Banyak cara nak kempiskan perut. Selain produk, boleh juga guna air detoks untuk kempiskan perut yang maju ke depan. Kini macam-macam perasa air detoks yang direka sesuai dengan masalah yang dihadapi.
Ramai yang dah amalkan air detoks untuk kempiskan perut. Memandangkan amalan ini semakin diminati, Ibrahim Yop berkongsi petua kempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Petua yang diperolehnya daripada orang Cina ini dikongsikan menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Petua untuk mengempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Dapat daripada orang cina semalam.
Bahan-bahan:
1. Sebiji lemon 2. Halia dalam dua atau 3 inci 3. Air 1.5 liter
Seeloknya dibuat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.
Ads
Cara membuatnya:
1. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang dah dipotong dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk tersebut.
2. Biarkan mendidih selama 5 minit. Jangan lupa kacau.
Ads
3. Selepas 5 minit mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.
4. Padamkan api dan tutup habis periuk tersebut. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.
Cara minum:
Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh dihabiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh dibawa ke pejabat. Minum sedikit-sedikit. Dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak dapat dinafikan antara senaman yang sangat popular buat penggemar gym atau aktviti sukan yang lain ialah sit up.
Menurut definisi, sit up ialah sejenis senaman ketahanan yang dilakukan untuk menguatkan bahagian otot perut atau abdomen. Ia lebih kurang sama dengan senaman crunch, cuma bezanya sit up mempunyai gerakan yang lebih bervariasi dan menggunakan lebih banyak otot.
Namun ramai yang tak tahu bahawa kelebihan sit up bukan hanya untuk menguatkan otot perut. Tetapi ia juga memberikan banyak kelebihan kepada sesiapa yang rajin mengamalkan senaman ini.
Berikut merupakan kelebihan sit up yang mungkin selama ini anda tak tahu.
Anda sering jatuh? Semua orang pasti pernah jatuh, namun jika selalu terjatuh pada usia dewasa itu bermakna anda ada masalah keseimbangan badan. Ia boleh diatasi dengan melakukan sit up secara rutin. Senaman ini akan membuat gerakan otot pada bahagian pinggul menjadi lebih kuat. Sit up juga akan membuat otot pada bahagian kaki, perut dan lengan menjadi lebih stabil dan seimbang.
Sistem metabolisme dalam tubuh diperlukan untuk memproses pelbagai jenis zat ke dalam tubuh termasuk makanan. Sistem metabolisme melibatkan berbagai jenis hormon termasuk hormon pertumbuhan. Jika sistem metabolisme tidak berjalan lancar maka ada sisa-sisa metabolisme yang berkumpul pada beberapa organ. Melakukan sit up boleh menjadi sebagai salah satu solusi masalah ini.
Setiap hari manusia memerlukan makanan sebagai sumber tenaga. Makanan yang masuk ke dalam tubuh akan dicerna organ pencernaan bermula dari kerongkonan hinggalah usus. Bagian pencernaan yang paling mudah berdepan bermasalah adalah usus. Semua sisa makanan yang berkumpul pada usus dapat menyebabkan radang atau kanser. Hal ini sering terjadi karena kekurangn serat pada manfaat sayur-sayuran.
Memiliki postur tubuh yang sempurna adalah keinginan semua orang, namun memiliki postur yang terlihat menarik dan sempurna memang tidak harus dilakukan dengan cara yang mahal. Kita bisa melakukan latihan sit up rutin selama 10 hingga 20 kali setelah bangun tidur. Sit up akan membangun semua otot tubuh bekerja dengan baik sehingga tubuh menjadi lebih stabil, seimbang dan bisa mendapatkan postur tubuh yang baik.
Peredaran darah dalam tubuh menjadi salah satu proses inti kehidupan. Darah menjadi media untuk memasok ketersediaan oksigen ke seluruh tubuh. Salah satu cara agar darah bisa bekerja secara maksimum adalah jumlah kandungan oksigen yang harus tersedia dalam jumlah tertentu. Jika manusia kekurangan oksigen dalam darah maka sistem metabolisme tidak akan berlangsung dengan baik.
Sit up biasanya dilakukan hanya sebagai latihan ringan untuk memperkuat otot pada bagian perut, namun jika melakukan sit up secara rutin maka gerakan otot perut akan membakar lemak pada anggota tubuh yang terhubung. Lemak pada bagian perut, pinggang dan dada bisa diatasi dengan melakukan sit up.
Memiliki bentuk pinggul yang indah akan menjadi hal paling menyenangkan bagi wanita. Untuk mendapatkan bentuk pinggul indah dan tidak terlihat berlemak dapat dilakukan dengan sit up. Sit up akan menjaga semua otot yang bekerja pada bagian perut, pinggul dan kaki menjadi lebih stabil.
Otot dada yang kuat dan sehat akan terlihat dari bentuk dada yang sesuai dengan postur tubuh. Bagi wanita memiliki otot dada yang kuat akan menjadi hal yang sangat menyenangkan. Ketika melakukan sit up maka ada gaya tarik yang sangat besar antara bagian perut saat bangun dan perut saat posisi tidur. Kekuatan otot lengan yang berusaha untuk membuat otot perut bekerja maksimum akan mendukung pembentukan dada secara alami seperti manfaat push up.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda yang ingin medapatkan badan yang tegap, salah satu bahagian yang penting ialah bahu. Tapi apakah senaman yang terbaik untuk membina otot bahu?
Di antara senaman yangs ering dilakukan oleh ramai penggiat aktiviti kecergasan ialah ‘shrugs’.
Secara asasnya senaman shrugs merupakan sejenis bentuk latihan tambahan dalam rutin senaman anda untuk membina otot badan lebih kuat di bahagian bahu.
Senaman ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada kettlebell atau dumbbell. Tapi adakah anda melakukan senaman shrugs dengan betul selama ini?
Sebelum mula bersenam adalah amat penting anda memberikan tumpuan kepada gerakan yang betul semasa melakukan shrugs. Dengan kedudukan postur serta tangan yang betul anda akan mendapat hasil lebih berimpak.
Terdapat beberapa cara bagaimana anda boleh melakukannya:
Pertama sekali semasa melakukan shrugs pastikan anda melihat ke bawah. Secara teorinya anda akan melakukan pusingan yang lebih lengkap pada kedudukan ini. Namun harus hati-hati agar tidak jatuh ke depan.
Melihat ke bawah boleh membuatkan servikal tulang belakang berada pada kedudukan baik untuk melakukan shrugs.
Pastikan juga tangan anda yang memegang bebanan berada betul-betul lurus ke bawah. Jika anda perhatikan ramai orang silap dengan membengkokkan lengan mereka.
Ini boleh menyebabkan momentum dan penggunaan tenaga lebih tinggi ke hadapan.
Jika anda perhatikan ada rakan-rakan melakukan shrugs dengan mengangkat tangan ke depan – jangan tiru dan lakukannya!
Pastikan tangan anda rapat ke badan dengan tangan menggenggam bebanan lurus ke bawah. Postur badan harus sentiasa baik dengan bahu ke belakang dan ketatkan bahagian perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak kecil ita selalu dipesan agar untuk selalu membasuh tangan terutamanya sebelum makan. Namun tahukah anda bahawa tabiat membasuh tangan selain sebelum makan mampu melindungi kita daripada pelbagai jenis kuman?
Apatah lagi sebenarnya dalam aktviti harian kita semenangnya senang terdedah dengan pelbagai kuman serta bakteria terutamanya di peralatan atau peranti.
Anda mungkin terkejut dengan senarai barangan yang terdapat dalam senarai MASKULIN kongsikan di bawah. Jom ikuti 10 barangan atau perlaran yang sering terdedah dan menjadi ‘sarang’ kuman.
Jadi sebelum dan selepas menyentuh kesemua barangan yang dinyatakan di atas, anda bolehlah amalkan basuh tangan dengan air atau cecair atau buih anti-bakteria.
Ingat amalan itu mungkin anda anggap remeh tapi sebenarnya mampu menyelamatkan nyawa anda.
Sumber:
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hobi penting untuk keseimbangan hidup, tetapi apabila bergelar suami dan bapa, lelaki perlu tahu keutamaan. Keluarga bukan penghalang kebebasan, sebaliknya amanah yang menuntut kehadiran.