Bateri kereta adalah komponen yang paling penting. Walaupun minyak kereta anda penuh setangki tapi kalau bateri kereta dah kong atau flat, ia tetap tak boleh bergerak.
Selalunya kalau bateri kereta kong atau flat, kita pasang kabel jumpstart dengan kereta lain. Tapi bagaimana kalau ketika kejadian itu tiada kereta lain?
Tak perlu panik kerana ada cara lain yang boleh anda gunakan untuk menghidupkan bateri kereta yang kong atau flat itu menggunakan battery charger portable. Cara mudah ini telah dikongsikan Salehudin Hawari di laman Facebooknya.
Di antara model paling ikonik diperkenalkan oleh BMW ialah BMW 700 Coupe. Dan kini secara eksklusifnya peminat automotif di Malaysia terutama di Kuching, Sarawal khususnya boleh me,ihat sendiri kehadiran model ikonik ini di depan mata!
Baru-baru ini, Regas Premium Auto telah memperlekenalkan kemunculan jentera luar biasa tersebut. Ia juga bersempena perasmian sudut Heritage di pusat pengedaran bertaraf perdana mereka di Kuching, Sarawak.
Menurut Prinsipal Pengedar di Regas Premium Auto Kuching, Gavin Tay, “BMW 700 Coupé merupakan sebuah jentera abadi dan yang serba klasik dalam sejarah BMW Group, dan kami berasa teruja untuk mempamerkan kenderaan ikonik ini di Regas Premium Auto.
“Apa yang menariknya ialah BMW 700 Coupé merupakan jentera BMW yang pertama menampilkan struktur monokok, dan ia telah membantu BMW keluar daripada kancah kemuflisan pada tahun 1959.
“Malah, model ini juga telah membina sebuah legasi dalam dunia automotif bagi kenderaan kecil, sporty dan bertaraf premium yang masih digemari oleh ramai peminat BMW, walaupun 50 tahun sudah berlalu sejak keluaran terakhirnya.”
Antara fakta menarik tentang model kereta ini ialah ia merupakan legasi Wolfgang Denzel, seorang jurutera automotif dan wakil pengedar bagi jenama ini di Austria. Denzel telah bekerjasama dengan pereka berbangsa Itali, Giovanni Michelotti untuk menggubah konsep kenderaan tersebut berdasarkan casis jentera BMW 600 pada waktu itu.
Dengan berbekalkan casis dan suspensi BMW 600 yang telah mantap penggunaannya, termasuk transmisi empat kelajuan ‘all-synchromesh’, diferensial gear serong, unit kuasa berkembar – yang pada asalnya digunakan pada motosikal BMW, kemudian telah ditingkatkan saiznya daripada 600 cc kepada 700 cc.
Model konsep ini telah diluluskan pada Oktober 1958, dan ia telah menjurus kepada pengeluaran varian Coupé dan Sedan oleh BMW.
Pada 9 Jun 1959, Lembaga Pengurusan BMW yang dipimpin oleh Ketua Eksekutif Dr. Heinrich Richter-Brohm telah merungkaikan BMW 700 Coupé yang baharu kepada orang ramai di Feldafing, Munich.
Ketibaannya telah diraikan di serata dunia kerana ia mampu mengekalkan tahap kelajuan dan pecutan yang tertinggi seperti model yang terdahulu – malah ia juga mampu melakukannya dengan ruang yang lebih besar tanpa berat berlebihan.
Pengeluar kenderaan premium ini berjaya menyerahkan lebih daripada 35,000 kenderaan pada tahun 1960, dan BMW 700 mencakupi 58% daripada seluruh pendapatan jenama ini. Penyerahan jentera BMW 700 telah mencecah 190,000 unit menjelang akhir tahun 1965.
Meskipun hanya dikeluarkan selama enam tahun, jentera yang jarang ditemui dan unik ini memperoleh status ikonik yang berkekalan dalam sejarah BMW Group, dan ia masih menambat hati ramai peminat BMW sehingga ke hari ini.
BMW 700 Coupé kini sedia untuk ditatap oleh umum, secara eksklusif di seksyen Heritage oleh Regas Premium Auto. Layari https://www.bmw-regas.com.my/ atau hubungi 082-467777 untuk mendapati butiran mengenai waktu kunjungan bagi seksyen Heritage ini dan membuat temujanji.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Toymaker Step2 berkolaborasi dengan McLaren Automotive bagi menghasilkan satu produk paling comel dan murah di bawah barisan McLaren. Model tersebut dinamakan sebagai Step2 McLaren 570S Push Sports Car. Kereta tolak yang sesuai buat anak kecil yang berminat dengan kereta.
Kereta tolak berkenaan bergerak dengan lancar menggunakan roda khas. Jana kuasa jentera berada di belakang model tersebut atau lebih mudah ialah ibu bapa ataupun pengasuh. Bergantung kepada siapa yang akan menolak Step2.
Walaupun tidak dilengkapi dengan enjin V8 twin turbo seperti 570S yang sebenar, tetapi kereta kecil itu memiliki lebih banyak ruang pemegang cawan berbanding model produksi. Menariknya model tersebut didatangkan dengan hendal yang boleh dilipat untuk mudah disimpan dan diangkut ke mana sahaja. Toymaker Step2 menamakan hendal berkenaan sebagai Whisper Wheels.
Kemudahan lain yang disediakan ialah kargo besar di bawah kerusi untuk memudahkan anak kecil meletakan permainan dan makanan ringan. Pada bahagian stereng tersedia butang audio yang akan menghasilkan bunyi elektronik apabila ditekan.
Hanya ditawarkan dengan satu warna Ventura Orange (Oren), Step2 dijual pada harga $79.99 (RM343.60) seunit. Model tersebut bakal berada di pasaran pada September depan dan beberapa pilihan warna badan lain akan menyusul kemudian.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini jenama Tesla mula meniti di bibir peminat automotif di Malaysia. Di Amerika Syarikat, Tesla sudah menjadi jenama kenderaan elektrik yang terulung dan cukup disegani.
Di antara model yang cukup dinantikan ramai oleh peminat automotif ialah Tesla Cyvertruck. Sejak diumumkan empat tahun lalu iaitu pada tahun 2019, ramai menantikan apakah kelainan yang akan dibawa oleh Cybertruck selain rupanya yang dilihat cukup berbeza, agresif dan juga futuristik.
Baru-baru ini Tesla akhirnya menghantar 10 Cybertruck pertama mereka dan mendedahkan semua spesifikasi yang sangat kita nantikan.
Selama acara penghantaran yang bermula hampir 30 minit lewat dan menarik sekitar 113,000 penonton langsung di X, Elon Musk mengirimkan trak pikap sepenuhnya elektrik pertama Tesla kepada pembeli sebenar mereka.
Model canggih ini menawarkan jarak perjalanan 320 batu dan kapasiti menarik seberat 11,000 paun.
Ia mempunyai kelajuan maksimum 130 mph, memiliki kuasa kuda 835 dan tork 10,296 lb-ft, dan mampu memecut dari 0 hingga 60 mph dalam masa hanya 2.6 saat. Prestasi ini begitu mengagumkan sehingga Cyberbeast dapat mengalahkan Porsche 911, bahkan ketika menarik kereta sukan tersebut, seperti yang dipamerkan oleh Tesla.
Tapi ada beberapa ciri-ciri yang cukup unik dan istimewa yang mungkin ramai tak tahu tentang Cybertruck. Ikuti 10 ciri-ciri tersebut di bawah;
Berbeza dengan gagang pintu tradisional, Cybertruck akan menggunakan butang untuk membuka pintu kira-kira satu inci atau lebih. Ini berlaku baik untuk baris depan dan belakang, tetapi anda juga boleh mengkonfigurasi pintu Cybertruck untuk membuka secara automatik saat anda mendekatinya berkat aplikasi Tesla.
Tesla merasakan ia perlu untuk menyertakan pembuka penutup botol di bahagian belakang Cybertruck, tepat di bawah lampu katil trak. Ini adalah tambahan kecil yang sesuai dengan sub-trunk yang boleh berfungsi sebagai pendingin kerana mempunyai lubang saliran.
Menerusi video preview dari YouTuber popular, MKBHD, kita boleh saksikan dimensi yang diukur untuk model produksi Cybertruck ternyata lebih kecil (sekitar 5 peratus) daripada prototaip asal.
Ia bukanlah perkar mengejutkan kerana Cybertruck telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan banyak perubahan telah berlaku sejak itu. Walau bagaimanapun, ini masih merupakan pengecilan sekitar lima peratus, menjadikan Cybertruck lebih mirip dalam saiz dengan Ford F-150 Lightning.
Reka bentuk roda Cybertruck ini sama uniknya dengan reka bentuk luaran keseluruhannya. Namun, jika anda ingin penampilan yang lebih standard, anda boleh menanggalkan penutup hub roda plastik untuk aliran udara dan peredaran yang lebih baik.
Memasangnya kembali sangat mudah, hanya dengan mengklik penutup hub dua bahagian plastik itu kembali ke roda, yang akan memberikan aerodinamik dan jarak perjalanan yang lebih baik.
Jika anda merancang untuk membawa Cybertruck ke luar jalan raya, anda pasti akan bersyukur kerana Tesla telah menyertakan sebuah kamera hadapan yang dapat membersihkan dirinya sendiri.
Di skrin sentuh, anda boleh menekan butang apabila anda melihat melalui kamera hadapan yang akan membersihkannya dengan cepat untuk kejelasan pandangan yang lebih baik.
Jika anda ingin melakukan penyesuaian pada Cybertruck anda, kebanyakan fungsi dapat diuruskan melalui skrin sentuh berukuran 18.5 inci.
Yang lebih menarik, Tesla telah merekabentuk UI tersebut untuk menunjukkan representasi digital Cybertruck anda yang sesuai dengan keadaan sebenar, sama ada tingkap anda dilongsorkan ke bawah, penutup Tonneau ditarik ke belakang, atau anda menggerakkan stereng.
Adakah Tesla Cybertruck akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat? Sama-sama kita nantikan.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.