kasut larian nike next

Tidak sukar untuk menyatakan keterujaan apabila melihat kasut ini, apatah lagi bila berada di hadapan mata dan dipegang secara harfiahnya. Pertama kali mendengar tentang Nike Air Zoom Tempo Next%, ia diangkat sebagai kasut yang boleh memberikan pengalaman larian lebih pantas.

Bagi penggemar sukan larian teknologi ‘Next%’ pastinya tidak asing bagi mereka. Tahun lalu seorang atlet bertaraf dunia, Eliud Kipchoge menjadi manusia pertama menamatkan larian marathon dengan catatan masa 1:59:40 dengan menggunakan kasut Air Zoom Alphafly NEXT%.

Pencapaian luar biasa yang dilakukan oleh beliau terus menjadi bahan bualan penggemar sukan larian dengan bantuan kasut yang dipakainya. Namun mungkin ramai tidak tahu bahawa usaha untuk merealisasikan catatan tersebut telah dilakukan sejak tahun 2017 lagi. Kemunculan teknologi baharu yang diperkenalkan oleh Nike ini sekali gus digelar sebagai ‘The Next Generation of Fast’.

 

Pengalaman Larian Lebih Pantas Dengan Nike Air Zoom Tempo Next% 

Berbeza dengan Nike Air Zoom Alphafly NEXT% yang direka untuk larian kompetitif, Nike Air Zoom Tempo NEXT% pula ditampilkan sebagai kasut larian latihan harian bagi mereka yang ingin mencari pengalaman larian lebih tinggi.

Dalam erti kata ringkas, ia menjadi kasut larian harian khusus buat mereka yang ingin meningkatkan kualiti larian lebih lama, pantas dan berkualiti. Malah ia juga menjadi kasut latihan atau ‘training companion’ untuk Alphafly NEXT%.

Sebelum ia mula dipasarkan dan diperkenalkan di pasaran baru-baru ini, tidak dapat disangkal bahawa inilah di antara kasut larian yang paling ditunggu-tunggu. Secara peribadinya juga penulis memang tidak sabar untuk menyarung kasut ini bagi menguji sendiri sama ada adakah benar ia mampu meningkatkan kelajuan dalam larian.

KASUT LATIHAN SEMPURNA

Bagi yang aktif melakukan latihan larian dengan kerap pasti mahukan sepasang kasut larian yang memenuhi beberapa kriteria penting. Antaranya ialah mempunyai aspek tahan lasak, selesa dipakai, membantu larian lebih lancar dan sebagai bonus meningkatkan prestasi.

Nike Air Zoom Tempo NEXT% menawarkan kesemua elemen tersebut dengan begitu cemerlang. Apa yang membuatkan kasut ini menarik ialah Nike melengkapkan ia dengan menggunakan dua teknologi foam berbeza, plat komposit dan air bags yang dikenali sebagai ‘Air pods’.

Pengalaman Larian Lebih Pantas Dengan Nike Air Zoom Tempo Next% 

IKLAN

Untuk pandang pertama tidak dinafikan penulis mendapati kasut ini mempunyai reka bentuk yang agak unik. Namun sebenarnya ia direka mempunyai bentuk seperti ini kerana membawa fungsi tersendiri yang akan dikongsikan secara lanjut di bawah.

Ini merupakan kasut larian yang membawa erti gabungan inovasi dan futuristik dengan cukup elegan di kaki setiap pelari.

LARIAN SELESA & PANTAS

Kagum. Itulah yang boleh dikongsikan ketika pertama kali melakukan larian dengan menggunakan kasut ini. Setiap langkah larian yang diambil memberikan perspektif yang berbeza berbanding pengalaman menggunakan kasut lain sebelum ini.

‘Lantunan’ yang dirasai ketikan larian dilakukan umpama seperti spring di kaki. Ia sebenarnya datang daripada teknologi foam pada outsole kasut ini iaitu Zoom X.

Pengalaman Larian Lebih Pantas Dengan Nike Air Zoom Tempo Next% 
Nike Zoom X

Bagi serapan impak di bahagian belakang kaki pula Nike menggunakan foam React yang turut memberikan ketahanan luar biasa. Kadar pulangan tenaga juga cukup baik sekali gus boleh membantu untuk mengelak cepat penat.

Terletak di tengah-tengah di antara midsole pula merupakan plat outsole yang diperbuat daripada komposit.

Ia berfungsi untuk mengekalkan kestabilan serta memberikan keselesaan ketika melakukan larian sama ada jarak sederhana atau jauh. Plat ini turut berfungsi sebagai penstabil transisi setiap langkahan yang dilakukan.

IKLAN

SENSASI BAHARU

Di bahagian hadapan outsole pula terserlah dua pods yang seakan ‘menonjol’ keluar daripada bahagian tapak kasut.

Air pods yang diletakkan di bahagian forefoot memberikan tahap responsif dan lonjakan yang tinggi. Dalam larian pertama ia mungkin berasa agak janggal namun lama-kelamaan penulis mula biasa dengan kewujudan Air pods.

Pengalaman Larian Lebih Pantas Dengan Nike Air Zoom Tempo Next% 
Air pods

Ini terutamanya ketika melakukan larian yang lebih jauh seperti 10 kilometer. Bagi seseorang yang mempunyai berat badan sederhana, Nike Air Zoom Tempo NEXT% memberikan ‘lantunan’ yang cukup baik. Dalam erti kata lain ia memberikan sensasi ‘tipping’ ketika melakukan larian.

Pada bahagian upper pula Nike Air Zoom Tempo NEXT% lengkap dengan material Flyknit versi baharu yang lebih breathable dan selesa dipakai. Di bawah bahagian tengah terdapat soft cage yang membantu menyokong kedudukan struktur kaki.

Manakala untuk perlindungan ekstra, rekaan berlapis di bahagian hujung kaki turut disertakan.

KESTABILAN TERBAIK

Bercakap tentang kasut larian premium kita tidak dapat lari daripada membicarakan faktor kestabilan. Bagi Nike Air Zoom Tempo NEXT%, secara peribadi penulis menganggapnya sebagai antara kasut paling stabil di pasaran.

Walaupun mempunyai rekaan outsloe yang lebih tebal daripada kebanyakan kasut lain namun ia tidak memberikan rasa janggal ketika melakukan larian tertutamanya ketika membengkok. Mungkin pada awalnya terasa sedikit kekok namun lama-kelamaan bila sudah biasa ketinggian outsole tidak memberikan sevarang perbezaan dalam larian.

IKLAN

Pengalaman Larian Lebih Pantas Dengan Nike Air Zoom Tempo Next% 

Pada bahagian tapak atau outsole juga tidak kurang hebatnya. Reka bentuknya tidak jauh beza dengan versi Alphafly NEXT%. Penggunaan getah yang melebar serta mempunyai corak alunan di bahagian hadapan mempunyai daya tahan lasak yang baik untuk penggunaan jangka masa panjang. Di bahagian tapak pula menggunakan material sama dengan bentuk seperti ‘wedges’ di kiri dan kanan.

Menariknya, tapak ini memberikan cengkaman yang baik untuk apa jua jenis permukaan. Getahnya agak tebal dan sesuai digunakan di sama ada di kawasan kering atau pun basah. Ia secara tidak langsung memberikan tahap kestabilan yang terbaik serta mampu menjamin keselamatan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya Nike Air Zoom Tempo NEXT% merupakan kasut larian yang sangat baik. Usah menilai kemampuan kasut larian secara luaran. Rupa bentuknya mungkin sedikit radikal namun itulah keunikan yang dibawa oleh Nike.

Dari segi prestasi, kasut larian ini cukup cemerlang. Sepanjang seminggu menggunakannya catatan masa untuk larian pendek atau sederhana meningkat secara signifikan.

Pengalaman Larian Lebih Pantas Dengan Nike Air Zoom Tempo Next% 

Kepada anda yang ingin mencari pengalaman larian luar biasa dan memiliki sepasang kasut larian yang mampu memenuhi impian menjadi pelari kompetitif, inilah jawapan yang anda cari selama ini.

Anda boleh dapatkan info lanjut tentang kasut larian ini di sini.

MASKULIN RATING

Keseluruhan – 9/10
Estetika – 9/10
Fit – 9/10
Kualiti larian – 10/10
Nilai milik – 9/10

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI