelaki kurus juga boleh menjadikan jaket dan blazer sebagai ‘sahabat karib’ kerana ia boleh memberikan ekstra volum dalam gaya anda. Pemakaian jaket dan blazer dapat memberi penegasan pada bahagian dada dan bahu sehingga penampilan anda nampak lebih maskulin. Pilihlah jenis jaket dan blazer dengan bahu yang sedikit tebal untuk menambahkan volum pada tubuh anda.
6. Seluar kargo
Ads
Seluar yang longgar dengan banyak poket ini juga boleh menyembunyikan siluet tubuh anda yang ‘sekeping’ kelihatan lebih berisi. Padankan seluar kargo ini dengan t-shirt untuk gaya yang kasual.
7. Aksesori bersaiz sederhana
Aksesori seperti jam tangan, tali pinggang, spek mata ataupun beg juga boleh digayakan oleh lelaki kurus, asalkan berukuran sederhana. Jika anda memakai jam tangan bersaiz besar, bimbang perhatian orang akan tertumpu pada tangan anda. Oleh itu pilihlah aksesori yang sesuai dan seimbang dengan bentuk badan anda.
Kasut bola keranjang kini menjadi sebahagian daripada material trendy bagi penggemar sukan dan fesyen. Antara jenama yang sentiasa menampilkan rekaan-rekaan dengan teknologi hebat ialah Under Armour.
Menerusi kolaborasi bersama pemain bola keranjang terkenal iaitu Stephen Curry, Under Armour menyerlahkan rekaan hebat menerusi koleksi ‘Curry’. Ia kini sudah memasuki edisi ketujuh dengan Curry 7.
Terbaru, Under Armour memperkenalkan Curry 7 Chinese New Year. Ia merupakan koleksi istimewa penghargaan mereka sempena kemunculan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Dari segi rekaan luaran ia sama seperti model Curry 7 yang lain. Apa yang membezakannya ialah inspirasi kemasa lukisan serta warna pilihan. Koleksi ini menyerlahkan pengaruh daripada lukisan tradisional Cina dikenali sebagai guóhuà.
Colourway terbaru Curry 7 kali ini menampilkan kombinasi tona warna kelabu dan juga gabungan elemen peony blooms.
Ia juga memberi penghormatan kepada populariti sukan bola keranjang yang berkembang dengan sangat pesat di China.
Selain itu Curry 7 dilengkapi dengan teknologi UA HOVR dan Micro G Cushioning yang bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi meningkatkan kualiti permainan di atas gelanggang. Koleksi edisi istimewa ini boleh didapati di semua outlet Under Armour bermula pada 20 Januari 2020.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagaikan kembali ke masa lalu, Raingers dan Geng Betara Guru terpukau mendengar alunan tribut yang disajikan oleh Hujan melalui lagu Konflik Metropolis manakala Masdo pula memukau peminatnya dengan cover lagu Mawar Khayalan. Kedua-dua lagu tersebut amat terkenal suatu ketika dahulu yang mana pada asalnya dinyanyikan oleh Laila’s Lounge(Mawar Khayalan) dan Komplot (Konflik Metropolis).
Meskipun hujan ketika konsert sedang dijalankan, peminat tampil dengan semangat yang begitu mengujakan kerana tidak mahu terlepas dengan dua legend dalam muzik underground ini. Ini juga merupakan kolaborasi pertama serta konsert berskala besar buat kedua-dua kumpulan. Menampilkan persembahan hampir 30 lagu dalam masa dua jam dan hampir keemua lagu diselia dan dipantau oleh AG Coco yang juga pengarah muzik konsert ini.
Tujuan utama tribut ini disajikan adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat muzik indie di sekitar awal tahun 2000 dan pada masa yang sama kedua-dua lagu tersebut merupakan antara lagu yang wajib pada ketika itu. Selain itu, gabungan kedua-dua kumpulan ini merupakan kali pertama dijalankan dalam skala yang besar dan berlangsung di MAEPS, Serdang pada 6 Oktober 2018.
Di antara segmen-segmen khas yang dipaparkan adalah persembahan ‘mash-up’, ‘battle of the bands’ Hujan vs Masdo, set Disko dan juga ‘strip down’. Tidak ketinggalan juga adalah persembahan lagu-lagu popular Hujan dan Masdo. Terdapat juga segmen tribut yang ditujukan khas buat dua kumpulan yang sama-sama berjuang di peringkat awal pembabitan mereka dalam dunia muzik ‘indie’ iaitu Laila’s Lounge & Komplot.
Laila’s Lounge diberi segmen tribut kerana di awal era muzik indie, lagu-lagu dari kumpulan ini menjadi lagu wajib buat penggerak muzik indie di sekitar awal tahun 2000 manakala Komplot pula merupakan antara kumpulan yang aktif dalam pergerakan muzik indie ketika itu. Tribut ini juga adalah untuk memberi penghormatan kepada vokalis Komplot yang sudah meninggal dunia iaitu Allahyarham Azrafe Zaky.
Ini antara gambar- gambar menarik sepanjang konsert berlangsung! Memang Terbaik!!!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hujung minggu lalu, MASKULIN telah berbesar hati memenuhi jemputan untuk mengikuti liputan acara ulang tahun ke-40 Casio G-SHOCK yang sarat dengan pelbagai persembahan serta pengenalan model-model terbarunya di samping kehadiran nama-nama besar jenama tersebut.
Salah satu model jam terbaharu dari G-Shock yang paling menarik perhatian kami ialah hasil kolaborasi ekslusif mereka bersama artis yang kini sedang meningkat naik berasal dari Indonesia, Rich Brian.
Mengangkat ‘toughness’ atau ketahanan sebagai elemen utama jenamanya, G-SHOCK meneruskan legasi 40 tahun sejak pertama kali diperkenalkan pada 1983 dengan aspirasi anak muda yang hadir dengan latar belakang unik seperti Rich Brian.
G-SHOCK berkolaborasi dengan Rich Brian, rakan label terkemuka di 88rising bagi menginterpretasikan semula jam pilihannya. Jadi pakah model G-SHOCK yang menarik buat Rich Brian? Pilihan peribadinya untuk koleksi yang cukup menarik ini ialah GA-2100 yang terkenal dengan daya tahan lasaknya.
Lebih menarik inspirasi dari reka bentuk dan estetika jam lain dalam warisan G-SHOCK, dikenali dengan bezel oktagonal dan reka bentuk minimalis. Nostalgia dibina di atas kerangka masa.
Reinterpretasi Brian ini diilhamkan dari sebuah gitar membuatnya jatuh cinta kepada muzik ketika zaman kanak-kanak di Indonesia. Warna asas hijau laut yang mencolok dipadankan dengan aksen merah jambu salmon, menyinggung kenangan gitar yang menjadi obsesinya semasa kanak-kanak.
Bagi menyempurnakan keterampilan jam G-SHOCK ini tampil lebih istimewa, tandatangan Brian menghiasi bahagian belakang case, hampir seperti sebuah penghormatan buat artis muda sepertinya dari Casio G-SHOCK itu sendiri.
Dalam suatu cara, reinterprestasi ini berfungsi sebagai peringatan akan asal-usulnya dan usaha tanpa henti dalam mencapai keahlian seni. Apa yang dilihat tidak pernah sama dengan apa yang diperoleh dengan Brian.
G-SHOCK x RICH BRIAN ini bakal diperkenalkan di pasaran tempatan pada harga MYR 675 dan boleh diperolehi secara dalam talian menerusi https://gshock.casio.com/my/g-news/new-releases/2023/rich-brian/, serta di semua kedai G-SHOCK dan beberapa kedai pengedar utama bermula 15 Disember 2023.
Buat peminat dan pengumpul G-SHOCK, ini merupakan koleksi pastinya menarik perhatian anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Nama MCKK baru-baru ini menjadi bualan dek kes buli yang berlaku. Namun tahukah anda? Sekolah yang pernah digelar Eton of The East ini banyak melahirkan pemimpin dalam pelbagai bidang. Ini antara mereka yang popular dan berjaya. #Maskulin#LelakiMaskulin#MCKK♬ The Champion – Lux-Inspira
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.