Pahitnya! Mungkin itulah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda bila sebut tentang peria. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria katak yang bersaiz lebih kecil.
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
Sayur peria juga amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat.
Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
IKLAN
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu.
KHASIAT PERIA
Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
IKLAN
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
IKLAN
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
BANTU MASALAH PENYAKIT
Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sayur kangkung adalah antara sayur yang seringkali menjadi ulaman popular di serantau asia. Rasanya yang lazat serta kaya dengan nutrisi sihat membuatkan ia mendapat temoat yang istimewa bagi mereka yang megamalkan gaya hidup sihat.
Ia selalu dihidangkan secara ulaman dimana ia dimakan begitu sahaja atau direbus dahulu, dibuat pecal atau sebagainya.
Namun tahukah anda bahawa sayur kangkung mempunyai pelbagai kandungan yang menyihatkan badan. Ia bermula daripada merendahkan tahap kolesterol hingga mencecah kanser.
Sayur ini mengandungi trigliserida yang membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam tubuh secara efektif. Ia juga mengandungi serat yang melancarkan proses penghadaman.
2. Mengatasi insomnia
Ia adalah satu penyakit yang membuatkan penghidapnya sukar tidur. Sayur kangkung boleh menjadi penenang kepada mereka yang memakannya serta membantu anda tidur dengan lena. Ia juga mengandungi selenium yang membantu saraf dalam badan untuk relaks serta memberi ketenangan kepada anda.
3. Mengubati gangguan proses pencernaan
Kangkung sangat kaya dengan serat. Ia sangat efektif dalam membantu perut anda melancarkan proses pencernaan selepas makan. Ketidakhadaman selepas ini tiada lagi jika anda kerap memakan sayur ini.
4. Mencegah kanser
Siapa sangka sayur yang murah di pasaran ini boleh bantu anda berjimat daripada membayar bil terapi kanser di hospital. Ia bantu anda bebas dari kanser usus, kulit dan kepada wanita kanser payu dara. Ia juga mengandungi antioksidan yang mengurangkan perkembangan sel kanser dalam badan.
Pesakit anemia adalah mereka yang kurang zat besi dalam badan. Kangkung boleh menambah kandungan zat besi dalam badan kerana ia sememangnya kaya dengan nutrisi tersebut. Ia juga membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah dalam badan yang mana ia amat penting untuk menghantar oksigen ke seluruh tubuh seperti jantung & otak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukah anda setiap 45 minit, seorang lelaki meninggal dunia akibat daripada kanser prostat?
Dan setiap tahun juga menyaksikan lebih 47 ribu orang lelaki di dunia didapati menghidapi kanser ini. Fakta-fakta ini dipetik daripada laman sesawang Prostate Cancer UK.
Jadi tak hairanlah penyakit merbahaya ini diberi nama sebagai antara ‘pembunuh’ utama golongan lelaki. Sejauh manakah anda sebagai seorang lelaki tahu tentang kanser prostat?
Kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2016 menerusi The American Cancer Society mendapati kanser prostat merupakan jenis kanser kedua paling tinggi mengakibatkan kematian lelaki di belakang kanser hati.
Sepanjang tahu tersebut sebanyak 180,890 kes kanser prostat telah dilaporkan dengan 26,120 mengalami kematian. Jadi berdasarkan fakta tersebut jelas di sini bahawa kanser prostat merupakan ancaman terhadap golongan lelaki.
APA ITU PROSTAT
Prostat merupakan kelenjar exocrine yang terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rectum. Kelenjar ini menghasilkan rembesan prostat yang akan berakhir di bahagian luar prostat dalam sistem pembiakan lelaki. Rembesan itu adalah cecair beralkali yang berfungsi melindungi dan menyediakan bekalan untuk sperma.
Di dalam prostat terdapat beribu-ribu kelenjar yang menghasilkan cecair putih beralkali seperti susu. Ia merupakan sebahagian daripada komponen air mani.
