Ads

Honda Prelude Kembali Ke Malaysia, Coupe Ikonik Kini Dengan Teknologi Hibrid S+ Shift Pertama Dalam Negara

honda prelude

Selepas lebih dua dekad menyepi daripada pasaran tempatan, Honda akhirnya menghidupkan semula salah satu model paling ikonik dalam sejarahnya apabila memperkenalkan Honda Prelude serba baharu di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026.

Model generasi keenam ini bukan sekadar mengembalikan nama yang cukup dekat dengan peminat jenama Honda, malah hadir sebagai simbol era baharu teknologi hibrid prestasi tinggi syarikat itu.

Ditawarkan pada harga RM278,000 tanpa insurans, Honda Prelude baharu tampil dengan gabungan elemen coupe sporty, teknologi elektrifikasi moden dan tahap keselesaan yang direka untuk kegunaan harian.

Honda Prelude Kembali Ke Malaysia, Coupe Ikonik Kini Dengan Teknologi Hibrid S+ Shift Pertama Dalam Negara

Kembalinya Sebuah Nama Legenda

Bagi peminat automotif era 1980-an dan 1990-an, nama Honda Prelude bukanlah sesuatu yang asing.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1978, Honda Prelude dikenali sebagai model coupe yang sering menjadi platform kepada pelbagai inovasi teknologi Honda. Ia antara model pertama yang memperkenalkan sistem empat roda stereng (4WS), selain terkenal dengan karakter pemanduan yang seimbang antara prestasi dan keselesaan.

Kini, selepas kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2001, Prelude kembali dengan identiti yang lebih moden menerusi falsafah pembangunan yang dikenali sebagai “Unlimited Glide”.

Honda Prelude Kembali Ke Malaysia, Coupe Ikonik Kini Dengan Teknologi Hibrid S+ Shift Pertama Dalam Negara

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki, model ini membuktikan bahawa teknologi hibrid tidak semestinya mengorbankan keseronokan pemanduan.

“Teknologi hibrid terus menjadi antara laluan paling realistik dan berkesan ke arah kelestarian alam sekitar sambil menawarkan prestasi, kemudahan dan keseronokan pemanduan yang diharapkan pelanggan.

Dengan pengenalan Honda Prelude serba baharu, kami memperkukuhkan lagi komitmen terhadap perjalanan ini. Honda Prelude Dmenjadi simbol bagaimana teknologi hibrid boleh meningkatkan keseronokan pemanduan sambil mengekalkan hubungan emosi yang sentiasa menjadi identiti kenderaan Honda.”

Enjin e:HEV Dengan Teknologi S+ Shift Pertama Di Malaysia

Antara tarikan utama Prelude baharu ialah penggunaan rangkaian kuasa 2.0-liter e:HEV yang menghasilkan 184PS dan tork maksimum 315Nm. Sistem hibrid ini direka untuk menawarkan pecutan responsif, penghantaran kuasa yang lancar serta kecekapan bahan api yang tinggi.

Namun yang benar-benar mencuri perhatian ialah pengenalan teknologi S+ Shift, buat pertama kalinya dalam barisan model Honda Malaysia.

Honda Prelude Kembali Ke Malaysia, Coupe Ikonik Kini Dengan Teknologi Hibrid S+ Shift Pertama Dalam Negara

Ads

Sistem ini berfungsi mengawal putaran enjin secara pintar ketika pecutan dan nyahpecutan bagi memberikan rasa pertukaran gear yang lebih semula jadi walaupun menggunakan sistem hibrid. Ia turut disokong oleh Active Sound Control (ASC) serta paparan dinamik pada meter kuasa bagi menghasilkan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan.

Pendekatan ini jelas menunjukkan usaha Honda untuk memastikan peminat pemanduan masih dapat merasai karakter sporty walaupun dunia automotif semakin menuju ke arah elektrifikasi.

Tiga Mod Pemanduan Untuk Personaliti Berbeza

Prelude turut dilengkapi tiga mod pemanduan utama iaitu Sport, GT dan Comfort.

Mod Sport memberikan tindak balas stereng dan pengendalian yang lebih agresif untuk mereka yang mahukan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan.

Honda Prelude Kembali Ke Malaysia, Coupe Ikonik Kini Dengan Teknologi Hibrid S+ Shift Pertama Dalam Negara

GT pula menawarkan keseimbangan antara prestasi dan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh, manakala Comfort direka untuk pemanduan santai dengan penghantaran kuasa yang lebih lembut dan stereng yang lebih ringan.

Honda turut memperkenalkan Individual Mode yang membolehkan pemandu menetapkan sendiri karakter enjin, suspensi, stereng, paparan meter dan bunyi enjin mengikut citarasa masing-masing.

DNA Type R Diserap Ke Dalam Prelude

Walaupun menggunakan sistem hibrid, Honda Prelude da tidak melupakan aspek pengendalian yang menjadi kekuatan tradisi Prelude.

Honda Prelude mewarisi beberapa teknologi casis daripada Civic Type R termasuk suspensi hadapan dual-axis strut dan Adaptive Damper System yang membantu meningkatkan kestabilan ketika mengambil selekoh.

Ads

Turut melengkapkan pakej tersebut ialah Agile Handling Assist (AHA), sistem yang membantu meningkatkan kestabilan dan keyakinan pemandu terutama ketika mengelak halangan atau mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

Honda Prelude Kembali Ke Malaysia, Coupe Ikonik Kini Dengan Teknologi Hibrid S+ Shift Pertama Dalam Negara

Menariknya, Prelude juga menjadi model Honda pertama yang dilengkapi fungsi Coasting Control Operation, iaitu sistem yang membolehkan kereta memperlahankan kelajuan secara lebih lancar tanpa memerlukan pemandu kerap bertukar antara pedal minyak dan brek.

Honda Prelude Kembali Ke Malaysia, Coupe Ikonik Kini Dengan Teknologi Hibrid S+ Shift Pertama Dalam Negara

Rekaan Coupe Yang Masih Menggoda

Dari sudut penampilan, Prelude baharu tampil dengan siluet fastback yang elegan dan moden.

Reka bentuknya diinspirasikan daripada pergerakan sebuah glider yang meluncur dengan lancar di udara, selari dengan konsep “Unlimited Glide” yang menjadi asas pembangunan model ini.

Honda Prelude Kembali Ke Malaysia, Coupe Ikonik Kini Dengan Teknologi Hibrid S+ Shift Pertama Dalam Negara

Bahagian hadapan menampilkan gril Black Chrome bersama lampu LED penuh, manakala bahagian sisi dipadankan dengan rim aloi 19 inci yang menempatkan angkup brek Brembo berwarna biru.

Ads

Sentuhan aksen biru pada bampar hadapan dan belakang pula menjadi petunjuk halus kepada identiti elektrifikasi model ini.

Kabin Premium Dengan Google Built-In

Di bahagian dalaman, Honda Prelude memperkenalkan konsep “Gliding Cockpit” yang memberikan rasa keterhubungan antara pemandu dan kenderaan.

Sistem infotainmen menggunakan skrin sentuh 9 inci lengkap dengan Google Built-In yang merangkumi Google Maps, Google Assistant dan Google Play secara terbina dalam.

Bagi pengalaman audio yang lebih premium, Prelude dilengkapi sistem bunyi Bose Premium Sound System.

Honda Prelude Kembali Ke Malaysia, Coupe Ikonik Kini Dengan Teknologi Hibrid S+ Shift Pertama Dalam Negara

Walaupun berstatus coupe dua pintu, Honda mendakwa ruang kargo Prelude masih cukup praktikal untuk memuatkan dua bagasi bersaiz sederhana, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian atau perjalanan jarak jauh.

BACA: Indikator ‘Dashboard’ Kereta Patut Anda Tahu Maksudnya

Simbol Era Baharu Honda

Prelude baharu bukan sekadar model nostalgia untuk peminat Honda.

Ia mewakili hala tuju masa depan Honda dalam menggabungkan teknologi hibrid, prestasi dan emosi pemanduan dalam satu pakej yang relevan untuk era moden.

Dengan harga RM278,000, waranti lima tahun tanpa had perbatuan serta waranti bateri lithium-ion selama 10 tahun tanpa had perbatuan, Prelude tampil sebagai antara model coupe hibrid paling menarik yang memasuki pasaran Malaysia ketika ini.

Bagi peminat Honda yang selama ini menunggu kepulangan nama legenda ini, penantian tersebut akhirnya berakhir di KLIMS 2026.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
maf running

‘MAF Running’, Teknik Larian Selamat Buat Lelaki Berusia 30 Tahun Ke...

Bentuk larian seperti 'MAF Running' cukup sesuai dilakukan oleh lelaki berusia 30 tahun ke atas di atas banyak faktor yang baik.