Nak berdepan dengan orang ramai pun rasa malu dan hilang keyakinan diri, apatah lagi apabila orang yang hampir sebaya dengan anda memanggil anda ‘abang’ atau ‘pakcik’.
Sesuatu yang perlu anda berikan perhatian jika kulit wajah yang sepatutnya tegang, kini nampak kusam, penuh kedutan dan garis-garis halus.
Cuba semak dan telitikan punca-punca yang menyebabkan kulit wajah nampak tua daripada usia ini.
Jika ada antaranya yang menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah.
Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit.
Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari jjuga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur.
Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam. Apabila anda tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ia akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.
Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.
Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ia mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.
Bakar lemak berlebihan dengan senaman mudah hanya 3 minit ini hanya di Youtube MASKULIN
Penjagaan kulit lelaki bukanlah sekadar anda memiliki pisau cukur dan krim mencukur kerana banyak lagi yang perlu anda pertimbangkan.
Bagi memastikan kulit wajah sentiasa bersih, sihat dan rapi, luangkan 10 minit untuk melakukan rutin penjagaan kulit ini.
Pembersihan adalah satu-satunya perkara yang paling penting untuk muka anda. Jika anda menggunakan sabun mandi, kulit anda akan menjadi kering akibat bahan kimia di dalamnya. Gunakanlah sabun pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit anda dan sapukan dalam amaun bersaiz duit syiling untuk menghapuskan segala habuk dan kekotoran harian. Jika anda kesuntukan masa, gunakan sabun pencuci muka sewaktu mandi semasa kulit anda masih lagi basah. Tempoh Masa: 2 minit
Gunakan krim penyental harian bagi tujuan untuk membersihkan minyak dan kekotoran dalam liang-liang anda sekali gus menghasilkan kulit yang bersih dan licin sepanjang hari. Untuk melicinkan dan mengelakkan kulit menjadi suram, sapukan penyental pada hujung jari dan urut permukaan muka anda dengan lembut mengikut pergerakan membulat. Tempoh Masa: 3 minit
Sabun pencuci badan kuat dengan bahan detoksifikasi dan keharuman maskulin klasik boleh mengembalikan tenaga apabila anda memerlukannya. Gunakan sabun pencuci badan yang direka untuk mencuci kekotoran dan meninggalkan perasaan bersih, segar dan sedia bertindak. Tempoh Masa: 3 minit
Kulit perlu sentiasa lembap dengan SPF 15 untuk muka dan perlindungan UV untuk badan bagi mengembalikan kandungan kelembapan kulit, bagi melindungi kulit daripada sinaran merbahaya dan meredakan kerengsaan akibat bercukur. Sejukkan kulit kering anda dengan losen badan yang mengandungi vitamin E dan krim perlindungan UV bagi mengekalkan kesegaran kulit apabila anda melangkah keluar. Tempoh Masa: 2 minit
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki yang memasuki usia 40-an suka dangat dengan frasa 'Life Begins At 40'. Rata-rata mereka anggap inilanh zaman emas mereka untuk melengkapkan poses kehidupan sebelum menjengah ke usia 50-an dan ke atas.
Menerusi entri ini, Maskulin ingin berkongsi 12 perangai yang mungkin ada anggap aaneh yang biasanya dilakukan oleh golongan ini kononnya apabila sudah tiba masanya.
Sama ada anda seuju atau tidak ia sebenarnya satu perkara subjektif. Ini cuma padangan dan lontaran harmless dari MASKULIN yang rata-ratanya pun sudah hampir menjengah usia ini.
LEBIH BANYAK BELI BAJU
Anda mengambil masa yang lebih lama untuk kelihatan tampan dan bergaya. Anda pun jadi tak kisah berbelanja lebih semata-mata untuk membeli baju baharu.
PERUBAHAN GAYA RAMBUT
Jika sebelum ini anda cuma tahu sikat tepi sahaja tetapi tiba-tiba anda mahu tukang gunting buat stail pacak-pacak atau rambut ala-ala KPop. Yang penting nampak tampan.
TAK KISAH LEPAK DENGAN ORANG MUDA
Rasa kalau lepak dengan kawan-kawan sebaya, anda rasa macam dah terlalu tua sangat. Mulalah start cari geng-geng muda untuk diajak 'ngeteh'. Boleh dengar mereka sembang pasal PUBG walaupun anda sebenarnya tak faham. :-p
LEBIH PEKA DENGAN PENAMPILAN DIRI
Masa inilah anda mula search apa produk yang bagus untuk kulit muka. Apa yang sesuai untuk cerahkan kulit atau hilangkan jerawat. Anda betul-betul mahu menjaga kulit wajah anda untuk lebih berkeyakinan tinggi.
BELI SUV ATAU MOTOSIKAL
Membeli kenderaan jenis ini menampakkan anda matang, stabil dan memiliki segala-galanya. Naik pacuan empat roda dan motor besar juga merupakan idaman semua lelaki dan anda kini dalam fasa sedang buktikan, "Aku sedang ada segala-galanya".
TERFIKIR INGIN TUKAR KERJAYA
Lebih 10 tahun anda berada dalam bidang kerja yang sama. Timbul rasa bosan tetapi apabila nak difikirkan semula sesuaikah untuk anda bermula dari bawah dengan kerja baharu, itu ada kalanya menimbulkan dilema.
MULA BERDIET
Pada usia 40-an juga anda sudah mula kembali menjaga bentuk tubuh. Jika selama ini buncit dan menggeleber, anda start follow tips daripada ikon fitness seperti Kevin Zahri untuk mendapatkan bentuk tubuh yang baik dan mahu tampil segak.
LANGGAN MAJALAH ATAU NEWSLETTER
Dulu anda suka baca yang bukan-bukan dan tidak berfaedah namun setelah usia menjengah ke fasa yang baharu sebelum tua, pada masa inilah anda baru dan mula cari bahan bacaan dari laman web seperti Maskulin!
GUNA GAJET TERKINI
Gajet terkini seperti telefon pintar menjadi keutamaan anda biar pun orang kata ia membazir, mahal dan sebagainya. Anda bersungguh-sungguh mahu mendapatkannya kerana ingin kelihatan up to date dan tidak ketinggalan zaman.
BERAHSIA UMUR SEBENAR
Bila orang tanya pasal usia anda, anda cuma suruh orang meneka sahaja namun tidak memberitahu usia sebenar. Jika tekaan mereka betul, anda akan berdolak-dalih dengan kata, "Cubalah teka lagi".
LAYAN LAGU ORANG MUDA
Tiba-tiba anda layan lagu Masdo! Paling tidak.. lagu Haqiem Rusli atau Nabila Razali pun anda hafal dan tahu menyanyikan semula kerana anda benar-benar gemarkannya.
GAYA & PENAMPILAN IKUT TREND SEMASA
Anda jadi suka berpakaian berwarna terang walaupun ia tidak sesuai dengan peringkat umur anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perasan tak di botol perfume anda terdapat perkataan EDP, EDT atau parfum pada botol. Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkannya dan apakah perbezaan yang diwakili oleh istilah tersebut?
Dalam bahasa mudah istilah-istilah tersebut sebenarnya mewakili jumlah amaun penumpuan minyak wangian dalam minyak wangi atau dalam bahasa Inggeris, concentrated perfume oil in perfume.
Okay tak dinafikan kebanyakan minyak wangi lelaki terdiri daripada jenis Eau de Toilette (EDT). Disebabkan itu MASKULIN lebih cenderung untuk memperkenalkan istilah ini terlebih dahulu.
Perkataan ‘Eau’ membawa maksud ‘air’ dalam bahasa Perancis. ‘De’ pula bermaksud ‘dari’ dan perkataan ‘Toilette’ pula membawa makna proses mencuci atau boleh digunakan untuk menjelaskan penampilan diri untuk majlis istimewa.
Ramai yang salah anggap perkataan ini dengan ‘toilet’ yang bermaksud tandas dalam bahasa Inggeris. Malah ia sebenarnya disebut dengan sebutan ‘twa-let’.
PERBEZAAN JENIS MINYAK WANGI
Maksud EDT adalah seperti yang MASKULIN terangkan di atas. Minyak wangi jenis ini merupakan yang paling popular dan banyak terdapat di pasaran.
Ini mungkin kerana ia merupakan minyak wangi yang terletak di tengah-tengah kesemua kelas minyak wangi. Dari segi harga ia juga lebih murah berbanding minyak wangi EDP. Walaupun memiliki konsentrasi lebih rendah, EDT juga mampu memberikan bau yang tahan lama. Secara kebiasaannya EDT boleh bertahan antara 8 hingga 12 jam pada pakaian.
Ini merupakan jenis minyak wangi yang memiliki konsentrasi minyak wangi kedua paling tinggi. Anda boleh dapat di pasaran bahawa harga EDP juga lebih mahal berbanding dengan jenis EDT. Malah baunya juga dikatakan boleh bertahan lebih lama iaitu 10 jam hingga 16 jam atas.
Suatu ketika dahulu hampir semua EDP di pasaran hanya terdapat untuk wanita sahaja. Namun dengan perkembangan trend terkini semakin banyak minyak wangi EDP untuk lelaki diperkenalkan.
Kebanyakan minyak wangi EDP juga membawa karakteristik bau yang lebih keras dan kuat. Jadi tak semua orang boleh sesuaikan diri dengan jenis ini.
Minyak wangi jenis parfum mengandungi kira-kira 15 hingga 40 peratus concentrated perfume oil menjadikannya sebagai yang paling tinggi dalam semua jenis minyak wangi. Ia juga menjadi sebab mengapa jenis ini yang paling mahal terdapat di pasaran.
Kira-kira 20 tahun lalu amat sukar untuk kita mendapati minyak wangi parfum terdapat di pasaran. Memiliki minyak wangi jenis ini menjadi satu simbol status kekayaan luar biasa kerana harganya yang sangat mahal.
Namun pada hari ini Eau de Parfum yang berharga sedikit rendah mula dijual untuk pengguna.Pada hari ini kita boleh dapati sebotol minyak wangi parfum 100ml dijual pada harga RM400.
Penggunaannya boleh bertahan sehingga 12 jam menjadikan ia sebagai minyak wangi paling lama bertahan pada pakaian dalam sehari.
Semoga perkongsian MASKULIN ini boleh memberikan anda sedikit idea tentang perbezaan tiga jenis minyak wangi ini.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.