Jika ditanya kepada ramai pelari aktif pakah musuh utama mereka?

MASKULIN yakin pasti majoritinya menjawab kecederaan akibat kaki melecet. Ia merupakan satu kecederaan yang sangat sinonim dengan aktiviti larian terutamanya pada jarak yang jauh seperti half marathon atau marathon.

Namun ia juga boleh berlaku kepada anda yang berlari dalam jarak sederhana. Di sinilah amat pentingnya anda memilih kasut larian yang sesuai dengan bentuk kaki serta memakai kasut sesuai pada saiz tepat.

Pilih Kasut Larian Sesuai Dengan Bentuk Kaki Untuk Elak Melecet

Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis kasut larian dengan segala macam teknologi diperkenalkan. Jangan ingat kasut yang dibelai pada harga hampir RM1,000 boleh menyelamatkan kaki anda daripada berlakunya melecet.

Jadi bagaimana kita boleh mengelak ia berlaku? Mudah sahaja, anda harus pandai memilih kasut sesuai mengikut bentuk kaki. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.

IKLAN

FAHAMI TAPAK KAKI

Terlebih dahulu anda kena faham dengan kondisi tapak kaki anda dengan corak anda berlari. Pronation ialah kondisi di mana kaki anda berlari dari tumit ke hujung kaki. Overpronation pula berlaku bila anda lakukan terlalu banyak ‘roll’pada bahagian dalam kai semasa berlari. Underpronation pula keadaan bila anda berlari lebih banyak guna bahagian luar tapak kaki.

Pilih Kasut Larian Sesuai Dengan Bentuk Kaki Untuk Elak Melecet

BENTUK TAPAK KAKI

Antara cara mudah untuk tentukan bentuk kaki anda ialah dengan melakukan ‘wet test’. Basahkan kedua-dua belah kaki dan berdiri di atas beg kertas selama 10 saat. Kemudian alihkan kaki anda dan lihat kesan tapak kaki pada kertas tersebut.

IKLAN

CORAK ANDA BERJALAN

Selepas mengetahui bentuk tapak kak anda boleh gunakan maklumat itu untuk menentukan corak anda berjalan. Menentukan corak anda berjalan atau melangkah adalah sangat penting untuk memilih kasut larian anda. Terdapat empat jenis corak berjalan atau ‘gait’yang perlu anda tahu iaitu severe overpronation, mild overpronation, neutral dan underpronation.

Pilih Kasut Larian Sesuai Dengan Bentuk Kaki Untuk Elak Melecet

PILIH KASUT SESUAI!

Terdapat dua cara untuk anda pilih kasut larian. Pertama perhatikan bentuk kasut larian tersebut. Jika ia mempunyai tapak lebar ia berfungsi lebih kepada montion control. Jika anda mempunyai tapak kaki yang agak rata inilah kasut larian paling sempurna buat anda. Ia memberikan sokongan maksimum kepada kaki dan keselesaan.

IKLAN

Untuk anda mempunyai tapak kaki normal bolehlah pilih kasut larian mempunyai semi-lengkungan pada bahagian tapak. Manakala untuk anda memilik tapak kaki tirus kasut bertapak melengkung sangat sesuai untuk aktiviti larian.

DAPATKAN INFO SEBAIKNYA

Sebelum membeli mana-mana kasut adalah lebih baik jika anda lakukan sedikit info di Internet. Anda juga boleh dapatkan pendapat daripada jurujual. Cuba sarungkan kasut yang ingin dibeli dahulu dengan menggunakan stoking. Jangan terikut-ikut denagn trend semata. Carilah kasiut yang benar-benar sesuai dengan kaki anda.

KENAL PASTI TEKNOLOGI

Setiap kasut menawarkan teknologi tersendiri terutamanya pada bahagian tapak kasut yang mempunyai fungsi serapan tenaga. Lain jenama lain teknologi yang ditawarkan. Kasut andda juga harus mempunyai saiz sesuai. Pastikan terdapat ruang mencukupi semasa anda memakai kasut larian. Kalau boleh cubalah kasut yang ingin dibeli di atas treadmill.

Anda boleh dapatkan pelbagai kasut larian pada harga yang baik di sini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI