Jika wanita terkenal dengan suka membawa handbag atau beg tangan. Lelaki juga ada aksesori wajib yang selalu digunakan iaitu Fanny pack, pouch bag atau apa saja panggilannya.
Apa yang penulis ingin sampaikan ia adalah beg yang dililit pada badan. Jika dahulu aksesori wajib bagi lelaki adalah clutch di mana anda kena pegang, kini ia lebih mudah dengan hanya melilit pada badan sahaja.
Di Amerika panggilannya lebih kepada ‘Fanny Pack’ namun berlain pula panggilannya jika anda pergi ke UK, ia digelar ‘Bum Bag’.
Fesyen item ini menawarkan fungsi yang tersendiri bagi mereka yang inginkan kelainan dalam bergaya tetapi tidak mahu menyandang beg yang besar.
MASKULIN berikan serba sedikit tip pemakaian fanny pack dengan betul.
Elakkan daripada sumbat segala perkakas yang anda bawa di dalam fanny pack. Bila ia terlalu menggelembung sebab sarat dengan barang, stail anda akan musnah dan fanny pack itu adalah penyebabnya. Jadi, hanya bawa apa yang perlu sahaja seperti telefon bimbit, wallet, powerbank, kabel pengecas telefon dan kunci kereta.
Ads
2. Boleh buat sebagai tali pinggang
Item fesyen ini tidak terhad kepada lelaki sahaja, kaum wanita juga boleh gayakan fanny pack ikut keselesaan anda. Selain lilit di badan, anda boleh buatkan ia sebagai tali pinggang untuk ketatkan seluar yang longgar.
3. Gayakan posisi fanny pack mengikut keselesaan
Ads
Fesyen ini tiada sempadan. Anda bebas untuk bergaya mengikut pilihan dan keselesaan. Fanny pack boleh dililit pada badan, lilit pada pinggang, sarung di celah lengan dan sebagainya.
Anda tidak digalakkan untuk melilit fanny pack di bahagian belakang badan tidak kira samada ia digayakan pada pinggang atau badan. Ini adalah untuk membuatkan anda tidak menjadi mangsa penyeluk saku. Jadi, jangan jadi mangsa peragut kerana ingin bergaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin anda fikir, lelaki kurus mudah untuk berfesyen berbanding lelaki berbadan besar. Sebenarnya anda silap kerana lelaki bertubuh begini juga berdepan dengan masalah dalam stail fesyen mereka.
Ini kerana, jika anda tersilap menggayakan pakaian boleh menampakkan lelaki kurus bertambah kurus dan sekeping.
Untuk mengelakkan lelaki kurus nampak melayang-layang, pastikan anda mempraktikkan panduan penggayaan ini agar penampilan anda nampak lebih smart.
Jangan menggunakan baju berkolar V kerana ia akan menampakkan tulang anda lebih menonjol. Pilihlah pakaian berkolar tinggi atau turtle neck kerana ia akan menutupi tulang di sekitar leher anda.
Pakailah baju berlapis atau kombinasikan dengan beberapa baju untuk memberi ilusi tubuh badan anda nampak lebih berisi. Contohnya anda memakai t-shirt, dilapisi dengan jaket varsity atau kemeja yang besar sedikit di bahagian luar mengikut keselesaan anda. Namun pastikan anda memakai baju berlapis sesuai dengan keadaan cuaca. Elak memakai baju berlapis sekiranya cuaca sedang panas terik.
Untuk anda yang bertubuh kurus, sesuai memakai pakaian berpotongan slim fit kerana ia boleh menampakkan susuk tubuh anda lebih keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat! Elak memakai pakaian skinny fit kerana ia jelas menampakkan tubuh anda yang semakin kurus.
Pakaian longgar sememangnya membuatkan anda rasa lebih selesa namun ia tidak sesuai dipakai oleh orang bertubuh kurus kerana ia akan menampakkan anda bertambah kurus. Mungkin persepsi orang mengatakan bahawa pakaian longgar dapat menyorokkan susuk tubuh anda yang kurus tapi sebenarnya tanggapan itu salah.
Pilihlah aksesori berukuran sederhana sama ada tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil untuk tubuh kurus. Aksesori seperti tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya anda elakkan kerana anda gaya anda akan kelihatan tidak kena.
Memakai baju bercorak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang lebih kurus. Memandangkan anda sudah kurus jadi elakkan corak menegak pada gaya fesyen anda. Seeloknya pakailah baju yang bercorak melintang bagi memberi ilusi tubuh anda lebih berisi.
Pakaian berwarna cerah menampakkan orang bertubuh kurus lebih berisi. Kalau boleh, kurangkan pemakaian berwarna gelap seperti hitam atau coklat. Namun jika anda peminat warna-warna gelap, pakailah warna kelabu ataupun coklat terang untuk penggayaan anda.
Dalam dunia fesyen, hitam dan putih bukan sekadar pilihan warna. Ia adalah bahasa gaya. Hitam melambangkan ketegasan, kuasa dan misteri. Putih pula membawa makna bersih, kemas dan minimal.
Dua warna ini sudah lama menjadi tunjang kepada gaya maskulin yang matang kerana sifatnya yang versatil dan tidak terikat musim.
Sama ada di pentas runway antarabangsa mahupun di jalanan kota besar, kombinasi monokrom sentiasa menjadi pilihan lelaki yang mahukan penampilan sofistikated tanpa perlu mencuba terlalu keras.
Trend fesyen hari ini juga menunjukkan peralihan ke arah gaya lebih bersih dan praktikal. Lelaki moden terutamanya semakin menghargai konsep repeat wear, pelaburan pada item asas berkualiti tinggi dan potongan yang boleh digayakan dalam pelbagai situasi.
Dalam konteks ini, kasut bukan lagi sekadar pelengkap gaya, tetapi asas kepada keseluruhan siluet. Di sinilah New Balance 1080v15 muncul sebagai jawapan buat mereka yang mencari keseimbangan antara estetika minimal dan prestasi maksimum.
New Balance menerusi pelancaran terbaharu memperkenalkan 1080v15 dalam pilihan warna all-black dan all-white, satu interpretasi moden terhadap sneaker harian yang menekankan keselesaan tanpa mengorbankan gaya.
Rekaan ini jelas menyasarkan individu yang sentiasa bergerak, daripada pejabat ke sesi santai hujung minggu, tanpa perlu menukar kasut.
Menurut kenyataan rasmi jenama tersebut, “1080v15 direka untuk kegunaan harian – sebuah sneaker bersih dan neutral yang mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan gaya.”
Kenyataan ini merumuskan falsafah di sebalik model tersebut. Ia bukan kasut untuk berlari semata-mata, tetapi kasut yang mampu menyokong rutin harian dengan penampilan yang kekal relevan.
Apa yang membezakan 1080v15 daripada model kasut prestasi lain ialah pendekatan reka bentuknya yang lebih refined. Siluetnya kekal sporty, namun tidak terlalu teknikal.
Tiada elemen berlebihan atau panel yang kelihatan terlalu kompleks. Sebaliknya, ia tampil dengan garis bersih, profil moden dan struktur yang seimbang.
Versi hitam sepenuhnya memberi aura lebih tegas dan matang. Ia mudah dipadankan dengan seluar tailored, jogger premium atau denim gelap.
Manakala versi putih pula memberi sentuhan segar dan kontemporari, sesuai digandingkan dengan gaya athleisure, seluar linen atau set kasual hujung minggu.
Dalam era di mana lebih ramai individu semakin berani bereksperimen dengan gaya tetapi tetap mahukan kepraktisan, siluet ini memenuhi kedua-dua keperluan tersebut.
Di sebalik rekaannya yang minimal, 1080v15 tetap mengekalkan DNA prestasi New Balance. Teras kepada kasut ini ialah teknologi Infinion Foam yang direka untuk memberikan kusyen responsif serta sokongan konsisten.
Infinion Foam membantu menyerap hentakan dengan lebih baik, sekali gus mengurangkan tekanan pada tapak kaki ketika berjalan jauh atau berdiri dalam tempoh lama.
Buat anda yang menjalani rutin sibuk seperti menghadiri mesyuarat, bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain atau sekadar berjalan di pusat bandar, inilah ciri menjadi nilai tambah yang signifikan.
Selain itu, struktur bahagian atas kasut direka agar ringan dan fleksibel. Ia membenarkan pergerakan lebih semula jadi tanpa rasa ketat atau berat.
Ini menjadikan 1080v15 bukan sahaja sesuai untuk gaya kasual, malah boleh berfungsi sebagai kasut travel yang praktikal.
Dalam landskap fesyen yang sering dipengaruhi hype bermusim, 1080v15 mengambil pendekatan berbeza.
Ia tidak direka untuk mencuri perhatian secara berlebihan, sebaliknya menekankan longevity. Warna hitam dan putih memastikan kasut ini tidak terikat kepada trend tertentu.
Ia adalah jenis kasut yang boleh dipakai berulang kali tanpa rasa jemu. Sama ada untuk gaya smart casual, athleisure atau semi-formal yang lebih santai, 1080v15 menyesuaikan diri dengan mudah.
Pendekatan ini selari dengan perubahan sikap lelaki masa kini yang lebih memilih kualiti berbanding kuantiti. Mereka mahukan produk yang tahan lama, selesa dan boleh digayakan dalam pelbagai situasi.
New Balance secara konsisten mengekalkan reputasinya sebagai jenama yang mengimbangi prestasi dan gaya.
Dengan 1080v15, jenama ini sekali lagi membuktikan bahawa kasut larian premium boleh diolah menjadi sneaker harian tanpa kehilangan identiti asalnya.
Gabungan teknologi kusyen, rekaan bersih dan pilihan warna klasik menjadikan model ini relevan untuk pelbagai peringkat umur.
New Balance 1080v15 versi all-black dan all-white kini boleh didapati di semua kedai New Balance terpilih serta secara dalam talian di laman rasmi newbalance.com.my pada harga RM829.
Dengan pendekatan minimalis yang matang, teknologi kusyen yang dipercayai dan pilihan warna yang sentiasa relevan, 1080v15 bukan sekadar kasut. Ia adalah simbol gaya lelaki moden – tenang, yakin dan tidak perlu terlalu menonjol untuk diperhatikan.
Kadangkala dalam dunia yang penuh warna dan kebisingan trend, hitam dan putih adalah pernyataan paling berani.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
WARDROBE, jenama eksklusif tempatan yang terkenal dengan penghasilan pakaian bespoke lelaki pada baru-baru ini telah melancarkan koleksi terbaru mereka yang cukup hebat.
Koleksi yang dikenali sebagai Capsule Collection 2019 itu telah dilancarkan dengan menampiljan 10 gaya terkini yang merangkumi 5 koleksi daripada lounge suit untuk lelaki. Gaya koleksi menampilkan lounge suit pelbagai fungsi sesuai untuk untuk urusan formal hingglah jaket sporty bagi penampilkan kasual kemas.
“Ini merupakan koleksi gaya yang wajib dimiliki oleh setiap lelaki untuk penampilan yang bergaya. Penampilan kasual kemas ada ketikanya sesuai digayakan tetapi bila bercakap tentang gaya foolproof ia adalah satu gaya sesuai sepanjang zaman dengan perincian jahitan amat penting sekali,” jelas Lim Fang Heng, Ketua Pegawai Eksekutif WARDROBE.
WARDORBE Capsule Collection merupakan rujukan penampilan yang dikategorikan kepada 5 gaya berbeza yang diperlukan oleh setiap lelaki.
Pada pelancarannya, Lounge Suit diperkenalkan dahulu dengan menampilkan sisi ahli perniagaan dengan suntikan elegan. Ia menampilkan jaket dan seluar yang mempunyai warna sama serta fabrik bercorak sama.
Digayakan bersama kemeja dan tali keher, lounge suit ini biasanya digayakan oleh eksekutif, ahli perniagaan untuk majlis formal.
Koleksi lounge suit turut menawarkan waistcoat atau vest yang dipadankan dengan sut tersebut. Antara variasi lain lounge suit ialah double-breated suit.
Selain itu WARDROBE turut menampilkan Day Suit, The Blazer, Sports Jacket, Tuxedo dan Dinner Jacket menerusi koleksi yang cukup bervariasi.
Dengan 10 jenis looks berbeza, koleksi terbaru WARDROBE ini semestinya menjadi pilihan buat lelaki gentlemen yang inginkan gaya eksklusif, mewah, sofitikated dan sesuai untuk pelbagai jenis majlis atau acara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.