Banyak kita dengar, ada bengkel yang menjual tayar kitar semula atau menipu kerana mereka tahu tidak ramai orang yang tahu cara-cara untuk kenalpasti serta membaca kod nombor yang dicetak pada tayar.
Selain itu, ada juga yang lagi berani ‘mengukir’ semula bunga tayar dan menjualnya dengan harga yang murah. Sudahlah tayar tersebut botak, dijualnya semula kepada pengguna.
Di bawah ini adalah serba sedikit maklumat yang MASKULIN kumpulkan agar selepas ini anda tidak ditipu oleh penjual tayar serta keselamatan penumpang lain terjamin.
205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..
Jika ianya abjad yang terakhir, ianya seperti di bawah;
Ads
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..
2. Setiap tayar mempunyai 4 angka yang tercatit di sisi tayar
Contohnya 0514..
Ads
Ianya menunjukkan tayar baru keluaran kilang pada minggu ke 5 tahun 2014.
Di negara kita terdapat bermacan-macam jenis penunggang atau rider motosikal. Ada yang lebih selesa dengan motosikal kapcai, skuter, motosikal automatik, superbike dan bermacam jenis lagi.
Walau apa jua jenis motosikal yang anda bawa tapi ada satu perkara yang buat semua sama. Bila tiba masa motosikal harus diselenggara agar ia sentiasa berada dalam kondisi terbaik serta selamat untuk ditunggang.
Jangan pula anda menjadi rider yang selalu beranggapan asal motosikal boleh bergerak, itu sudah memadai. Kalau sentiasa dengan mentaliti begitu nampak gayanya motosikal anda memang tak lamanya nak tersadai akibat rosak. Dan apabila rosak kos untuk memperbaikinya juga akan menjadi sangat mahal.
Ramai yang leka dan buat-buat tak tahu akan kepentingan rutin servis secara berkala dan berjadual. Terdapat 5 jenis rutin servis yang sering dipandang remeh oleh penunggang motosikal.
Tanpa sistem brek yang baik dan sempurna anda boleh berdepan risiko kemalangan yang boleh meragut nyawaa. Jadi anda harus sentiasa peka dengan kondisi brek. Antara komponen yang perlu diberi perhatian ialah brek dram, brek pad dan brek cakera kerana ada tempoh tertuntu untuk pastikan ia tidak haus.
Antara masalah brek dram kerap berlaku ialah ia mengeluarkan bunyi nyaring motosikal bergerak. Jika brek belum haus, kemungkinan besar bunyi tersebut disebabkan debu-debu yang bersisa dalam dram atau brek dimasuki air. Bila ke bengkel anda boleh minta mekanik periksa dan cuci menggunakan semburan angin mampat.
Bila bercakap tentang motosikal semestinya ia lengkap dengan pelbagai komponen seperti hendal, tongkat, suspensi dan pelbagai bentuk skru serta nat. Kesemua komponen yang dilihat ringkas ini sebenarnya sangat penting. Anda boleh menjaganya dengan sentiasa meletakkan pelincir. Jika dibiar lama ia boleh berkarat dan sekaligus menyebabkan sukar dibuka serta boleh jadi reput.
Jangan sesekali anda biarkan rantai pacu menjadi terlalu longgar atau ketat. Antara yang kerap dibiarkan ialah rantai pacu yang longgar. Tahukah anda bahawa rantai pacu yang longgar boleh jejaskan prestasi motosikal. Jadi tak guna kalau motosikal cantik dan berkuasa besar tapi bab rantai pun tak boleh nak jaga.
Selain itu anda juga perlu memastikan rantai sentiasa diletakkan pelincir khas untuk rantai. Cuba elak guna minyak hitam terpakai atau pelincir lain yang bukan dikeluarkan untuk kegunaan rantai pacu.
Ini antara servis basic yang boleh dikatakan semua orang tahu. Menyelenggara minyak hitam bukan sekadar tuang dan tukar saja ya. Apatah lagi jika motosikal anda guna pelincir sintetik dengan tempoh penukaran lebih lama. Periksalah kondisi minyak hitam sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk anda perhatikan sebarang tanda yang mungkin oleh memberi indikasi keadaan enjin.
Tanpa tayar yang sempurna perjalanan anda dari poin A ke poin B boleh mengakibatkan anda berdepan risiko tinggi kemalangan. Namun begitu masih ramai yang mengabaikan kepentingan penjagaan tayar. Untuk pastikan tayar sentiasa berada dalam keadaan baik anda perlu pastikan tekanan tayar sentiasa berada pada tahap optimum.
Tayar yang tidak mempunyai angin mencukupi boleh menyebabkan motosikal sukar dikawal terutama apabila berada di kawasan selekoh. Pastikan anda periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali. Pam angin di dalam tayar dengan tekanan yang ditetapkan. Tahap tekanan boleh dirujuk seperti biasa yang terdapat pada tayar.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda terutamanya yang memiliki motosikal. Selamat menunggang dengan selamat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
‘RODA PANAS’ bakal kembali esok dengan episod ketiga di saluran Astro Naura. Selepas dua episod ‘RODA PANAS’ menampilkan selebriti dan kereta, pada episod kali ini pula peminat motosikal pastinya akan lebih menumpukan perhatian.
Apatah lagi selebriti jemputan untuk episod kali ketiga bukanlah salang-calang selebriti. Namanya memang cukup sinonim dengan dunia motosikal berkuasa tinggi terutamanya dari jenama Harley Davidson.
Buat peminat filem tahun 90-an dahulu, pastinya akan teringat imej rock Dato Awie bersama motosikal berkuasa tinggi seperti Harley Davidson menerusi filem-filem box-officenya seperti ‘Sembilu’, ‘Sembilu 2’ dan ‘Tragedi Oktober.
Malah tidak keterlaluan jika MASKULIN perkatakan bahawa legenda rock vokalis band Wings ini merupakan selebriti pertama yang akan terpacuk di fikiran kita apabila membicarakan artis dan motosikal berkuasa tinggi.
Menerusi episod ini, hos ‘RODA PANAS’, Remy Ishak akan membawakan anda mendekati Dato’ Awie dan motosikal kesayangannya, Harley Davidson Rod Glide CVO. Bagi anda yang tidak pernah tahu tentang motosikal jenama asal Amerika Syarikat, inilah episod yang boleh memberikan banyak pengetahuan da perkongsian terutamanya dari ‘otai’ berbisa, Dato Awie.
Selain mendalami spesifikasi Harley Davidson Rod Glide CVO, Dato Awie juga menceritakan pengalamannya selama berpuluh-puluh tahun menjadi rider Harley Davidson. Lebih menarik kisah bagaimana dia menyertai konvoi selama 14 jam dari Kuala Lumpur ke Hatyai!
“Saya suka motosikal sejak sekolah rendah lagi. Dan saya suka lukis motosikal. Bila besar saya tonton filem ‘Easy Rider’, menampilkan motosikal American Chopper. Dari situ saya tertarik dengan bentuknya dan muka pasang impian ingin memiliknya,” jelas Dato Awie.
Jika anda ingin tahun lebih lanjut mengenai motosikal Harley Davidson, pengalaman serta aktiviti permotoran yang pernah dilalui oleh Dato Awie, jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ episod-3 pada malam esok, 26 April 2021 pada jam 9:30 malam di Astro Naura, Astro Go dan ON Demand.
Ingat roda mantap, ingat RODA PANAS!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda minat kereta, pasti nama ‘timing belt’ sering anda dengar. Apa itu timing belt dan apakah langkah penjagaan yang betul? MASKULIN ada jawapannya.
Pada dasarnya ia adalah tali biasanya getah dengan gentian tegangan tinggi – yang menyelaraskan gerakan putaran aci engkol (crankshaft) dan aci sesondol (camshaft) di dalam enjin supaya injap terbuka dan ditutup pada waktu yang tepat semasa pengambilan setiap silinder dan lejang keluaran (strok ekzos), agar enjin kenderaan boleh bergerak.
Dengan kata lainnya, tali sawat atau timing belt dapat memastikan aci engkol dan aci sesondol dalam enjin kereta berfungsi dengan baik.
Ini adalah bahagian yang rumit dalam enjin, jika timing belt rosak, enjin tidak akan berfungsi lagi. Bagi sesetengah enjin, satu atau lebih injap mungkin akan tersekat apabila timing belt putus, sementara piston akan bergerak ke atas dengan kuat, menembusi injap terbuka.
Oleh itu, enjin anda mungkin akan mengalami beberapa injap dan piston yang pecah. Lebih buruk lagi ialah enjin mungkin rosak sama sekali. Ini berlaku jika injap dan rod menekan penutup enjin, manakala piston boleh pecah kerana aci engkol bengkok dan patah.
Semua ini, boleh mengakibatkan Kesan buruk dan membebankan jika timing belt rosak. Disebabkan itulah, pemilik kereta disyorkan untuk menukar timing belt mereka pada selang masa yang tetap bagi mengelakkan kerosakan dan kemerosotan.
Memandangkan penukaran timing belt tidak dapat dielakkan, terdapat cara untuk melindunginya supaya ia boleh tahan lebih lama, sehingga mengurangkan keperluan penggantian yang kerap. Perkara paling penting dalam kehidupan, kuncinya adalah
penyelenggaraan.
Untuk tali sawat, sebenarnya hanya memerlukan beberapa semburan WD-40 Specialist Automotive Belt Dressing. Ia menembusi gentian timing belt untuk memberi kelenturan dan fleksibiliti, serta membantu mengelakkan ia berbunyi dan mudah tergelincir. Malah ia juga memastikan timing belt anda tahan lebih lama.
Cara-Caranya:
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang