Pernahkah anda mengalami situasi di mana cermin kereta pecah akibat batu yang melantun daripada mesin pemotong rumput?
Ramai yang tidak tahu bahawa mereka sebenarnya boleh membuat tuntutan ganti rugi daripada syarikat pemotong rumput yang bertanggungjawab.
Jangan panik jika perkara ini berlaku kepada anda!
Ikuti langkah-langkah ini untuk mendapatkan ganti rugi tanpa perlu mengeluarkan wang sendiri.
Foto : Gempak
Langkah Pertama Hentikan Kereta dan Kumpul Bukti
Jika batu daripada mesin rumput terkena cermin kereta anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah memberhentikan kenderaan di tempat yang selamat.
Jangan terus memandu kerana anda mungkin memerlukan bukti di lokasi kejadian.
Ambil gambar dan rakam video yang menunjukkan keadaan cermin kereta yang pecah serta lokasi kejadian.
Ads
Bukti ini penting untuk memudahkan proses tuntutan nanti.
Dapatkan Maklumat Syarikat Pemotong Rumput
Seterusnya, cari pekerja yang mengendalikan mesin pemotong rumput tersebut dan tanyakan nama syarikat serta penyelianya.
Kebiasaannya, pekerja ini diupah oleh syarikat yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan landskap untuk majlis perbandaran atau syarikat swasta.
Jika mereka enggan memberi kerjasama atau cuba mengelak, catat nombor pendaftaran kenderaan syarikat mereka (jika ada).
Buat Tuntutan Ganti Rugi
@lawyergandhi Cermin Kereta Pecah? Jangan Bayar Sendiri! 1️⃣ Tengah drive, tiba-tiba batu kena cermin? Ini biasa berlaku bila ada orang tengah mesin rumput 2️⃣ Ramai tak tahu – cermin kereta boleh diganti secara PERCUMA! Jangan bayar sendiri dulu 3️⃣ Kebanyakan syarikat pemotong rumput ada insurans Jadi, kalau ini berlaku, ikut langkah berikut: 🔹 Jangan panik! Berhenti & dapatkan info penting: ✔️ Nama syarikat & pekerja ✔️ Nama & no. telefon penyelia 4️⃣ Ambil gambar cermin pecah & kawasan sekitar sebagai bukti 5️⃣ Hubungi penyelia syarikat – mereka akan datang lihat & rekod kerosakan. 6️⃣ Anda akan diberi bengkel panel untuk tukar cermin 7️⃣ Hantar gambar cermin & model kereta ke bengkel 8️⃣ Paling best? Insurans syarikat pemotong rumput akan tanggung kos sepenuhnya 9️⃣ Kalau pemotong rumput lari? Pergi ke majlis perbandaran untuk dapatkan info kontraktor bertugas! 💬 Pernah alami situasi ni? Komen di bawah #CerminKereta#TipsBerguna#lawyergandhi#30hari30undang2#insurancekereta#pemotongrumput♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami
Ads
Menurut peguam terkenal di TikTok, @lawyerghandi, syarikat pemotong rumput bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku akibat kerja mereka.
Anda boleh menuntut ganti rugi dengan menghubungi syarikat tersebut dan menunjukkan bukti yang anda kumpulkan.
Kebanyakan syarikat mempunyai perlindungan insurans untuk situasi seperti ini, jadi mereka sepatutnya menggantikan cermin kereta anda tanpa banyak masalah.
Jika pekerja pemotong rumput melarikan diri atau enggan memberi maklumat, anda boleh pergi ke pejabat majlis perbandaran di kawasan tersebut.
Mereka biasanya mempunyai rekod syarikat yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pemotongan rumput.
Tampil bak jet pejuang yang meluncur senyap. Penampilan serba elegan terbaru Mercedes-AMG GT dengan warna ‘hitam malap’ benar-benar menarik perhatian penggemar automotif.
Selepas memperkenalkan edisi ‘Black’ pada bulan Julai yang lalu, Mercedes-AMG kini menampilkan versi Stealth Edition. Ia juga merupakan edisi prestasi tinggi GT yang bukan sahaja lebih laju malah penampilannya yang lebih ‘sleek’ dan garang.
Mercedes-AMG GT Stealth Mode ini bakal ditampilkan dalam dua versi iaitu coupe dan convertible. Ia juga bakal menerajui model Mercedes-AMG GT bagi tahun 2021.
Edisi istimewa ini turut menampilkan kemasa dan juga ciri-ciri eksklusif. Antaranya dilengkapi Exterior Night Package di mana ia mengandungi gril radiator krom, lampu hadapan dengan tona warna hitam, calipers hitam dan juga rim hitam berukuran 19 dan 20 inci.
ELEGAN & TAHAN LASAK
Bahagian bumbungnya juga diperbuat daripada bahan tahan lasak dan ringan karbon fiber. Untuk bahagian dalamannya juga, ia turut tampil dengan beberapa toba warna hitam seperti hitam biasa, hitam metalik obsidian, kelabu selenite metalik dan kelabu graphite designo.
Manakala dari segi prestasinya ia boleh dikatakan menyamai model 2021 GT dengan kekuatan enjin hampir 523 kuasa kuda. Mercedes-AMG GT mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.7 saat.
Bagi anda yang mempunyai hobi mengumpul kenderaan miniatur menarik, boleh dapatkannya di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suatu masa dahulu, perkhidmatan dron menghantar barangan dari pusat operasi ke halaman rumah cuma boleh dilihat dalam filem fiksyen sahaja.
Namun tahukah anda bahawa di Cyberjaya, perkhidmatan tersebut sudah menjalani proses pilot dan akan beroperasi sepenuhnya pada penghujung Jun 2019.
Maknanya, orang-orang di sana sudah boleh memesan makanan tanpa perlu keluar dari rumah atau membazir minyak kereta lagi.
Maju betul ya?
Memetik laporan Bernama, perkhidmatan itu diuruskan oleh syarikat Average Dron Sdn. Bhd. yang sudah berpengalaman dalam industri dron sejak tahun 2014.
Dalam masa sama, syarikat itu turut bekerjasama dengan syarikat di bawah pengurusan Cyberview iaitu Futurise.
Khidmat hantar makanan dalam masa singkat
Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Average Drone, Hamdee Hamdan, Futurise berkongsep menghantar makanan dalam masa singkat di kawasan berdekatan.
Perancangan percubaan itu melibatkan tempoh tiga bulan dan membabitkan penghantaran makanan di kawasan yang berada dalam lingkungan dua kilometer dari bangunan Futurise.
Dalam erti lain, dron boleh terbang dalam radius 2 kilometer atau jarak terbang dalam 15 minit selepas tempahan dibuat.
Caj cuma RM2.50 jer?
Antara menu yang ada ditawarkan setakat ini cuma melibatkan mee, nasi, burger, sandwich, kuih-muih serta buah-buahan.
Menariknya lagi, perkhidmatan yang menggunakan perkhidmatan dron ini cuma mengenakan cas tambahan sebanyak RM2.50 sahaja.
Selain itu, aplikasi mudah alih juga sedang dibangunkan pada peringkat akhir bagi memudahkan pelanggan membuat tempahan makanan.
Dikenali sebagai Express Food
Dron yang memiliki 8 bilah itu dikenali sebagai Express Food dan ia mampu membawa makanan seberat 800 gram untuk setiap penerbangan.
Jika berjaya, jumlah berat yang boleh ditampung pada masa depan akan ditambah selain dron tersebut juga sedang menjalani ujian penerbangan dalam suasana hujan.
Modifikasi kenderaan merupakan satu hobi yang sangat popular di negara kita. Sama ada kereta, motosikal, van mahupun bas sekali pun – modifikasi mendapat tempat yang cukup istimewa di kalangan peminat auto.
Akan tetapi terdapat batas dan peraturan tertentu yang telah ditetapkan oleh piha berkuasa akan tahap modifikasi yang dibenarkan. Ini bertujuan memastikan keselamatan dan juga keseleaan pengguna jalan raya yang lain.
Salah satu modifikasi yang tidak kurang popular ialah penggunaan hon yang melebihi satu nada atau berirama. Kenderaan seperti kereta, van atau bas biasanya dilengkapi hon standard yang mengeluarkan bunyi satu nada sahaja.
Namun kini seakan sudah menjadi trend ubah suai hon yang mengeluarkan bunyi melebihi satu nada atau berirama sangat popular. Perkara ini dapat diperhatikan dan sangat popular di kalangan pemandu trak, lori dan juga bas.
Tapi ramai yang tidak tahu bahawa modifikasi atau ubah suai hon seperti itu merupakan satu kesalahan undang-undang.
BOLEH DIDENDA & DIPENJARA
Tahukah anda bahawa kenderaan yang menggunakan hon tersebut boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Nazli Md Taib berkata, Operasi Penguatkuasaan Hon Melebihi Satu Nada atau Berirama telah dijalankan sejak 1 Mac lalu di sekitar negeri ini hasil aduan awam.
Jelasnya, hon seperti itu kini semakin popular di kalangan pemandu dan pemilik kenderaan berat seperti lori dan bas. Hon merupakan instrumen penting pada sebuah kenderaan yang berfungsi memberi amaran, peringatan atau isyarat kepada pengguna jalan raya yang lain dengan sistem bunyi.
“Namun begitu penggunaan hon yang melebihi satu nada atau nada berirama ini boleh mengelirukan pengguna jalan raya lain tentang isyarat yang ingin disampaikan serta boleh mengganggu ketenteraman awam sekiranya dibunyikan di kawasan perumahan,” jelasnya lagi.
Pengguna atau pemilik kenderaan menggunakan hon seperti dinyatakan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ia membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan.
Selain itu, pemasangan hon kategori tersebut secara aksesori (retrofit) juga boleh diambil tindakan saman di bawah Kaedah 24(i) Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu ‘memasang hon melebihi satu nada’.
“Pemilik kenderaan perlu hadir pemeriksaan di mana-mana Pejabat JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut telah dibuat tindakan pembetulan dengan membuang semula ‘hon tenonet’ yang dipasang. Notis Penarikan Semula Larangan Penggunaan Kenderaan (PG2) akan dikeluarkan selepas pemeriksaan kenderaan dibuat.
“Kompaun juga perlu dijelaskan atau kes dibawa ke mahkamah bagi tindakan lanjut,” katanya.
Tegas beliau, penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.
Jangan lupa follow IG Maskulin untuk update terkini gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.