Tidak dapat dinafikan Timberland merupakan jenama yang sangat sinonim dengan kasut but.
Sejak berdekad lamanya Timberland telah menjadi pilihan bukan sahaja di kalangan penggemar aktiviti lasak dan menjelajah tetapi ia juga sudah sebati sebagai antara kasut popular dalam pelbagai fesyen sub budaya.
Dengan sejarahnya yang kaya dengan kepakaran mencipta pelbagai barangan khususnya untuk aktiviti outdoor, Timberland tidak pernah gagal mengetengahkan rekaan-rekaan terkini yang muncul bersama teknologi terbaru.
Untuk koleksi musim Fall/Winter 2019, Timberland memperkenalkan dua produk yang mampu memberuikan perlindungan serta membangkitkan gaya urban dalam suasana cuaca tidak menentu.
Koleksi Ultimate Boot dan Ultimate Winter Jacket merupakan dua ciptaan terbaru Timberland yang direka dengan menggunakan silver-rated tannery serta mendapat pengiktirafan daripada Leather Workign Group kerana mengamalkan praktis mesra alam sekitar.
Ads
Timberland juga menyerapkan teknologi terbarunya di dalam koleksi Ultimate Boot iaitu TimberGrip, sistem sole atau tapak kasut yang dihasilkan daripada kompau getah berasakan bio.
Ia bukan sahaja memberikan cengkaman terbaik tetapi mempunyai kemampuan untuk digunakan di atas permukaan licin.
Ads
Manakala teknologi Primaloft pula menawarkan keselesaan maksimum kepada pemakainya dan juga sangat ringan. Bagi model but 6 inci pula, ia turut dilengkapi dengan TimberDry, sejenis membran tahan kering bagi memberikan perlindungan ekstra.
Koleksi Ultimate Boot ini boleh didapati dalam pilihan 6 inci dan juga Chukka.
Ultimate Winter Jacket pula sesuai digunakan untuk menghadapi pelbagai jenis cuaca ekstrem contohnya hujan lebat seperti di negara kita. Inovasi teknologi DryVent menyaksikan jaket ini berfungsi dengan baik dan tidak panas selain itu ia turut kalis air.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang sentiasa peka dengan perkembangan industri hiburan dan kecantikan di negara kita pastinya sudah tidak asing dengan nama Dato Alha Alfa.
Figura tampan ini kini dikenali sebagai seorang usahawan yang sangat berjaya. Malah penglibatannya di belakang tabir atau secara terus sebagai penaja menerusi beberapa program hiburan mega telah menarik perhatian pengikut industri hiburan tanah air.
Mula dikenali sebagai seorang jurusolek profesional selebriti, Dato Alha Alfa kini memiliki sebuah empayar perniagaan yang berjaya menerusi AlhaAlfa Rich Legacy dan dia juga merupakan Pengarah kepada AlhaAlda Cosmetics.
Menerusi laman media sosialnya, Instagram beliau sentiasa berkongsi perjalanan kariernya dan juga secebis kehidupan peribadi.
Dan tak kurang juga gaya penampilan dengan citarasa festennya yang tersendiri. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 OOTD versatil Dato Alha Alfa.
Macam mana nak smart, kalau cara berpakaian anda pun salah? Tak kisahlah nak pakai baju murah atau mahal, paling penting pastikan cara berpakaian anda itu betul kerana ia melambangkan imej dan keperibadiaan diri anda.
Rupanya ramai lelaki tak sedar yang mereka telah melakukan kesalahan ketika berpakaian. Sebelum berpakaian, pastikan anda semak dahulu perkara-perkara ini. Pastikan anda tak buat 10 kesalahan berpakaian ini.
Bagi yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu jam. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.
Jika anda ingin menyarungkan jaket di luar, pastikan anda memilih t-shirt kosong dan tanpa corak. Sebenarnya memakai t-shirt bercorak dengan jaket di luar menampakkan penampilan anda lebih serabut.
Cuba anda lihat cara James Dean berpakaian? Cara Dean berpakaian sentiasa kelihatan klasik dan ringkas. Malah t-shirt kosong yang disarungkan bersama jaket walaupun nampak ringkas tetap menyerlahkan imej lelaki anda. Jadi tidak hairanlah jika Lana Del Rey menyanyikan, “Jeans biru, baju putih” dalam lagu hitnya.
Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita. Untuk lelaki adalah lebih baik untuk memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja.
Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.
Jangan memakai tali pinggang dan suspenders dalam masa yang sama kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.
Sesungguhnya tugas seterika pakaian bukanlah pekerjaan yang menyenangkan tetapi ia adalah keutamaan, jika anda ingin kelihatan kemas.
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri anda. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!
Tidak seperti kemeja atau t-shirt, sut tidak boleh dibeli sembarangan di kedai pakaian. Sebaiknya jika anda hendak membeli sut, pergilah berjumpa dengan tukang jahit supaya sut yang anda tempah betul-betul sepadan dengan saiz tubuh anda.
Jangan butang kesemua jaket atau kot anda, melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.
Sesetengah lelaki masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit dan dompet dalam poket mereka.
Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk menyimpan barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag. Elak meletakkannya di dalam poket supaya ia tidak nampak membonjol di kiri kanan paha anda.
Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubalah memakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.
Sumber: Bright Side
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahun baharu azam yang baharu. Begitu juga bila bercakap tentang fesyen. Saban tahun kita menyaksikan pelbagai trend datang dan pergi. Ada yang tidak terjangka menjadi ttrendy dan ada juga sudah diramalkan.
Memasuki tahun baharu 2020 adalah sukar untuk kita tidak membincangkan apakah gaya fesyen yang bakal popular.
Bak kat orang fesyen itu kadangkala berubah lebih pantas dari pasang surut. Malah ia juga bak roda – trend lama yang kembali menjadi ikutan penggemar fesyen.
Menerusi senarai di bawah yang MASKULIN kongsi anda pasti akan perasan akan trend yang sebelum ini pernah popular.
Ikuti ramalam MASKULIN tentang gaya yang bakal trending sepanjang tahun 2020.
Ini bukan tentang warna hitam ya. Apa yang MASKULIN maksudkan di sini ialah gaya sut yang mempunyai warna satu shade sahaja. Dengan potongan yang menarik sut satu warna boleh menampilkan sensasi klasik pada pemakainya.
Penggunaan ‘fanny pack’ secara tiba-tiba menjadi sangat popular pada tahun 2019. Jadi mengikuti trend itu cross body bag bakal jadi pilihan ramai lelaki. Dengan gaya beg silang di dada ia boleh menyerlahkan otot dada anda!
The good old vest! Bukan hanya dipadankan dengan sut malah ia boleh digayakan begitu sahaja. Serlahkan bentuk lengan anda dengan memakai vest sahaja. Padankan pula dengan seluar denim bagi penampilan lebih maskulin.
Trend tie-dye telah popular pada era 70-an sahulu. Dan kini ia bakal kembali menjadi trend sepanjang tahun 2020. Selain boleh memberikan gaya retro, corak tie-dye juga menghiasi banyak pertunjukan fesyen semasa pada masa kini.
Bila menyebut jaket kulit pasti ramai yang terbayang akan imej ‘bad boy’ atau penunggang motosikal berkuasa besar. Namun kini jaket kulit mempunyai banyak jenis gaya potongan. Jaket yng lebih longgar dan labuh semakin mendapat perhatian. Cuma jangan padankannya dengan denim. Gayakan bersama dengan seluar yang lebih minimal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang