Jika berbicara tentang pencarian bakat muda lelaki dalam yang memiliki pakej lengkap kita pasti tidak akan lekang menyebut pertandingan Pencarian Hero Remaja.

Lihat sahaja alumni yang lahir daripada pertandingan ini yang cukup gah di persada industri seni tanah air sudah membuktikan kredibiliti serta istimewanya pertandingan ini di peringkat nasional.

Dengan pengalaman selama 30 tahun pertandingan Pencarian Hero Remaja jadi tidaik hairanah mengapa ia sentiasa menjadi perhatian ramai. Semalam telah berlangsungnya Final Hero Remaja 2020 yang turut disiarkan secara langsung menerusi Astro RIA dan aplikasi Astro Go.

Walaupun berdepan cabaran terpaksa ditunda selama dua bulan akibat penularan wabak Covid-19, namun persembahan yang ditonjolkan oleh finalisnya ternyata tidak mengecewakan.

Tampil dengan tema ‘Gentleman’, final Hero Remaja 2020 menyaksikan Nadhir, 24 atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Bin Ahmad telah dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2020. Nadhir berjaya mengenepikan cabaran daripada empat finalis lain dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi dan selempang.

Penyambung Legasi 3 Dekad, Nadhir Nasar Dinobat Juara Hero Remaja 2020

IKLAN

Manakala tempat kedua dan ketiga pula dinobatkan kepada Umar (22, Johor) dan Merqeen (19, Selangor) di mana mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan RM5,000 berserta trofi dan selempang.

Tempat keempat pula jatuh kepada Jabir (20, Selangor) dan kelima Haziq (23, Kuala Lumpur). Merek juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima sagu hati hadiah wang tunai RM1,000 berserta trofi dan selempang.

Penyambung Legasi 3 Dekad, Nadhir Nasar Dinobat Juara Hero Remaja 2020

Program ‘Pencarian Hero Remaja 2020’ telah ditayangkan sebanyak tujuh buah episod yang bermula pada 27 Februari lalu.Setiap episod menampilkan pesertanya melalui pelbagai cabaran intensif untuk mengasah dan mencungkil kemampuan bakat mereka.

IKLAN

Uniknya pertandingan kali ini turut aktif menerusi paltform digital yang diperkasakan oleh Majalah Remaja menerusi laman sesawang serta laman media sosial mereka. Selaku penganjur utama dan media rasmi kerja keras yang dilakukan oleh Majalah Remaja dengan menyusun pelbagai cabaran dan aktiviti telah membentuk bakat-bakat baru yang sangat kompetitif.

Penyambung Legasi 3 Dekad, Nadhir Nasar Dinobat Juara Hero Remaja 2020

Sementara pada pusingan finale semalam pula menyaksikan finalisnya harus melalui beberapa cabaran individu. Di antara cabaran yang menarik perhatian ialah segmen tugasan video di mana mereka perlu memberikan pesana khidmat masyarakat berdasarkan topik semasa.

Di sini mereka diuji untuk berfikir di luar kotak serta menyampaikan setiap poin dengan tangkas dan bernas.

IKLAN

Editor Pengurusan Remaja, Fiezreen Ahmad berkata, “Sudah 30 tahun jenama Hero Remaja menghiasi dan menyerikan industri seni tanah air. Sepanjang tempoh itu telah ramai personaliti berbakat dan popular lahir dari pencarian Hero Remaja ini.

“Gelaran tersebut harus digunakan sebaik-baiknya sebagai tiket untuk lebih berjaya. Sandang gelaran ini dengan baik dan sentiasa merendah diri, bak kata pepatah ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk.”

Penyambung Legasi 3 Dekad, Nadhir Nasar Dinobat Juara Hero Remaja 2020

Pentas akhir ‘Pencarian Hero Remaja 2020’ turut menyaksikan Ain Edruce dan Awal Ashaari bersama sebagai pengacara program. Dua juri tetap yang dilantik untuk mengadili
penganjuran edisi kali ini ialah Dewi Remaja 2005/06; Scha Alyahya dan Datuk Hans Isaac.

Manakala, personaliti ‘triple threat’ pengarah, pelakon dan penyanyi, Yusry Abdul Halim telah diundang khas untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri jemputan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI