Apakah perkara yang mampu membuat seorang lelaki menoleh untuk kali kedua?
Ya, pertama sekali mungkin wanita cantik yang pastinya membuat ekor anak mata anda ‘mengejar’ mereka. Dan yang kedua kebiasaannya adalah kereta berkuasa tinggi yang cantik dan menawan!
Antara pembikin supercar yang popular di dunia ialah McLaren Racing Limited yang turut terkenal memiliki pasukan perlumbaan kereta Formula 1.
McLaren sering menampilkan inovasi dan teknologi canggih terkini di dalam kereta-kereta berprestasi luar biasa mereka. Namun yang terbaru ini agak unik kerana mereka menghasilkan model McLaren Senna bersaiz sebenar dengan menggunakan LEGO sepenuhnya!
Mereka memperkenalkan kereta model Senna bersaiz sebenar ini dikatakan bakal dipertontonkan kepada pengunjung Goodwood Festival di United Kingdom yang berlangsung pada bulan Julai nanti.
Ads
Menariknya, kereta replikas yang dibina dari LEGO ini dihasilkan oleh 42 orang pembina dengan menggunakan sebanyak 465,854 keping LEGO. Pembinaan ini mengambil masa selama lebih 5,000 jam! Ternayta membina replika LEGO ini lebih lama berbanding menghasilkan kereta sebenar. Ia ambil masa lima kali ganda lebih lama!
Walau bagaimana pun tidak semua komponen kereta ini dihasilkan daripada LEGO. Antara aksesori kereta yang tak menggunakan LEGO ialah stereng, tempat duduk karbon fiber, pedal racing, logo McLaren dan tayar Pirelli.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak kisahlah lelaki mahupun perempuan, tua atau muda jika jika berlaku kecemasan semua akan menjadi panik. Hal ini terjadi kerana kebanyakan dari kita tidak tahu atau mengerti apakah maksud simbol yang muncul di sebalik dash borad kereta.
Pekara ini tidak terjadi dikalangan wanita sahaja, ia juga boleh terjadi dikalangan lelaki. Ada juga lelaki yang masih tidak faham dan tahu tentang pekara-pekara basic kenderaan.
Di sini MAKSULIN beri sedikit ajaran untuk anda fahami maksud disebalik simbol yang muncul di dash board kereta anda.
1) Bateri
Jika timbul simbol sebegini itu tandanya bateri kereta anda semakin lemah. Walaupun kenderaan anda masih boleh di hidupkan tetapi lebih baik jika anda terus ke bengkel dan tukar bateri yang baru.
2) Airbag Sistem
Memang nampak seperti tidak serious, tetapi jangan diusik atau dibega dengan sendiri. Sistem airbag hanya boleh dibetulkan oleh individu yang mempunya kepakaran dalam teknologi ini.
3) Engine Management System
Ini adalah tanda enjin anda bermasalah, mungkin masala sensor kenderaan, sistem pendawaian atau sesuatu yang lebih serious berlaku. Segera bawa ke bengkel dan tukar apa yang patut. Jika anda ambil sambil lewa, nanti terpaksa overhaul enjin pula.
4) Suhu Enjin
Jika simbol seperti ini mucul, matikan kenderaan anda serta-merta dan periksa takat air dalam enjin, isi air dan biarkan untuk seketika, biarkan kenderaan anda sejuk. Segera ke bengkel kerana mungkin ada kebocoran pada radiator.
5) Minyak Enjin / Hitam
Lampu minyak enjin menyala itu tandanya minyak semakin berkurangan. Sila bawa kenderaan anda ke bengkel kerana mungkin ada kebocoran yang berlaku.
6) ABS (Advanced Braking System)
ABS direka untuk menghalang roda kereta daripada terkunci ketika membrek secara mengejut.Jika kenderaan anda dilengkapi dengan sistem ABS dan ia menyala ketika anda memandu bawa kereta anda ke bengkel dengan kadar segera.
7) Lampu Cecair Penyejuk
Ianya bermaksud ceciar penyejuk coolant di dalam radiator anda berada di tahap rendah, segera ke bengkel untuk tambah cecair penyejuk / coolant sebelum menggunakan kereta.
8) Lampu Amaran Minyak Break
Minyak break seharusnya perlu berada diantara min dan maksimum, jika minyak break sudah berkurangan segera pergi ke bengkel dan isi minyak break seperti apa yang di minta. Pastikan ia tidak melimpah sehingga ke ‘body’ kereta.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengeluar topi keledar, HJC mendedahkan grafik baru bertemakan Star Wars. Tema pertama X-Wing ditawarkan pada helmet ‘open face’ FG-70S. Kemudian ia dipadankan dengan visor berwarna oren.
HJC FG-70S diperbuat daripada kevlar terkini dan komposit matriks gentian kaca. Helmet itu juga dipadankan dengan rekaan pelapik Silvercool anti bakteria yang dapat mengurangkan kelembapan pada bahagian dalam.
Pelapik berkenaan boleh ditanggalkan dan dibasuh. Manakala pad pipi boleh digunakan pada semua saiz helmet. Harga model tersebut ialah £249.99 (RM 1,418.20).
Manakala tema kedua menggunakan skim semburan cat Kylo Ren pada topi keledar RPHA 11. Tema ini lebih merujuk kepada kuasa-kuasa sisi gelap dalam Star Wars. Helmet RPHA 11 menggunakan bahan-bahan gentian karbon, aramid dan gentian karbon-kaca hibrid yang menyumbang kepada berat lebih ringan.
Helmet berkenaan didatangkan dengan pilihan visor berwarna jernih atau gelap sebagai standard. Harga helmet tersebut lebih mahal iaitu £579.99 (RM3,290.29).
Selain tema Star Wars, HJC turut menawarkan topi keledar inspirasi filem dari produksi Marvel antaranya Spider-Man, Venom dan Ironman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bayangkan tengah bawa kereta waktu hujan, lalu lorong kanan nak potong lori.
Tapi bila tekan pedal minyak, kereta macam tak mahu gerak laju. Rasa berat, perlahan, dan kadang-kadang enjin pun berbunyi lebih kuat daripada biasa.
Memang boleh buat naik darah, terutama bila kita dalam keadaan tergesa-gesa.
Masalah ini bukan satu perkara asing, dan ia boleh berlaku pada mana-mana jenis kereta, tak kira manual atau automatik.
Bila kereta jadi ‘lemau’, ia biasanya berpunca daripada beberapa komponen penting yang gagal berfungsi dengan baik.
Sensor pedal minyak ni tugas dia adalah untuk menghantar signal kepada ECU (Engine Control Unit) tentang sekuat mana kita tekan pedal.
Kalau sensor ni rosak atau tak berfungsi seperti sepatutnya, signal yang dihantar jadi tak tepat.
Akibatnya, walaupun kita tekan minyak, ECU tak tahu kita nak pecut. Enjin pula tak bertindak balas, dan kita rasa macam bawa kereta yang “tak faham bahasa.”
Dalam jangka masa panjang, masalah ini boleh buat kita buang banyak minyak dan rasa prestasi enjin makin teruk.
Enjin perlukan udara yang cukup bersih untuk menghasilkan pembakaran yang sempurna.
Bila penapis udara (air filter) dah terlalu kotor atau tersumbat, udara susah nak masuk ke ruang enjin. Ini akan menyebabkan campuran bahan api dan udara jadi tak seimbang.
Macam mana nak kenal pasti? Kadang-kadang enjin akan berbunyi lebih kasar daripada biasa, dan anda mungkin rasa prestasi kereta merosot terutama masa nak naik bukit atau potong kenderaan lain.
Tukar penapis udara setiap 20,000 – 30,000 km, atau lebih awal jika sering memandu di kawasan berhabuk.
Fungsi penapis minyak (fuel filter) adalah untuk menapis kekotoran dari bahan api sebelum ia masuk ke enjin.
Tapi kalau penapis ni dah lama tak tukar atau tersumbat, pengaliran minyak jadi perlahan. Enjin pun tak dapat minyak secukupnya.
Sebaiknya tukar penapis minyak mengikut jadual servis biasanya setiap 40,000 hingga 60,000 km.
Pam minyak bertanggungjawab untuk menghantar bahan api dari tangki ke enjin dengan tekanan yang betul.
Kalau pam ni gagal berfungsi, minyak tak dapat disalurkan dengan lancar.
Ini menyebabkan enjin kekurangan tekanan bahan api sama macam kita minum air tapi straw bocor.
Gearbox automatik khususnya sangat bergantung pada torque converter untuk tukar gear dengan lancar.
Bila komponen ni rosak, gear susah nak tukar dan enjin akan kekal pada gear rendah walaupun kita tekan minyak.
Kesannya, kereta jadi berat dan bunyi enjin macam menjerit tapi kelajuan tak naik.
Minyak gearbox yang kotor atau kurang pun boleh jadi punca, jadi pastikan ia diperiksa secara berkala.
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.