Apabila memiliki kenderaan sendiri, keselamatan adalah sesuatu yang paling kita titik beratkan namun jika berlaku kejadian luar jangka, pasti kita bersedih.
Misalnya biar pun kereta telah dikunci elok dan tersimpan rapi dalam pagar, jika pencuri tetap nekad nak buat ‘kerja jahatya’ itu, risiko untuk kehilangan kereta itu tetap akan ada.
Tak sangka kereta model nombor 6 yang sering dikaitkan dengan ‘hero’ dan ‘hebat’ di lebuh raya pun turut menjadi mangsa kerakusan pencuri.
Ads
Sepuluh model ‘panas’ yang biasanya menjadi sasaran pencuri adalah Proton Wira, Proton Iswara, Toyota Hilux, Perodua Kancil, Proton Saga, Perodua Myvi, Proton Waja, Honda City, Nissan Vannete dan Proton Satria.
Namun demikian, statistik menunjukkan berlaku penurunan tahun lalu sehingga 2,600 kes berbanding tahun 2017 yang mencecah sehingga 4,331 kes kecurian pelbagai kenderaan termasuk kereta.
Apa-apa pun sebagai pengguna, kita harus memastikan kenderaan kita selamat dalam pemantauan. Jika kawasan rumah belum ada CCTV, pasanglah satu di kawasan utama sebagai rekod dan bukti jika berlaku kecurian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Motosikal merupakan kenderaan yang paling digemari dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain harganya yang lebih murah berbanding kereta, motosikal juga praktikal digunakan.
Tapi tahukah anda, motosikal meliputi pelbagai kategori daripada skuter hingga motosikal berkuasa tinggi ke motosikal klasik dan cruise. Persoalannya, motosikal apa yang paling unik dan jarang ditemui di dunia? Hari ini penulis senaraikan lima motosikal yang paling unik dan sukar dijumpai di Dunia.
Munch Mammut 2000 – Hanya 15-unit yang pernah Dibina – Bernilai antara RM457,00 – RM684,000
Munch Mammut 2000 adalah sebuah motosikal yang dibina di Jerman antara tahun 1999 ke tahun 2001. Hanya 15 unit sahaja yang ‘keluar’ kilang daripada 250 unit yang dirancang. Harga runcit ditetapkan pada RM374,000, tetapi ia jauh melebihi kos pembuatan. Motosikal pengecas turbo (turbocharged) ini mempunyai 260 kuasa kuda, ia kekal sebagai salah satu motosikal paling berkuasa pernah dibuat.
Honda RC166 – Hanya 45 unit yang pernah dibuat – Bernilai antara RM4 juta – RM6 juta
Motosikal legenda perlumbaan dari tahun 1966 ini mendominasi kelas 250cc berkapasiti enjin enam silinder 24-injap yang boleh melonjak sehingga 18,000 rpm. 250cc enam silinder amat terkenal satu masa dahulu dan memandangkan ia adalah basikal lumba, tidak ada angka yang tepat tentang jumlah yang dibuat, dan tiada rekod jualan awam. Terdapat segelintir daripada mereka yang tinggal di dunia mereka bertukar tangan secara tertutup. Jika anda pernah berjaya mencari satu untuk dijual, anda harus mengharapkan untuk membayar sebanyak RM4 juta.
Hesketh V1000 – Kurang daripada 150 unit yang pernah dibina- Bernilai RM180,000
Motosikal unik ini dibina antara tahun 1982 hingga tahun 1984, dan walaupun enjinnya agak besar, ia hanya menghasilkan 86 kuasa kuda. Kelajuan tertinggi juga tidak perlu dibincangkan hanya boleh mencapai kelajuan tidak lebih 184-kilometer sejam dan ini bukanlah motosikal yang terpantas pernah dihasilkan. Hanya 136 unit pernah dibina daripada model utama dengan 24 lagi pengeluaran terakhir dijalankan dan diberi nama Hesketh 24.
Norton Manx – Sekitar 1,100 Unit dibina – Bernilai antara RM114,000 – RM684,000
Satu lagi motosikal buatan British, dan model ini adalah diinspirasikan daripada motosikal era zaman peperangan. Ia dibina di antara tahun 1946 hingga tahun 1962 dan hanya kira-kira 1,100 unit pernah dihasilkan. Nilai motosikal ini berbeza-beza bergantung pada umur, model, keadaan dan berapa banyak unit model sebenar yang tinggal di dunia. Satu Norton Manx 500 1954 telah dijual pada harga RM219,000 di Australia pada tahun 2021, terdapat satu tersenarai di Christie’s Auctions dengan anggaran harga RM114,000 hingga RM159,000 tetapi model yang jarang ditemui boleh melonjak harga sebanyak RM684,000.
Ecosse ES1 Superbike – Hanya 10 Yang Pernah Dibuat – Bernilai Antara RM1.3 Juta – RM 16 Juta
Motosikal paling mahal dalam senarai penulis, dibina 200 kuasa kuda V4 Ecosse S1 diperbuat daripada gentian karbon. Hanya 10 unit yang pernah dibina dan setiap satu mempunyai berat hanya 120 kg. Motosikal ini boleh mencapai kelajuan tertinggi 400 Kilometer sejam dengan prestasi aerodinamiknya yang unggul. Salah satu ES1 bertukar tangan dengan harga yang menakjubkan sebanyak RM16 juta sekaligus menjadikannya salah satu motosikal termahal pernah dijual.
Amat tidak enak bila berada dalam kereta yang dipasang penghawa dingin tetapi sepanjang masa ada bau yang tidak menyenangkan.
Apabila penghawa dingin ditutup bau tersebut pula boleh hilang. Maka anda pun menggaru kepala tanda kebingungan dari mana puncanya bau busuk apabila ia dipasang.
Lebih memburukkan keadaan lagi cuaca di negara kita yang sering panas dan hujan bersilih ganti. Itu juga memainkan peranan membuatkan masalah ini menjadi lebih teruk.
Usah pandang rendah dengan masalah ini kerena bau busuk boleh menyebabkan kita tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya ketika memandu. Bila tak fokus maka terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya.
Jadi apakah punca yang menyebabkan aircond kereta mengeluarkan bau kurang menyenangkan? Besar kemungkinan ia tiada kaitan dengan komponen penghawa dingin pun!
Berikut MASKULIN kongsikan beverapa punca utama mengapa masalah ini boleh berlaku.
Perkara basic yang boleh menyebabkan aircond berbau apabila digunakan. Kondisi pelapik kaki atau karpet kereta dan tempat duduk yang lembap boleh menyebabkan ada bau yang sangat tidak menyenangkan.
Oleh itu jangan amalkan minum di dalam kereta dan hadkan aktviti seperti itu. Jika berlaku tumpahan dan tidak dikeringkan dengan cepat, ia akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta anda.
Cuci air filter atau penapis atau filter dari semasa ke semasa. Jika tidak dibersihkan dalam jangka masa yang lama, debu yang terkumpul dan melekat boleh jadi punca aircond ada bau tak best.
Di komponen inilah biasanya menjadi lokasi kegemaran untuk kulat tumbuh. Ini kerana permukaan evaporator sering berada dalam kondisi lembap ketika aircond dihidupkan. Lalu menyebabkan kulat dapat tumbuh dengan mudah.
Pembentukan kulat di evaporator akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Dan bau ini akan memasuki ke dalam ruang kereta anda ketika aircond pertama kalinya dihidupkan.
Ya, penggunaan pewangi kereta yang terlalu banyak atau jenis bau pelik boleh jadi salah satu punca. Jika anda menggunakan secara berlebihan, ia akan menyebabkan bahan kimia di dalam minyak wangi itu melekat pada permukaan kereta. Apabila terbiar lama ia akan berubah jadi bau busuk.
Selain kurang berasa sejuk, salah satu petanda gas aircond anda semakin kurang atau telah habis ialah apabila ia mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Jadi jika ada bau, periksalah kandungan gas aircond sekali ya.
Jadi untuk mengelakkan perkara di atas berlaku, lakukan servis dan pemeriksaan secara berkala. Andai aircond mula ada bau kurang baik, usah biarkan ia berlanjutan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.
Bekerja di tengah kota metropolitan menuntut anda untuk beli kereta sendiri walaupun baru mula bekerja tidak sampai sebulan. Ini kerana mungkin terdapatnya tuntutan kerja yang memerlukan anda untuk ke lokasi tertentu dan tentunya jalan penyelesaian mudah adalah beli kereta sendiri.
Walaupun sistem kenderaan awam negara kita semakin berkembang, namun masih ada lagi beberapa tempat yang tidak berada dalam jangkauan kenderaan awam.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.