Dengan saiz sebesar sebiji kacang berangan ia bertambah saiznya mengikut peningkatan umur. Prostat mengelilingi uretra, salur kencing yang bermula dari pundi kencing dan berakhir di hujung kemaluan.
Ia berfungsi membawa air kencing dan air mani keluar dari badan. Penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) terjadi apabila kelenjar prostat membesar disebabkan hormon tidak seimbang sehingga mengganggu atau menutup saluran uretra.
Ramai lelaki cukup runsing akan ancaman kanser prostat. Walaupun mereka cuba menafikan namun jauh di sudut hati inilah antara penyakit yang ingin dielak. Jadi apa itu kanser prostat? Secara ringkas ia merupakan ketum buhan berbahaya yang bermula di dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan masalah dalam masa beberapa tahun.
Pada peringkat awal ia dikenali sebagai kanser prostat setempat dan tidak menunjukkan sebarang gejala nyata dan mungkin tidak berkembang menjadi kanser lagi.
PENYEBAB UTAMA
Masih banyak kajian yang sedang dilakukan terhadap kanser prostat. Sehingga kini penyebab utamanya masih lagi tidak diketahui. Cara untuk mengelakkan juga masih samar. Apa yang boleh dilakukan ialah mengenal pastinya dnegan lebih awal agar dapat diberikan rawatan sebelum ia semakin teruk. Namun terdapat tiga faktor yang dipercayai boleh meningkatkan pembentukan kanser prostat.
Pertama penigkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kela sumur yang lain. Kedua faktor genetik keluarga dan akhir sekali faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
TANDA-TANDA KANSER PROSTAT
Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.
Masalah buang air kecil
Kerap buang air kecil
Kurang tekanan ketika membuang air kecil
Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
Kaki menjadi bengkak
Rasa tidak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
Sakit ketika mengalami ejakulasi
‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak
RAWATAN
Terdapat tiga jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk pesakit kanser prostat.
Pembedahan
Pesakit mempunyai dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapy.
Terapi radiasi
Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser.
Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.
Jika anda mengalami simptom-simptom berikut janganlah berlengah lagi. MASKULIN nasihatkan agar terus mendapatkan rundingan daripada doktor pakar dan mencari solusi terbaik untuk rawatan lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman di pagi hari terutamanya sewaktu anda baru bangun tidur, memang satu idea yang baik. Ia dapat meningkatkan kecergasan otak, menguatkan lagi sistem ketahanan tubuh sereta meningkatkan fokus anda.
Jom lakukan beberapa senaman kurang dari 15 minit, untuk pastikan hari-hari anda lebih bersemangat dan ceria!
#1: Squat
Squat bagus bukan untuk menguatkan otot anda, malah ia juga boleh membakar banyak kalori di tubuh.
Lakukan senaman ini sebanyak 15 kali dengan 3 ulangan.
#2: Push Up
Semanam push up adalah senaman untuk menguatkan otot lengan, peha, beti dan abdomen.
Lakukan senaman ini sebanyak 20 kali dengan 3 ulangan.
#3: Plank
Untuk senaman plank pula bagus untuk merawat bahagian belakang tubuh, malah ia juga dapat mengurangkan risiko sakit tulang belakang. Ia bukan sahaja baik utuk abdomen anda, tetapi ia juga bagus untuk semua bahagian di tubuh.
Lakukan senaman ini sebanyak 30 saat dengan 2 ulangan.
#4: Lunges
Senaman ini memerlukan kesimbangan dan kestabilan di bahagian kaki. Ia bagus untuk bahagian kaki anda kerana ia akan mengerjakan otot punggung, hamstring dan juga quadrisep.
Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali dengan 3 ulangan.
#5: Dip
Ia adalah senaman asas untuk gerakan pushing. Ia akan menguatkan oto triceps, chest dan shoulder anda.
Lakukan senaman ini sebanyak 20 kali dengan 3 ulangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“3 rakyat Malaysia cipta teknologi pengecasan tanpa wayar di angkasa, bulan”, itulah tajuk utama laporan media tempatan yang membawa nama mereka menjadi sebutan dan meraih perhatian MASKULIN kali ini.