Kedua-dua nama ini merupakan gergasi di dalam bidang masing-masing. Siapa tidak kenal dengan Lewis Hamilton, juara dunia 5 kali Formula 1. Manakala Tommy Hifiger pula merupakan figura dan jenama fesyen terkenal.
Apabila bergabung pastinya hasil yang cukup sensasi. Itulah yang diserlahkan menerusi koleksio Tommy x Lewis, kolaborasi antara Tommy Hilfiger dan Lewis Hamilton.
Koleksi yang dilancarkan di Milan beberapa hari yang lalu mendapat liputan yang cukup meluas daripada pelbagai media dan ia juga menjadi bahan bualan utama penggemar fesyen global.
Ads
Lewis Hamilton bersama Tommy Hilfiger di majlis pelancaran koleksi eksklusif Tommy x Lewis.
Menurut Lewis Hamilton, koleksi Tommy x Lewis pada musim luruh ini memaparkan pertembungan dua dunia berbeza – sentuhan gaya fesyen klasik Amerika dari Tommy Hilfiger dengan gaya streetwear mewah.
GABUNGAN ELEMEN MODEN STREETWEAR
“Gabungan dua elemen dari dua dunia berbeza ini menjadi titik kreatif utama dihasilkan menerusi koleksi ini. Kerjasama ini merupakan sebuah lagi projek yang cukup mengujakan dan ia tambah gemilang dengan pelancaran di kota fesyen seperti Milan,” jelas Lewis Hamilton.
Ads
Lewis Hamilton, Tommy Hilfiger dan Pusha-T, rapper yang membuat persembahan di majlisp elancarannya.
Seperti mana yang kita tahu, Milan merupakan kota yang cukup sinonim dengan fesyen high end. Pengaruh seni bina serta sejarahnya yang sangat kaya dengan pelbagai aktiviti seni moden menjadikan Milan sebagai pilihan tepat pelancaran koleksi istimewa ini.
Antara koleksi yang diperkenalkan di Milan pada kali ini.
Sebanyak 49 item utama diperkenalkan meliputi jaket denim, hoodie, jenas, but, kemeja, beanie, parka dan juga topi ditawarkan kepada peminat jenama ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi penggemar gaya fesyen elegan lelaki di Lembah Klang, nama LORD’s mungkin sudah tidak asing lagi bagi anda. Sejak ditubuhkan pada tahun 1974, LORD’s telah menjadi pilihan bagi ramai golongan VIP dan juga selebriti tempatan.
Sesuai perkembangan semasa, LORD’s juga sentiasa menawarkan rekaan yang lebih segar, terkini dan mengikuti trend terkini namun dalam masa yang sama mempunyai sentuhan elegan, klasik serta keunikan rekaannya tersendiri.
Terbaru, LORD’s menampilkan buat pertama kalinya Crusie Collection yang tampil dengan rekaan lebih santai dan bertema kaya dengan warna. Ia merupakan koleksi terbaru mereka yang hadir dengan nuasa lebih kepada gaya smart kasual dengan pendekatan fesyen formal.
Menurut LORD’s, koleksi istimewa ini mengambil inspirasi daripada gaya santai dan warna-warni Havana Cuba. Setiap pakaian dan outfit yang ditonjolkan direka dengan penuh teliti di samping memberikan keselesaan buat pemakainya.
Potongan setiap rekaan pakaiannya juga direka dengan potongan yang lebih relaks dengan unstructured jacket dan seluar Gurkha menjadi tumpuan utama. Penampilan poket militari pada jaket pula serta pelbagai gaya seluar Gurkha menjadikan koleksi ini sebagai satu hasil seni yang cukup mempesonakan.
Fabrik yang digunakan juga berkualiti tinggi dengan menampilkan Italian-made linen dari Solbiati Linen by Loro Piana Fabrics dan kain kapas khaki dari Huddersfiled Textiles. Gabungan material linen untuk sut, chino bagi seluar dan cotton printed untuk jaket dipadankan menjadi seleksi premium bersama t-shirt polo cotton dan baju kasual Havana.
Koleksi penuh dari LORD’S yang menawarkan pelbagai warna ini kini boleh didapati di outlet mereka untuk pra-pesanan menerusi servis Made to Measure dan Bespoke. Ia juga bakal didapati untuk Ready To Wear bermula pada bulan Disember 2021 di outlet mereka di The Gardens dan Parkson Elite Pavilion KL.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Coach Inc, jenama fesyen terkemuka dari New York telah membuka butik terbaru mereka di Genting Skyavenue. Butik tersebut direka dengan pengayaan mewah dan menyediakan sudut kraf untuk servis kulit dan monogramming.
Butik Coach Genting Skyavenue ini berkeluasan 2,1002 kaki persegi direka khas oleh Pengarah Kreatif Jurulatih Stuart Vevers dengan kerjasama William Sofield, pereka dan presiden Studio Sofield. Menampilkan konsep moden yang mewah bersama kontras barangan mewah. Gaya butik ini juga diinspirasikan dari kota raya New York. Warna kayu-kayuan dan perabot kurun pertengahan menambah lagi eleman elegan dan aura sofistikated.
Menariknya lagi, bahagian pakaian wanita dan lelaki diasingkan mengikut kategori. Bilik wanita diletakkan bersama pimtu dinding diinspirasikan dari Coach House di New York. Manakala untuk para lelaki dipaparkan skrin AV dengan koleksi terkini Coach dan susunan kasut mengikut musim semasa.
Lokasi : Lot T2A-15 & 16, Level 2 Sky Avenue, Genting Highlands, 69000 Pahang Darul Makmur, Malaysia
Waktu Operasi : 10.00am to 10.00pm
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penggunaan kaca mata bukan hanya untuk mengelakkan mata terkena silau matahari malah ia disifatkan sebagai aksesori untuk menambahkan gaya kacak lelaki.
Kaca mata juga berupaya untuk menambah seri di wajah lelaki, kalau tak percaya cuba sarung satu.
Di pasaran hari ini, terdapat pelbagai jenama yang diperkenalkan namun sesuai atau tidak dengan bentuk wajah anda, aspek ini juga perlu diambil kira.
Di bawah ini MASKULIN sediakan senarai penuh spek yang sesuai untuk digayakan:
1. Stail : The Wayfarer
The wayfarer tampil dengan rekaan bingkai tebal dan ia mula diperkenalkan Ray Ban sekitar 1956. Lelaki dan wanita boleh memakai the wayfarer ini kerana ia bersifat uniseks selain jika anda mahu tampil ‘kemas biasa-biasa’ atau ‘tidak terlalu funky’.
2. Stail : The Aviator
The Aviator tampil dengan rekaan batang halus membentuk bingkai dan ia pertama kali ditampilkan pada tahun 1936. Rekaan ini boleh membuatkan si pemakai kelihatan ‘macho’ dan ‘matang’ selain ia pernah digayakan Tom Cruise dalam filem ‘Top Gun’ serta dipakai juruterbang dalam Perang Dunia Kedua untuk mengelak silau matahari.
3. Stail : Teashades
Teashades juga dikenali sebagai ‘Lennon specs’. Bentuk spek bulat ini pernah dipopularkan oleh kumpulan lagenda, The Beatles dan kalau dalam filem komedi Cina lama, ada dua pelajar kung fu gemuk sering memakai kaca mata jenis ini. Mereka yang memakai Teashades dilihat sebagai rare dan memiliki personaliti yang kreatif.
4. Stail : Clear Frame
Ada yang suka berwarna hitam atau berwarna-warni tetapi bagi pemakai Clear Frame, mereka jelas tidak mahu kelihatan begitu menonjol. Dalam erti kata lain, mereka tidak gemarkan perhatian daripada orang lain secara serius tetapi dalam jiwa mereka, tetap memiliki elemen ‘klasik’ yang tidak dapat disembunyikan.
5. Stail : Rimless
Rekaan Rimless amat bertentangan dengan tiga rekaan di atas kerana bingkai ini tiada bingkai hadapan dan cuma disambungkan terus kepada pemegang telinga. Kaca mata ini bersifat mimalis dan pemakainya tidak menitik beratkan gaya sebaliknya cukuplah sekadar ia dapat mengelakkan silau matahari. Oleh itu, pemakai kaca mata jenis ini disifatkan seseorang yang ‘simple’ tetapi ‘matang’.
6. Stail : Brownline
Jika Rimless tiada bingkai pada bahagian hadapan, Brownline tampil dengan semi-bingkai. Rekaan ini menampakkan seseorang itu kekal bergaya tetapi dalam keadaan yang cukup mimalis. Macam nak tak nak. Tapi ramai yang nak kerana Brownline memang membuat seseorang itu kelihatan sangat ‘cool’.
7. Stail : Oversized
Oversized biasanya dilabelkan sebagai ‘king’ atau ‘queen’ buat sang pemakai. Sesiapa yang ingin tampil kelihatan vogue dan persis diva, inilah kaca mata yang paling sesuai untuk digunakan. Boleh dikatakan pemakai Oversized sentiasa memiliki keyakinan diri yang tinggi.
8. Stail : Shield
Kaca mata ini menampilkan gaya ala-ala futuristik. Pemakainya terdiri daripada mereka yang gemarkan muzik jenis tekno dan mahu kelihatan ‘sangat jauh ke hadapan’. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang berani memakai kaca mata jenis ini kerana dianggap pelik dan keterlaluan kecuali digunakan sebagai prop untuk projek futuristik.
9. Shutter Shades
Kaca mata ini menampakkan si pemakai kelihatan begitu ‘funky’. Jika memakainya dalam sesebuah majlis keraian atau parti, anda mungkin menjadi perhatian. Karakter pemakai kaca mata jenis ini turut menggambarkan anda memiliki jiwa yang sangat bergelora untuk mencuba sesuatu yang baharu dan ‘gila’.
10. Stail : Sport
Kaca mata ini diperlukan oleh mereka yang gemar bersukan kerana rekaannya yang tidak mudah tertanggal serta tahan silau. jadi, memang sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti lasak meski pun dalam cuaca serta matahari yang sangat terik. Yang penting, anda kekal nampak bergaya walaupun sedang bersukan.
Dalam banyak-banyak kaca mata yang ditulis, yang mana satu anda sedang pakai atau miliki ketika ini? Kongsikan bersama MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.