Ramai yang ingat sakit belakang hanya menyerang orang yang sudah meningkat usia sahaja. No, tanggapan itu salah sama sekali. Sakit belakang ini dia boleh datang umpama bekas teman wanita yang berdendam dengan kau lalu dia bongkar segala keburukan ketika bersama dengan dia.

Well, sort of.

Jika tak pernah kena sakit belakang anggaplah diri anda bertuah. Mengapa? Sebab ia memang sakit dan boleh merencatkan segala aktiviti harian. Golongan lelaki biasanya sangat terdedah dengan risiko sakit belakang.

Menurut penulis buku berjudul Back Mechanic, Stuart M. McGill, “sakit belakang ini adalah satu perkara yang unik kerana ia adalah satu kondisi yang kita tak akan dapat biasakan diri sampai bila-bila”.

Sakit Belakang? Ini Struktur Asas Tulang Belakang Yang Wajib Anda Tahu

IKLAN

Tapi anda jangan risau. Jangan pula kalau ada sakit belakang terus rasa nak menangis di bawah pancuran air dalam bilik mandi. Pada zaman sekarang sudah banyak cara untuk mengubati sakit belakang dan pelbagai makanan atau suplemen untuk menguatkan tulang belakang.

Oleh sebab itu amatlah penting untuk mengetahui sikit sebanyak tentang struktur tulang belakang. At least kalau berlaku kecederaan kita tahu bahagian yang bermasalah.

1. Vertebrae

Tulang belakang mempunyai 33 tulang berbeza yang bermula dari bahagian bawah tengkokrak hingga ke tailbone atau tulang ekor. Ia melindungi saraf yang melalui spinal canal. Selain itu, otot dan ligamen juga menyelaputinya untuk membantu tulang belakang menanggung berat badan.

IKLAN

2. Disk

Ia menyambungkan setiap tulang belakang atau vertebrae dan bertindak seperti penyerap hentakan dan juga gam. Kecederaan slip disk berlaku apabila bahagian disk terkeluar daripada tempatnya. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan kesakitan yang amat menyakitkan.

BACA: 5 Punca Ketiak Berdaki & Leher Hitam. Hey Bro, Ini Cara Atasinya!

3. Cervical spine

Bahagian ini mengandungi vertebrae yang membentuk leher. Kesakitan otot adalah satu perkara lazim berlaku dan biasanya akan sembuh dengan sendiri. Namun jika berlaku kondisi whiplash atau gerakan leher mengejut seperti terlibat dalam kemalangan ia boleh menyebabkan kecederaan parah dan maut.

IKLAN

Sakit Belakang? Ini Struktur Asas Tulang Belakang Yang Wajib Anda Tahu

4. Thoracic spine

Ini merupakan segmen tulang belakangyang terletak di bahahian belakang tulang rusuk, Ia mempunyai saiz yang paling panjang tetapi paling rendah risiko berdepan kecederaan. Jika berlaku rasa tak selesa di bahagian ini biasanya ia disebabkan oleh keletihan atau daripada aktiviti senaman.

5. Lumbar spine

Terletak di bahagian bawah dan merupakan kawasan di mana sakit belakang berlaku. Antara sebab utama ialah bila seseorang duduk terlalu lama dalam keadaan postur yang salah. Sakit belakang juga berlaku bila menggunakan teknik yang salah untuk mengangkat objek berat.

6. Koksiks

Juga dikenali sebagai tailbone atau tulang ekor. Biasanya kecederaan agak jarang berlaku di kawasan ini melainkan berlaku kecederaan apabila terjatuh dalam keadaan duduk dan tulang ekor mendapat hentakan kuat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI