
Dalam dunia kecergasan moden, satu trend semakin mendapat perhatian serius iaitu hybrid training. Gabungan antara latihan kekuatan, endurance dan functional fitness ini kini menjadi pilihan ramai yang mahukan prestasi menyeluruh, bukan sekadar satu dimensi sahaja.
Namun di sebalik popularitinya, masih banyak salah faham tentang bagaimana sebenarnya hybrid training perlu dilakukan.
MAKULIN sempat mendapatkan maklum balas dan temu bual bersama dua atlet Garmin dan pengasas Afterburn Training Club, Marcus Tan dan Isabel Fu. Mereka berdua tampil memberi perspektif sebenar berdasarkan pengalaman mereka di lapangan.
Hybrid Training Bukan Tentang Buat Semua Sekali Gus
Ramai beranggapan hybrid training bermaksud melakukan semua jenis latihan pada tahap maksimum dalam satu masa. Tetapi menurut Marcus Tan, tanggapan ini jauh daripada realiti sebenar.

“Hybrid training adalah tentang mengurus interference, membina kekuatan dan daya tahan pada masa sama tanpa membiarkan salah satu menjejaskan yang lain. Berbeza dengan latihan konvensional yang fokus kepada satu elemen, hybrid training memerlukan struktur yang jelas dari segi intensiti, volum dan recovery kerana keletihan akan terbawa,” jelasnya.
Isabel Fu turut bersetuju dengan pandangan tersebut dan menegaskan bahawa konsep buat semua sebenarnya boleh membawa kepada burnout.

“Hybrid training bermaksud melatih pelbagai jenis latihan secara tersusun. Ia tentang keseimbangan antara kekuatan, endurance dan tidak mengabaikan recovery. Lebih banyak bukan bermaksud lebih baik,” katanya.
Realiti Latihan Konsistensi Lebih Penting Daripada Intensiti
Dalam era media sosial, ramai terpengaruh dengan sesi latihan intensiti tinggi yang sering dipaparkan. Namun menurut Marcus, pendekatan ini tidak mampan dalam jangka panjang.
“Ramai beginner berlatih terlalu keras dan terlalu kerap. Mereka terus ke intensiti tahap perlumbaan tanpa membina asas terlebih dahulu. Di situlah burnout, recovery yang lemah dan prestasi mendatar berlaku. Hybrid training lebih menghargai kesabaran dan konsistensi berbanding intensiti,” katanya lagi.
Beliau juga memberi amaran kepada mereka yang cuba menyertai perlumbaan tanpa persediaan mencukupi.

“Anda mungkin boleh habiskan perlumbaan, tetapi anda tidak akan perform. Lebih teruk, risiko kecederaan meningkat. Tanpa persediaan, ia jadi survival, bukan prestasi.”
Isabel pula melihat satu lagi masalah yang sering berlaku, khususnya dalam kalangan wanita.
“Ramai terlalu fokus pada intensiti sampai abaikan asas seperti kekuatan, teknik dan recovery. Dengan peningkatan intensiti, ramai juga tidak memberi tenaga secukupnya kepada badan, dan ini menjejaskan recovery. Ada juga yang tidak ambil hari rehat dengan serius,” jelasnya.
Pengalaman Di Arena Pertandingan
Sebagai atlet yang aktif bertanding, Marcus Tan dan Isabel Fu turut berkongsi pengalaman berharga ketika beraksi dalam kategori Doubles dan Mixed Doubles bersama rakan tempatan serta antarabangsa di HYROX Bangkok.
Menurut Isabel, strategi dalam perlumbaan berpasangan sangat bergantung kepada komunikasi dan pembahagian beban.

“Sejujurnya, banyak perlumbaan saya lakukan dengan pembahagian 50 peratus, dan saya tidak sarankan itu. Jika bersama pasangan lelaki, mereka sepatutnya mengambil bahagian lebih berat, manakala wanita fokus kepada konsistensi dan pacing,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa bersama pasangan wanita, pendekatannya berbeza.
“Ia lebih kepada pembahagian seimbang dan sinkronisasi. Saya fokus kepada komunikasi, transisi dan memastikan output yang konsisten di setiap stesen. Adaptasi pada hari perlumbaan sangat penting, dan komunikasi adalah kunci,” jelasnya lagi.
Marcus pula menekankan kepentingan disiplin dalam kalangan atlet elit.
“Pada tahap itu, bukan tentang buat lebih banyak, tetapi buat apa yang perlu dengan tepat pada intensiti yang betul. Ramai kehilangan prestasi bukan kerana mereka tidak cukup fit, tetapi kerana salah mengurus effort,” katanya.
Peranan Data Dalam Latihan Moden
Satu lagi elemen penting dalam hybrid training moden adalah penggunaan data.
Marcus menjelaskan bagaimana metrik seperti heart rate zones, recovery level dan resting heart rate membantu beliau merancang latihan dengan lebih tepat.
“Ada masa saya rasa okay walaupun volum latihan tinggi, tetapi data menunjukkan recovery rendah dan resting heart rate meningkat. Bila saya kurangkan latihan beberapa hari, prestasi kembali meningkat. Tanpa data, saya mungkin terus push dan akhirnya burnout,” katanya.

Isabel pula menggunakan metrik seperti heart rate variability untuk memahami keadaan tubuhnya.
“Ada satu fasa di mana skor recovery saya rendah walaupun saya rasa okay. Dari situ saya sedar saya sebenarnya mengumpul keletihan tanpa sedar. Dengan melaraskan intensiti berdasarkan data, prestasi saya jadi lebih baik dan mindset saya berubah daripada train harder kepada train smarter,” jelasnya.
Sebagai atlet wanita, Isabel turut menekankan faktor fisiologi yang sering diabaikan.
“Ia tentang kesedaran, bukan sekatan. Ada bulan saya boleh berlatih lebih, ada masa saya perlu rehat. Yang penting adalah dengar badan sendiri dan elakkan overtraining, terutama bila badan sudah dalam keadaan stres,” katanya.
Masa Depan Hybrid Training
Melihat kepada perkembangan semasa, Marcus dan Isabel percaya hybrid training akan terus berkembang ke arah lebih tersusun dan profesional.
“Sekarang banyak dipacu trend, tetapi lama kelamaan akan ada fokus lebih kuat kepada kualiti coaching, programming dan data driven training,” kata Marcus.

Isabel pula melihat potensi besar di Malaysia.
“Saya nampak Malaysia akan berkembang lebih kuat dalam scene hybrid training, dengan latihan lebih tersusun, pendidikan lebih baik dan komuniti yang lebih besar untuk saling menyokong,” katanya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Sukan HYROX Kini Sangat Popular?
Evolusi Prestasi
Apa yang jelas, hybrid training bukan sekadar trend. Ia adalah evolusi dalam cara manusia memahami prestasi, keseimbangan dan kesihatan jangka panjang.
Seperti yang ditunjukkan oleh Marcus Tan dan Isabel Fu, kejayaan dalam hybrid training bukan datang daripada latihan ekstrem, tetapi daripada strategi, disiplin dan pemahaman terhadap tubuh sendiri.
Dan dalam dunia kecergasan hari ini, itu adalah kelebihan sebenar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




