Nama pemain badminton negara, Lee Zii Jia, sekali lagi jadi bualan ramai. Bukan sebab prestasi di gelanggang, tapi kerana tindakan misteri di media sosial yang buat ramai tertanya-tanya — apa sebenarnya yang sedang dia lalui?
Baru-baru ini, Zii Jia memuat naik beberapa foto ilustrasi berunsur pelik dan gelap di akaun Instagram miliknya. Antara gambar yang dikongsi termasuk wajah terbakar, muka dicucuk jarum, jasad individu terbaring dengan darah mengalir serta suasana keliling yang gelap dan suram.
Lebih pelik, Zii Jia turut menukar display picture Instagram kepada warna hitam kosong. Tanpa sebarang kapsyen atau penjelasan, aksi ini pantas mengundang spekulasi dalam kalangan netizen.
Ads
Petanda Tekanan Emosi?
Ramai yang mula risau. Ada yang kaitkan dengan kemurungan, ada yang anggap ini cara Zii Jia meluahkan perasaan. Sebagai atlet yang bawa harapan negara, tekanan adalah sebahagian daripada cabaran hidup — itu fakta yang semua lelaki kena hadap, terutama bila berada di puncak kerjaya.
Ruangan komen di Instagram Zii Jia dibanjiri dengan kata-kata semangat.
Realiti Lelaki & Tekanan Mental
Ads
Lelaki selalu digambarkan kuat, lasak, tahan cabaran. Tapi realitinya, siapa pun tak terkecuali daripada gangguan emosi, kemurungan, tekanan hidup — termasuklah atlet sehebat Zii Jia. Dalam dunia lelaki, bila emosi tertekan tapi tak luah, itu yang boleh memakan diri.
Ads
Kesihatan mental bukan soal lemah, tapi soal kesedaran. Ramai lelaki terlalu fokus nak berjaya sampai abaikan aspek emosi dan mental. Bila burnout, bila prestasi turun, bila tak ada support system — itu yang bahaya.
Sebagai lelaki, kita kena saling support. Kalau bro rasa tekanan, jangan simpan. Cari kawan, cari bantuan, bersuara. Kita semua pernah rasa jatuh, tapi jangan biar diri karam.
Maskulin harap Lee Zii Jia terus kuat, bangkit dan jaga mental serta fizikal. Prestasi di gelanggang penting, tapi kekuatan mental lagi utama dalam perjalanan hidup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penyakit MPOX, yang lebih dikenali sebagai Monkeypox, adalah penyakit virus zoonotik yang pada asalnya ditemui dalam populasi monyet dan haiwan liar lain.
Namun dalam tempoh terdekat ini, penyakit ini telah mula tersebar dalam kalangan manusia. Ini menyebabkan kebimbangan global mengenai kesan jangka panjangnya serta langkah pencegahan yang perlu diambil oleh orang ramai.
Apatah lagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penyakit ini sebagai satu darurat.
MPOX pertama kali ditemui pada tahun 1958 dalam dua kumpulan monyet yang digunakan untuk penyelidikan, lantas memberi nama kepada penyakit ini.
Pada tahun 1970, kes pertama MPOX dalam manusia dilaporkan di Republik Demokratik Congo. Sejak itu, wabak kecil-kecilan telah dikesan di beberapa negara di Afrika Tengah dan Barat.
Namun pada ketika itu kebanyakan kes yang dikesan berada dalam populasi yang terhad.
Penyakit yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet pertama kali dikesan pada manusia di DRC atau Congo pada tahun 1970.
Terdapat dua subjenis virus: klad 1 dan klad 2.
Mpox boleh merebak dari manusia ke manusia melalui hubungan seksual atau sentuhan fizikal rapat. Gejala termasuk demam, sakit otot, dan lesi kulit yang besar seperti bisul.
Virus ini mendapat perhatian antarabangsa pada Mei 2022, apabila strain yang kurang mematikan yang dipanggil klad 2b merebak ke seluruh dunia, terutamanya menjejaskan lelaki gay dan biseksual.
Antara Januari 2022 dan Jun 2024, sebanyak 208 kematian dan lebih daripada 99,000 kes mpox direkodkan di 116 negara, menurut WHO.
Gelombang terbaru melibatkan klad 1 yang lebih bahaya serta boleh membawa maut — dan varian mutasi barunya.
Strain baru, yang dikenali sebagai klad 1b, pertama kali dikesan di kalangan pekerja seks di Congo pada September 2023.
Baru-baru ini, Sweden melaporkan kes pertama varian tersebut di luar Afrika, dan badan kesihatan EU menggesa negara-negara untuk meningkatkan persiapan. Pakistan melaporkan kes pertama di Asia.
Kesan Jangka Pendek:
Selepas tempoh inkubasi selama 6 hingga 13 hari, individu yang dijangkiti MPOX mungkin mengalami simptom awal seperti demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, dan kelenjar limfa yang bengkak.
Simptom ini biasanya diikuti oleh ruam yang bermula di muka dan merebak ke bahagian badan lain. Ruam ini kemudian akan berubah menjadi lepuh berisi cecair dan akhirnya mengeras serta menjadi parut.
Kesan Jangka Panjang:
Walaupun kebanyakan individu pulih sepenuhnya dalam masa beberapa minggu, kesan jangka panjang yang serius boleh berlaku.
Ini termasuklah komplikasi seperti jangkitan bakteria sekunder pada kulit, pneumonia, sepsis, ensefalitis, dan dalam kes yang jarang, kehilangan penglihatan akibat kerosakan kornea.
Di sesetengah kawasan, kadar kematian akibat MPOX boleh mencapai sehingga 10%, terutamanya dalam kalangan individu dengan sistem imun yang lemah, kanak-kanak, dan mereka yang tidak mempunyai akses kepada rawatan perubatan yang sesuai.
Untuk mencegah penyebaran MPOX, langkah-langkah berikut boleh diambil:
Dengan memahami apa itu MPOX dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegahnya, kita boleh mengurangkan risiko penyebaran penyakit ini dalam komuniti dan melindungi kesihatan awam secara keseluruhannya.
Kewaspadaan dan pengetahuan adalah kunci untuk memastikan MPOX tidak menjadi ancaman yang lebih besar pada masa hadapan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: CDC, Al Jazeera & Malay Mail
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pisang: buah hebat untuk otot, sixpack dan kesihatan tubuh. Jika anda ingin membentuk otot dan mendapatkan sixpack, pengambilan pisang setiap hari sangat disarankan. Selain membantu dalam pembentukan otot, memakan dua biji pisang sebelum melakukan senaman berat juga mampu memberikan tenaga tambahan dan menstabilkan paras gula dalam darah.
Ini kerana pisang kaya dengan serat dan pelbagai antioksidan. Buah ini juga mengandungi potasium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, protein serta sedikit lemak yang baik untuk tubuh.
Pisang menawarkan nutrien penting yang mampu memperbaiki kualiti tidur anda. Pengambilannya secara konsisten boleh membantu anda tidur lebih lena.
Kalium dalam pisang berperanan mengekalkan keseimbangan pH badan. Ia juga menyokong pembentukan otot serta mempercepatkan proses pemulihan otot selepas latihan.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa makan pisang secara berkala boleh mengurangkan risiko kemurungan dan membantu meningkatkan mood seseorang.
Untuk individu yang ingin menurunkan berat badan, pisang adalah pilihan terbaik kerana rendah kalori namun sarat dengan nutrien penting, menjadikannya suplemen semula jadi untuk mengecilkan pinggang.
Walaupun tidak mengandungi kalsium secara langsung, pisang membantu tubuh dalam meningkatkan penyerapan mineral tersebut berkat kandungan fruktooligosakaridanya.
Kaya dengan pati tahan hadam, pisang memperlahankan proses pencernaan, membuatkan anda berasa kenyang lebih lama selepas makan.
Ramai memberi perhatian kepada apa yang perlu dimakan sebelum bersenam atau bertanding. Ada yang memastikan tubuh mendapat karbohidrat secukupnya, mengambil pisang sebelum berlari atau menikmati pasta pada malam sebelum perlumbaan. Namun, ramai terlupa bahawa tempoh paling penting sebenarnya bermula selepas latihan berakhir iaitu pemulihan.
Menurut pakar pemakanan sukan Herbalife, Dr. Krissy Ladner, sejam pertama selepas bersenam merupakan tempoh kritikal untuk membantu tubuh membaiki kerosakan otot, mengisi semula simpanan tenaga serta bersedia menghadapi sesi latihan seterusnya.
Sebagai Pengarah Prestasi Sukan dan Pendidikan Pemakanan Herbalife yang berpengalaman bekerja bersama pemain bola sepak profesional, beliau memperkenalkan konsep mudah dikenali sebagai 4R, iaitu panduan pemulihan yang boleh diamalkan bukan sahaja oleh atlet elit, malah individu yang aktif bersenam.
Langkah pertama ialah mengisi semula simpanan glikogen dalam otot. Semasa melakukan senaman intensiti tinggi seperti larian, latihan kekuatan atau sukan berpasukan, tubuh menggunakan simpanan karbohidrat sebagai sumber tenaga utama.
Dr. Krissy menjelaskan jika anda terlalu tercungap-cungap sehingga tidak mampu berbual ketika bersenam, besar kemungkinan simpanan karbohidrat telah banyak digunakan dan perlu diganti segera.
Sasaran yang disyorkan ialah mengambil sekitar 30 hingga 60 gram karbohidrat dalam tempoh sejam pertama selepas latihan.
Antara pilihan yang sesuai termasuk nasi bersama protein tanpa lemak, sandwic ayam menggunakan roti bijirin penuh atau smoothie yang mengandungi buah-buahan dan oat.
Selepas tenaga diisi semula, tubuh memerlukan protein untuk membaiki tisu otot yang mengalami kerosakan ketika latihan.
Menurut Dr. Krissy, protein membekalkan asid amino yang diperlukan bagi mempercepatkan proses pemulihan, terutama selepas latihan kekuatan atau senaman berintensiti tinggi.
Beliau mencadangkan nisbah 3:1, iaitu tiga bahagian karbohidrat kepada satu bahagian protein dalam hidangan selepas latihan.
Sebagai contoh, smoothie yang mengandungi buah-buahan, oat, susu dan satu sukatan protein merupakan pilihan yang praktikal untuk atlet mahupun individu aktif.
Secara umum, pengambilan 15 hingga 30 gram protein berkualiti tinggi seperti ayam, ikan, telur atau produk tenusu disyorkan selepas latihan.
Ramai memberi fokus kepada karbohidrat dan protein, tetapi terlupa tentang makanan yang membantu mengurangkan keradangan.
Menurut Dr. Krissy, langkah Reinforce sering diabaikan walaupun memainkan peranan penting dalam pemulihan jangka panjang.
Beliau menggalakkan pengambilan makanan lengkap yang kaya antioksidan dan anti-radang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang, ikan serta minyak zaitun.
Dr. Krissy turut menjelaskan bahawa jus ceri masam (tart cherry juice) dan kunyit yang mengandungi kurkumin mempunyai bukti saintifik yang menunjukkan manfaat dalam membantu mengurangkan kesakitan otot serta menyokong proses pemulihan.
Namun beliau menegaskan ia bukan penyelesaian ajaib, sebaliknya sebahagian daripada rutin pemakanan yang menyeluruh.
Pemulihan tidak lengkap tanpa penghidratan semula. Semasa bersenam, tubuh bukan sahaja kehilangan air, malah elektrolit penting seperti natrium, kalium dan magnesium melalui peluh.
Bagi sesi latihan ringan, air kosong biasanya sudah mencukupi.
Namun jika senaman menyebabkan peluh yang banyak, minuman atau makanan yang mengandungi elektrolit diperlukan bagi membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan.
Salah satu cara mudah memeriksa tahap hidrasi ialah melalui warna air kencing.
Menurut Dr. Krissy, warna yang ideal ialah kuning pucat seperti limau muda, bukannya kuning gelap.
Walaupun konsep ini dikenali sebagai 4R, Dr. Krissy turut mengingatkan satu lagi elemen yang sama penting, iaitu Rest.
Tidur berkualiti merupakan masa terbaik untuk tubuh membaiki tisu otot serta menghasilkan hormon pertumbuhan yang membantu proses pemulihan.
Malangnya, berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, kira-kira 38 peratus orang dewasa di Malaysia masih tidak mencapai tempoh tidur minimum tujuh jam sehari.
Rehat yang mencukupi bukan sahaja membantu mengurangkan risiko kecederaan, malah meningkatkan prestasi latihan dari semasa ke semasa.
Menurut Dr. Krissy, konsep 4R tidak terhad kepada atlet profesional.
Sesiapa yang menjalani latihan dengan serius, sama ada di gimnasium, trek larian, gelanggang badminton atau ketika menyertai HYROX, boleh mengamalkan prinsip yang sama.
Apa yang berbeza hanyalah jumlah makanan dan keperluan tenaga mengikut intensiti latihan serta keadaan tubuh masing-masing.
Kerana hakikatnya, wisel penamat bukan pengakhiran kepada latihan. Sebaliknya, di situlah proses pemulihan sebenar bermula dan bagaimana seseorang mampu kembali lebih kuat untuk cabaran seterusnya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BOYNEXTDOOR dilantik sebagai duta global Under Armour, membawa semangat muda, ekspresi autentik dan komitmen untuk terus berkembang menerusi kempen baharu, Commit.