Ads

ASICS Raikan World Pickleball Day, Satukan Selebriti, Atlet & Komuniti Di Gelanggang

pickleball

Sukan pickleball semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia, bukan sahaja sebagai aktiviti kompetitif, tetapi juga sebagai ruang untuk bersosial, kekal aktif dan membina hubungan bersama komuniti.

Sempena World Pickleball Day yang disambut pada 10 Oktober, ASICS Malaysia menghimpunkan pelbagai lapisan komuniti menerusi satu sesi sosial di Tomaz Pickleball Court, Subang Jaya, termasuk selebriti, atlet, pencipta kandungan serta peminat sukan berkenaan.

Antara yang hadir ialah duta ASICS Hariz Hamdan, Adeline Tsen, Adlin Aman Ramlie, Dr Ahmad Idham, Elvina Mohammad, Emelda Rosmila, Fad Anuar, Harris Alif, Ika Nabella, Intan Ladyana, Riz Amin dan Yasmin Hani Richardson.

ASICS Raikan World Pickleball Day, Satukan Selebriti, Atlet & Komuniti Di Gelanggang
Duta jenama ASICS, Hariz Hamdan, yang meraikan tahun keenam beliau bersama jenama tersebut, mengalu-alukan kehadiran para peserta ke sesi Hari Pickleball Sedunia.

Turut menyertai acara ialah pemain skuasy negara Aifa Azman, selain Atita Haris, Jenn Chia dan Linus Teng.

Pickleball Bukan Sekadar Tentang Menang

Acara dimulakan dengan perkongsian daripada Hariz Hamdan yang kini memasuki tahun keenam bersama ASICS.

Beliau menyentuh mengenai gaya hidup aktif serta sifat pickleball yang inklusif, apabila sukan itu mampu menghimpunkan pemain daripada pelbagai usia dan tahap kemampuan dalam suasana yang lebih santai.

Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik, berkata kekuatan sukan itu terletak pada sifatnya yang berorientasikan komuniti.

“Pickleball mencerminkan pendekatan terhadap sukan yang lebih inklusif dan berteraskan komuniti, menghimpunkan individu daripada pelbagai peringkat umur dan tahap kemampuan, daripada kanak-kanak hinggalah atlet berpengalaman, di gelanggang yang sama.

ASICS Raikan World Pickleball Day, Satukan Selebriti, Atlet & Komuniti Di Gelanggang

“Selain permainan itu sendiri, ia turut menggalakkan hubungan sosial dan semangat komuniti. Format beregu serta saiz gelanggang yang kompak memberi pemain banyak peluang untuk berinteraksi dan menikmati permainan bersama.

“Di ASICS, menyokong komuniti ini kekal sebagai antara keutamaan kami, bukan sahaja melalui inovasi prestasi tetapi juga dengan memastikan setiap pemain berasa yakin dan selesa di gelanggang pada setiap langkah,” katanya.

Peserta juga berpeluang mencuba sendiri pakaian dan kasut ASICS sepanjang sesi, khususnya ketika melakukan pergerakan pantas, perubahan arah dan gerakan lateral yang menjadi sebahagian daripada permainan pickleball.

Yasmin Hani Jadikan Pickleball Ruang Eratkan Hubungan Dengan Anak

Antara yang mencuri perhatian ialah pelakon dan pengacara Yasmin Hani Richardson yang turun ke gelanggang bersama anaknya, Noah Ismail Wong.

Noah menjadi pemain termuda dalam sesi tersebut, tetapi perbezaan usia tidak menghalangnya daripada beraksi bersama pemain dewasa.

Ads
ASICS Raikan World Pickleball Day, Satukan Selebriti, Atlet & Komuniti Di Gelanggang
Yasmin Hani Richardson dan anak lelakinya, Noah Ismail Wong, berkongsi minat terhadap pickleball, meraikan ikatan ibu dan anak menerusi sukan serta semangat Noah yang semakin mendalam terhadap permainan tersebut.

Bagi Yasmin, sukan menjadi salah satu cara untuk dirinya membina hubungan lebih rapat bersama anak.

“Saya sangat bangga melihat Noah mampu bersaing dengan pemain dewasa.

“Kami berdua memang peminat tegar pickleball dan padel, dan saya berharap dapat membimbingnya ke arah kerjaya profesional.

“Sukan sudah menjadi cara kami mengeratkan hubungan, menerusi perbualan, bermain bersama dan memberikan sokongan antara satu sama lain. Ia tidak pernah menjadi rutin yang membosankan. Saya suka melihat dia membesar dan dia juga seorang yang sangat kompetitif,” katanya.

Noah pula tidak sekadar mahu bermain untuk berseronok. Dia mengakui gemar memerhatikan permainan lawan dan belajar daripada teknik pemain lain.

“Saya sudah agak biasa bermain dengan orang dewasa, jadi saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan mereka di gelanggang.

“Saya juga suka menganalisis cara mereka bermain, belajar daripada teknik mereka dan menyesuaikannya dengan permainan saya sendiri.

“Ramai pemain menghadapi kesukaran dengan pukulan backhand, terutama apabila bola datang dengan laju, jadi saya suka menyasarkan bahagian itu.

“Impian saya adalah untuk menjadi pemain pickleball profesional. Buat masa ini, saya mahu terus belajar, bertemu lebih ramai individu yang berkongsi minat sama, mencuba pelbagai paddle dan lokasi permainan serta menyertai lebih banyak kejohanan untuk menimba pengalaman,” katanya.

Ads

Intan Ladyana & Harris Alif Turut Turun Gelanggang

Pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif turut mengambil peluang mencuba sukan tersebut bersama.

Bagi pasangan itu, pickleball menjadi satu aktiviti santai untuk meluangkan masa berkualiti, kekal aktif dan menikmati permainan tanpa tekanan berlebihan.

ASICS Raikan World Pickleball Day, Satukan Selebriti, Atlet & Komuniti Di Gelanggang
Harris Alif dan Intan Ladyana berkongsi detik menyeronokkan di gelanggang, menikmati masa berkualiti bersama menerusi sukan pickleball sambil kekal aktif dengan pakaian dan kasut ASICS.

Menurut kenyataan ASICS, bermain bersama wajah-wajah yang dikenali turut membantu menjadikan pengalaman tersebut lebih santai dan menyeronokkan.

Situasi itu memperlihatkan salah satu daya tarikan terbesar pickleball. Sukan ini tidak semestinya perlu dimulakan dengan orientasi pertandingan, sebaliknya boleh menjadi satu aktiviti sosial yang dikongsi bersama pasangan, keluarga atau rakan.

Aifa Azman Cuba Sesuatu Yang Berbeza Daripada Skuasy

Pemain skuasy negara Aifa Azman pula membawa perspektif berbeza ke gelanggang.

Walaupun sudah biasa beraksi di peringkat tertinggi dalam sukan raket, Aifa tetap perlu menyesuaikan diri dengan karakter bola, pukulan dan teknik dalam pickleball.

“Semua orang sangat memberikan sokongan dan sanggup mengajar saya pelbagai teknik,” katanya.

“Bermain beregu wanita merupakan pengalaman pembelajaran yang sangat baik kerana pergerakan bola berbeza daripada bola getah yang digunakan dalam skuasy, dan pickleball juga menggunakan teknik seperti topspin.

Ads

“Saya belajar banyak daripada pemain lain hari ini dan ia memang pengalaman yang bagus untuk mencuba sesuatu yang baharu.”

Aifa kini turut memberi tumpuan kepada kejohanan seterusnya, US Open, dengan sasaran menembusi kelompok 20 terbaik dunia dalam skuasy.

Pertandingan Santai Tutup Acara

Acara kemudian ditutup dengan perlawanan beregu secara santai yang menyaksikan peserta bersaing dalam suasana persahabatan.

Pasangan Lilian Tan dan Gracey PB muncul di tempat pertama, diikuti Atita Haris dan Fad Anuar di tempat kedua, manakala Emelda Rosmila dan Adlin Aman Ramlie meraih tempat ketiga.

Kesemua pemenang menerima barangan ASICS sebagai hadiah.

Melalui acara ini, apa yang lebih ketara bukan sekadar siapa yang menang.

ASICS Raikan World Pickleball Day, Satukan Selebriti, Atlet & Komuniti Di Gelanggang
Aifa Azman menikmati peluang untuk mempelajari teknik baharu dan merasai keseronokan acara beregu wanita sambil meneroka perbezaan antara pickleball dengan skuasy.

Ia menunjukkan mengapa pickleball semakin mudah diterima oleh pelbagai kelompok, daripada atlet profesional, selebriti dan keluarga hinggalah mereka yang sekadar mencari cara baharu untuk bergerak aktif.

BACA: 5 Sebab Peminat F1 Sangat Suka Terhadap Litar Antarabangsa Sepang

Bagi ASICS, perkembangan itu turut membuka ruang untuk membawa kepakaran dalam sukan gelanggang kepada kategori pickleball, termasuk pembangunan kasut yang memberi tumpuan kepada keselesaan, kusyen, cengkaman dan sokongan ketika pemain bergerak pantas atau menukar arah di gelanggang.

Dan jika sambutan daripada acara World Pickleball Day ini menjadi petunjuk, sukan berkenaan bukan sekadar trend sementara. Ia semakin membentuk komuniti baharu yang melihat aktiviti fizikal sebagai sesuatu yang boleh dilakukan secara kompetitif, sosial dan menyeronokkan pada masa sama.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads