Kempen Piala Dunia Ragbi 2019 sudah memasuki fasa akhir apabila perlawanan antara Jepun menentang Scotland berakhir dengan kejutan serta catatan mata yang sangat sengit iaitu Jepun 28 berbalas Scotland 21.

BACA: Rahsia Workout Pemain Ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams

Walaupun Scotland terlebih dahulu membuat Try pada minit ke-6 permainan, namun Jepun tidak menunggu lama apabila pemain sensasinya iaitu Kotaru Matsushima berjaya menyamakan pungutan mata pada minit ke-17. Selepas itu, The Brave Blossom terus mendominasi separuh masa pertama permainan dengan pungutan mata 21-7.

IKLAN

Permainan bertambah rancak apabila memasuki separuh masa kedua dimana kedua-dua pasukan saling bertungkus-lumus untuk membuat try terutamanya Scotland kerana tidak mahu tunduk kepada pasukan tuan rumah.

BACA: Bukan Sahaja Hebat Menunggang Kuda, Tengku Muhammad Ismail Juga Seorang Pemain Ragbi

IKLAN

Pasukan Ragbi Jepun mula meraih perhatian dunia bermula pada kempen Piala Dunia Ragbi tahun 2015 dimana mereka mengalahkan serta mengejutkan pasukan pilihan iaitu Afrika Selatan. Kekalahan Springboks dianggap kekalahan terbesar dalam sejarah Piala Dunia Ragbi kerana selepas New Zealand atau All Blacks, Pasukan Afrika Selatan mengikuti dari belakang mendominasi sukan yang dianggap kasar ini.

Selepas ini, The Brave Blossom akan bertemu semula dengan Springboks dalam perlawanan pusingan kalah mati bagi merebut tiket ke perlawanan penentuan suku akhir dan final pada 2 November 2019 akan datang.

IKLAN

Sumber: Rugby World Cup

Kredit gambar: Stadium Astro

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI