Ads

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

Baru dua episod ditayangkan, tetapi bahangnya sudah terasa seperti sebuah siri yang telah lama mempunyai kelompok peminat sendiri.

Dengan barisan pelakon yang kuat, jalan cerita sarat konflik serta kedudukannya dalam dunia High Council yang semakin berkembang, KUDRAT 1968: High Council kini muncul sebagai antara naskhah tempatan paling hangat diperkatakan.

Angka juga menunjukkan momentum itu bukan sekadar gimik. Siri terbitan Astro Shaw arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff mendominasi carta Top 10 kandungan TV di Astro dan sooka, selain muncul sebagai siri nombor satu di Netflix Malaysia selama dua minggu berturut-turut.

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

Dan semalam, MASKULIN sempat melihat sendiri bagaimana populariti itu sudah melangkaui skrin apabila House of KUDRAT menghimpunkan para pelakon bersama peminat dalam sebuah acara yang cukup meriah di Astro Experience Store, IOI City Mall Putrajaya.

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

Jika ada yang masih tertanya-tanya sejauh mana pengaruh KUDRAT 1968 ketika ini, suasana di House of KUDRAT sudah memberikan jawapannya.

Baru Dua Episod, Tetapi Teori Sudah Di Mana-Mana

Kekuatan KUDRAT 1968 tidak hanya bergantung kepada nostalgia terhadap Project: High Council.

Prekuel ini membawa penonton kembali ke dunia Kolej Ungku Deramat dengan konflik berbeza, tetapi masih bermain dengan tema yang cukup dekat dengan identiti francais tersebut iaitu persahabatan, kuasa, pengkhianatan dan jurang kelas dalam masyarakat.

Meskipun baru dua episod ditayangkan, perbincangan tentang siri ini sudah rancak di media sosial.

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

Teori mengenai karakter, persoalan tentang siapa yang akhirnya menguasai hierarki KUDRAT dan kaitannya dengan dunia Project: High Council mula memenuhi Threads dan platform lain.

Menurut siaran media, klip berkaitan KUDRAT 1968 telah mencatatkan lebih 400 Juta tontonan di media sosial dalam tempoh 30 Hari.

Angka sebesar itu menunjukkan bahawa penonton bukan hanya menunggu episod baharu. Mereka mengulang semula adegan, mencari petunjuk dan membina teori sendiri.

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

Ads

Di sinilah elemen anticipation memainkan peranan besar. Penceritaan membuatkan penonton mahu tahu apa yang akan berlaku, manakala strategi pemasaran Astro pula terus memastikan dunia KUDRAT kekal hidup di luar tempoh tayangan episod.

Hasilnya, setiap klip, dialog dan interaksi pelakon seolah-olah menjadi bahan baharu untuk peminat terus berbicara.

Dari Dunia Kudrat ke House of KUDRAT: Apabila Sebuah Siri Keluar Dari Skrin

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

Ada masanya sebuah siri hanya perlu ditonton. Kudrat 1968 memilih untuk pergi lebih jauh: ia mahu dirasai. Perjalanan Dunia Kudrat 1968 dibina bukan sekadar sebagai kempen menuju tayangan, tetapi sebagai sebuah ekosistem yang perlahan-lahan membawa dunianya keluar daripada kaca televisyen dan masuk ke ruang sebenar peminat.

Ia bermula dengan Cast Reveal pada 12 Ogos, memperkenalkan wajah dan karakter yang bakal menghidupkan dunia Kudrat. Momentum itu kemudian bergerak ke Astro 30 Showcase pada 28 Ogos, dengan kemunculan Amir Ahnaf sebagai Kapla dari Project: High Council, sebelum mengambil skala lebih besar menerusi Light Up KL x Kudrat 1968. Langit Kuala Lumpur menjadi kanvas untuk pertunjukan dron, sementara persembahan brass band Manifestasi bersama Sharul Kamal dan barisan pelakon memberikan dunia Kudrat satu bentuk yang lebih hidup, lantang dan sinematik.

Kemudian datang House of KUDRAT pada 27 September. Kali ini, Kudrat bertukar bahasa. Daripada layar kepada gaya. Daripada penceritaan kepada pengalaman.

Menerusi kolaborasi Christy Ng x Kudrat, dunia siri ini memasuki wilayah fesyen dan lifestyle melalui sebuah runway serta sesi Meet & Greet. Ia menjadikan Kudrat bukan lagi sekadar IP yang mempunyai penonton, tetapi sebuah dunia yang boleh didekati, dipakai, dikongsi dan diraikan bersama fandomnya. Di Astro Experience Store, IOI City Mall, ruang runcit berubah menjadi sebuah extension kepada dunia Kudrat. Peminat bukan sahaja hadir untuk melihat, tetapi untuk berada lebih dekat dengan karakter dan personaliti yang selama ini hadir di skrin mereka.

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

Kemunculan Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Chech Harith, Evertts Gomes, Muzayyin Mahyuddin, Umar Shakur dan Jebat Zulfar memberikan acara itu tarikan tersendiri, dengan peminat berpeluang bertemu lebih dekat dengan barisan pelakon menerusi Astro Rewards.

Dan angkanya memberikan gambaran tentang skala momentum tersebut. 10,000 peminat hadir ketika siri ini baru memasuki episod kedua, berdasarkan angka acara yang diberikan.

Ads

Daripada muzik ke fesyen, daripada langit kota ke ruang runcit, dan daripada skrin ke dunia sebenar, setiap touchpoint menyambung cerita yang sama dalam bahasa berbeza. Tujuannya jelas: mencuri perhatian, mencetuskan conversation dan memberikan fandom lebih banyak alasan untuk terus berada di dalam dunia Kudrat.

Kerana hari ini, fandom tidak lagi sekadar mahu menonton dunia yang mereka sukai. Mereka mahu menjadi sebahagian daripadanya.

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

Namun apa yang menarik perhatian MASKULIN bukan sekadar jumlah peminat yang hadir.

Kemesraan para pelakon terhadap peminat yang hadir, khususnya Zarif Ghazzi dan Mierul Aiman, jelas menjadi sebahagian daripada daya tarikan fenomena KUDRAT 1968 itu sendiri.

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

Interaksi mereka bersama peminat terasa natural, dan hubungan yang dipamerkan di luar skrin membuatkan karakter-karakter dalam siri itu terasa lebih dekat kepada mereka yang mengikuti perjalanan KUDRAT sejak awal.

Dalam era apabila hubungan antara selebriti dan fandom banyak terbina menerusi media sosial, momen sebegini mempunyai nilai yang besar.

Peminat bukan sahaja mahu menonton karakter kegemaran mereka. Mereka mahu mengenali manusia di sebalik karakter itu.

Ads

Bila Drama Berubah Menjadi Budaya Fandom

House of KUDRAT turut memperlihatkan bagaimana sebuah siri tempatan boleh berkembang menjadi sebahagian daripada gaya hidup.

Kolaborasi Christy Ng X KUDRAT 1968 misalnya membawakan koleksi edisi khas terhad termasuk beg dan stokin yang diinspirasikan daripada siri tersebut.

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

Ia mungkin kelihatan seperti elemen sampingan, tetapi sebenarnya menggambarkan sesuatu yang lebih besar.

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

KUDRAT 1968 tidak lagi hidup hanya ketika episod ditayangkan. Ia sudah memasuki ruang fesyen, perbualan media sosial, teori peminat dan kini pengalaman fizikal yang boleh dikongsi bersama komuniti. Itulah bagaimana sebuah fandom mula terbentuk.

Dan lebih mengagumkan, semua ini berlaku ketika siri tersebut masih berada pada peringkat awal.

Momentum Yang Sukar Diabaikan

Apabila sesuatu naskhah mampu membuatkan penonton berdebat tentang jalan cerita, menghasilkan teori sendiri, memenuhi sebuah acara dan mengikuti setiap gerak geri pelakonnya selepas hanya dua episod, sukar untuk menafikan bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku.

KUDRAT 1968 mungkin bermula sebagai sebuah prekuel, tetapi respons yang diterimanya menunjukkan ia sedang membina identiti dan fandomnya sendiri.

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

‘KUDRAT 1968: High Council’ Cetus Fenomena lagi, 10,000 hadir di House of KUDRAT Buktikan Fandom Kini Melangkaui Skrin

Gabungan pelakon yang kuat, konflik yang membuatkan penonton terus berteka-teki dan strategi promosi yang memahami cara fandom moden bergerak menjadi formula yang sedang bekerja dengan baik. Persoalannya sekarang bukan lagi sama ada KUDRAT 1968 akan mendapat perhatian.

Perhatian itu sudah ada. Persoalan sebenar ialah, sejauh mana fenomena ini akan pergi apabila ceritanya baru sahaja bermula?

Episod seterusnya KUDRAT 1968 akan meneruskan perjalanan siri tersebut di Astro Ria dan Astro Citra, manakala penonton turut boleh mengaksesnya lebih awal menerusi sooka atau Astro X3. Filem KUDRAT 1968 juga dijadualkan menemui penonton di pawagam tahun ini.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads