
Lelaki Kongsi Petua Kempiskan Perut Yang Maju Ke Depan Guna Lemon & Halia!
Banyak cara nak kempiskan perut. Selain produk, boleh juga guna air detoks untuk kempiskan perut yang maju ke depan. Kini macam-macam perasa air detoks yang direka sesuai dengan masalah yang dihadapi.
Ramai yang dah amalkan air detoks untuk kempiskan perut. Memandangkan amalan ini semakin diminati, Ibrahim Yop berkongsi petua kempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Petua yang diperolehnya daripada orang Cina ini dikongsikan menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Petua untuk mengempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Dapat daripada orang cina semalam.
1. Sebiji lemon
2. Halia dalam dua atau 3 inci
3. Air 1.5 liter
Seeloknya dibuat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.
1. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang dah dipotong dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk tersebut.
2. Biarkan mendidih selama 5 minit. Jangan lupa kacau.
3. Selepas 5 minit mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.
4. Padamkan api dan tutup habis periuk tersebut. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.
Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh dihabiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh dibawa ke pejabat. Minum sedikit-sedikit. Dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
Safiq Rahim Jadi Mangsa Pula, Kereta Pecah Dihentak Tukul Besi
Bertubi-tubi malang menimpa pemain bola sepak negara, terbaru pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim pula menjadi sasaran penjenayah.
Melalui hantaran di laman Instagram malam tadi , Safiq memberitahu dia diserang oleh dua lelaki bermotosikal di Jalan Seri Gelam, Johor Bahru, sekitar pukul 10.05 malam (Selasa) setelah selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT.
‘Tak sangka saya pula kena serang berhampiran Pusat Latihan JDT. Pada zaman sekarang, kita semua perlu berhati-hati,’ tulis Safiq dalam hantaran tersebut.
Menurut Safiq, sebelum insiden itu berlaku, keretanya dihampiri oleh sebuah motosikal yang dinaiki dua individu yang tidak dikenali. Penumpang motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum memukul cermin belakang kereta jenis Honda City yang dipandunya.
‘Pukulan itu mengejutkan saya dan menyebabkan saya memberhentikan kereta. Dua lelaki tersebut kemudian berhenti di hadapan sambil menunjukkan tukul ke arah saya.
‘Kerana takut, saya mengundurkan kereta dan kedua-dua lelaki berkenaan kemudian beredar dari lokasi kejadian.
‘Pukulan itu menyebabkan cermin belakang kereta saya pecah,’ katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Larkin.
Safiq turut memuat naik sekeping gambar memaparkan cermin belakang keretanya yang pecah.
Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, melalui kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar segera menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut.
‘Kami juga menasihatkan pemain kami untuk berhati-hati terhadap persekitaran mereka dan apa yang mereka kongsikan di media sosial setiap masa,’ katanya.
Sebelum ini, dua pemain kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim turut menjadi sasaran apabila mereka diserang individu yang tidak dikenali.
Akhyar, 25, yang kini bermain untuk Terengganu FC (TFC), disamun dan dipukul sehingga mengalami kecederaan di kepala dalam kejadian pada malam Khamis minggu lalu.
Sementara itu, Faisal yang merupakan pemain Selangor FC, disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di pusat beli-belah di Kota Damansara pada petang Ahad. Akibat simbahan cecair yang dipercayai asid sulfurik pekat, pemain berusia 26 tahun itu disahkan mengalami kelecuran tahap empat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
Wanita Cantik Disebalik KEJAYAAN Bola Sepak Thailand, 10 Fakta Tentang MADAM PANG!
Jika dahulu sukan bola sepak dikaitkan dengan golongan lelaki tapi kini kaum wanita menjadi tulang belakang kejayaan sukan ini. Ini dibuktikan oleh pengurus pasukan bola Thailand, MADAM PANG.
Kejayaannya mengemudi jawatan utama dalam Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) melakar sejarah. Madam Pang juga diumum sebagai Presiden FAT ke-18 selepas menewaskan empat lagi pencabarnya untuk jawatan penting itu.
Melakar sejarah tersendiri apabila menyaksikan buat pertama kali wanita mengemudi jawatan utama dalam Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT). Madam Pang diumum sebagai Presiden FAT ke-18 selepas menewaskan empat lagi pencabarnya untuk jawatan penting itu.
1. Madam Pang, atau nama sebenarnya Nualphan Lamsam berusia 58 tahun dan merupakan seorang jutawan.
2. Dilahirkan di Bangkok, beliau merupakan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Muang Thai Insurance.
3. Beliau terdahulu membina kerjaya bola sepak selama 17 tahun termasuk sebagai pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Thailand.
4. Madam Pang mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Somyot Poompanmoung yang meletak jawatan berikutan prestasi buruk pasukan kebangsaan.
5. Beliau juga ialah keturunan generasi kelima daripada keluarga Lamsam dan merupakan anak kepada ahli politik Parti Demokrat, Photipong Lamsam.
7. Dilahirkan dalam salah satu keluarga terkaya di Thailand, Lamsam lebih dikenali sebagai pengasas Bank Kasikorn – bank keempat terbesar di Thailand, dengan aset hampir AS$117 bilion.
8. Madam Pang adalah ahli Parti Demokrat dan penolong setiausaha agung parti itu dari 2006 hingga 2016.
9. Melangsungkan perkahwinan pertama dengan Pengerusi Sittipol Sales Co dan German Auto Co, Vachara Phanchet, namun beliau bercerai pada awal 2005 dan memiliki seorang anak perempuan, Nuanwan Phanchet.
10. Beliau kemudian berkahwin dengan Kolonel Polis, Narat Sawettananas pada 19 Januari 2014.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Zack Rahim, Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

je senang
